Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 19, 2015

'Nepotisme’ di Permatang Pauh?

'Nepotisme’ di Permatang Pauh tidak akan cemarkan kredibiliti Pakatan
06:30PM Feb 19
Lokman Mustafa

FOKUS: Adakah langkah meletakkan anak kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha sebagai calon Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh akan merosakkan imej PKR dengan tuduhan nepotisme?

Saya rasa tidak, kerana nepotisme sudah dikira sebagai amalan biasa dalam poltik Malaysia. Selagi individu itu, dalam kes ini anak kedua Anwar, mampu melaksanakan agenda parti, beliau akan diterima oleh pengundi.

Isu itu dibangkitkan dalam satu laporan The Malaysian Insider beberapa hari lalu. Beberapa penganalisis politk berkata, jika Nurul Nuha dicalonkan, PKR dan Pakatan Rakyat akan dicemari dengan dakwaan nepotisme.

Sejurus selepas wanita berusia 31 tahun itu dipilih untuk mengetuai kempen pembebasan bapanya daripada penjara Sungai Buloh, spekulasi tersebar dengan pantas bahawa beliau akan dipilih untuk bertanding, bagi menggantikan bapanya. Malah ada yang mengatakan PKR akan menagih undi simpati dengan mencalonkan Nurul Nuha.

Penganalisis juga percaya langkah itu akan mencemarkan kredibiliti PKR dalam perjuangannya menentang kronisme dan nepotisme, amalan pemimpin Barisan Nasional yang sering dikecam Anwar.

Setakat ini, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyanggah apa-apa motif politik di sebalik keputusan menjadikan ibu kepada dua anak itu sebagai wajah kempen “Berarak demi Kebebasan”.

Namun jika ada secalit kebenaran dalam khabar angin itu, apa masalahnya dengan mencalonkan Nurul Nuha?

Imbas kembali pada tahun 1982, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjadi menteri besar termuda pada usia 29 tahun, hanya kerana beliau adalah anak sulung bekas PM Tun Razak Hussein.

Selepas kematian “Harimau Jelutong” Karpal Singh pada April tahun lalu, kekosongan kerusi parlimen Bukit Gelugor diisi salah seorang anaknya, Ramkarpal Singh, 39 tahun, yang langsung tidak dikenali dalam politik negara.

Hakikatnya, pewarisan kuasa politik telah membawa generasi pemimpin baru dalam BN dan juga Pakatan.

Ambil sahaja PAS sebagai contoh, di mana menantu Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad diundi sebagai ahli dalam Majlis Ulama PAS, sementara anaknya Muhammad Khalil dipilih sebagai Timbalan Ketua Pemuda.

Dalam Umno, selain Najib, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Nur Jazlan Mohamed adalah antara nama yang mempunyai pertalian dengan pemimpin terdahulu parti Melayu itu.

Namun ketika berbual dengan beberapa rakan baru-baru ini, saya membangkitkan bahawa anak-anak kepada MB Selangor sebelumnya seperti Tan Sri Muhammad Taib dan Tan Sri Abu Hassan Omar tidak menceburi politik untuk menjadi pemimpin generasi kedua di negeri itu.

Kembali ke Permatang Pauh, jika dan apabila ia diisytiharkan kosong, saya percaya pengundi sendiri mengharapkan ia akan diisi oleh salah seorang ahli keluarga Anwar.

Siapa lagi yang akan mewarisi perjuangannya, jika bukan anak-anaknya sendiri?

Sebelum ini, Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli pernah melakarkan persamaan antara keluarga Anwar dan keturunan Nehru-Gandhi di India, untuk mematahkan tuduhan nepotisme dalam partinya.

“Bukankah kita patut belajar daripada keluarga Gandhi? Anda tidak boleh tuduh mereka mengamalkan nepotisme, kerana perjuangan mereka kepada orang yang tertindas, bukan kepada golongan elit.

“Jadi mengapa anda mahu kecam Presiden kami dan keluarganya kerana terlibat dalam politik?” soal Rafizi ketika Kongres Nasional PKR pada Ogos tahun lalu.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR hanya akan mengumumkan kekosongan kerusi Parlimen Permatang Pauh selepas menerima surat rasmi daripada Speaker Dewan Rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, sesiapa yang dihukum penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000 dilarang memegang apa-apa jawatan rasmi.

8 comments:

  1. meh aku nak share kebenaran insyaAllah ngan korang..sebab aku x ngundi jadi pada yg ngundi mungkin x perasan lawak politik ni..x caya tanye yg x ngundi mereka mungkin 99% stuju ngan aku insyaAllah..
    ..apa parti politik demokrasi pun x kira la ape slogan dan moto dia..bila parti lawan buat ianya nepotisme bile sendiri buat ianya bukan...atau lagi nak senang paham..kat kau haram..kat aku halal hehe...
    x kira la umno ke sape ke..
    pecaya la hehe...serius ni bro2 semua..

    ReplyDelete
  2. Nepotisme dan Kronisme di mana mana tiada masalah jika ber tanggung jawab , bijak , tanpa rasuah dan bawa kemajuan.

    Apa kah bijak rakyat melantik si bahalol untuk menjadi pemimpin hanya tuk elak bapak anak yang bijak dari meminpin ?

    Jangan kes benggap orang pekan jadi penimpin kerana bspak nya juga penimpin ???

    Kronisme dan Nepotisme Bahslol tidak wajar di fikir kan.

    Apa kah orang orang Melayu satu bangsa Bodoh , Bahalol , Benggap ???

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha kan baru je cakap..kat ko haram kat aku halal..hahaha

      Delete
  3. Pada pandangan aku, nepotisme yang dilarang dan perlu dihalang adalah mencalonkan keturunan pemimpin yang bodoh dan hipokrit.

    Tapi kalau yang dicalonkan itu ahli keluarga yang bertanggongjawab dalam urusan rakyat

    ReplyDelete
  4. anon 802..dan 941...hujah korang tu xda beza ngan umno pun..hujah nak halalkan tingkah laku parti kesayangan haha..lagi sedap kalo baca parti jenama agama bela diri sendiri..hehe

    katalah atas izin Allah 1 hari nanti ko direzkikan sebuah kedai runcit dgn jalan halal/islam..masa tu baru ikut suka ko nak lantik pakngah ko ke..makcik timah ko ke..apetah lagi anak sendiri utk ganti ko mengurus kedai runcit tu..sebab kedai runcit tu memang HAK ko..

    ha itu dia beza kedai runcit dgn negara..hehe

    aku nak tanya ko..bila masa pulak Allah rezkikan ko bumiNya ni di jalan halal/islam?..ini jalan demokrasi bai,ianya sejenis sekular juga tau,ko dh tau lum...?

    ko berani jamin atas nama Allah dan rasul yg ianya benar2 soheh jalan halal/islam?atau jalan "samar"?

    ok..katalah atas izin Allah 1 hari nanti ko direzkikan bumi ni kat ko atas jalan yg soheh halal/islam..
    ....namun bila masa pulak nabi saw dan sahabat contohkan yg mereka lantik anak sendiri mengganti diri sendiri?

    korang berenti la bohong dan dibohong..x malu ke?
    sembang mcm petir,ko ingat org goyang?bahkan nak muntah tau hehe..

    nampak je "macam" ko dan umno berbeza..itu la yg ko canang..
    tapi sekadar "macam" je la..
    padahal sama..hehe

    ReplyDelete
  5. Anon 10:02pm, jangan dihiraukan nepotism atau tidak, yg pentingnya UMNO/BN dapat ditumbangkan, ingat itu. Jika yg dipilih itu klon spt Zulkifli Nordin, Ezam atau beberapa orang lagi yg boleh dibeli oleh Umno akhirnya, nak buat apa? Pastikan calon itu boleh buat kerja, diterima rakyat kerana amanah dan berwibawa serta setia pada perjuangan parti, tiada siapa pun yg akan merungut selagi mereka benar2 memperjuangkan nasib rakyat dan generasi akan datang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye betol tu..betol tu..
      "punch line" tu yg kita tggu..."yg penting umno tumbang"...haha..
      tq..5bintang.

      Delete
  6. baru kenal nurul nuha..selama ni tahu nurul izzah jer :)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa