Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 27, 2015

Kenapa hanya UMNO tidak BN?

Aku rasa ini bukan sangat nak tunjuk kepada pembangkang dan pihak lain.....
Tetapi ditujukan kepada Mahathir and his team sebenarnya!
Apa pun yang berlaku, pembangkang boleh buat apa?
Kecuali satu kuasa di dalam parti sendiri. 
Tak ada lagi sejarah yang PM Malaysia dijatuhkan oleh pembangkang atau kuasa luar

Ketua Umno Bahagian berhimpun sokong Najib pada 8 Mac
TMI - Published: 27 February 2015 9:37 AM
Kira-kira 170 ketua Umno Bahagian dijangka mengadakan pertemuan 8 Mac depan untuk menyatakan solidariti kepada Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015.

Kira-kira 170 ketua Umno Bahagian di seluruh negara akan bertemu pada 8 Mac depan untuk menyatakan solidariti kepada Datuk Seri Najib Razak, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Ketua Umno Bahagian Cheras itu berkata, pertemuan itu bertujuan membuktikan kepada pihak pembangkang dan pihak luar mereka sentiasa menyokong presiden Umno yang juga perdana menteri itu.
"Kami mahu menunjukkan kepada dunia Najib mempunyai sokongan akar umbi yang kuat...jadi pembangkang serta pihak luar perlu berhenti menyerang pemimpin Barisan Nasional," katanya seperti dilaporkan portal Mstar Online.
"Kita tidak akan bertolak ansur dengan perang saraf itu. Kita perlu menanganinya segera dan kami tidak akan duduk diam dengan hanya melihat mereka memainkan agenda jahat ini."
Najib akhir-akhir ini diserang dengan pelbagai isu termasuk 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Di antara pengkritik lantang kepada Najib ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Syed Ali memberitahu Mstar, setakat ini kira-kira 170 daripada 191 Ketua Umno Bahagian sudah mengesahkan kehadiran mereka.
"Kami mahu menunjukkan kita berdiri teguh di belakang perdana menteri dan menolak pandangan wujud perpecahan dalam Umno," katanya yang mengatakan idea itu dimulakan sekumpulan ketua bahagian.
Bagaimanapun, Ketua Umno Bahagian Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin menolak khabar angin perjumpaan tersebut bertujuan mengatasi ancaman dalaman parti terhadap Najib.
"Kami mahu mendengar perdana menteri sendiri menjelaskan beberapa isu berbangkit. Kami ingin mendengar penjelasan beliau dalam banyak isu seperti 1MDB, ekonomi dan sebagainya.
"Perdana menteri berjanji untuk berjumpa semua ketua bahagian dua kali setahun, jadi ini adalah sebahagian daripada idea itu," katanya seperti dilaporkan portal itu. – 27 Februari, 2015.

2 comments:

  1. Bodoh punya Al habshi...Kita tahulah hakikat bahawa Arab Al Habshi ni dari keturunan hamba sahaya yang dikulibatakkan di zaman dahulu..... tapi takkan di era moden ini Arab Al Habshi ni masih berjiwa hamba dan pengampu penjilat bontot Si Najib yang korup tersebut. Juga penjilat bontot Rosmah yang tak punya maruah, mengampu untuk mencari nafkah bagi makan keluarga. Dah la duit Yayasan Pendidikan Cheras engkau sapu....

    Yang nak jatuhkan Najib tu puak-puak dalam HAMNO lah ngok! pembangkang nak jatuhkan UMNO/BN la weii tak kira Najib ke Rosmah ke, Malikul Sembab atau sesiapa saja dari kumpulan perasuah memang kita orang nak terajang keluar!

    ReplyDelete
  2. Habasyi ni bila nk sedaq diri. Cheras pun Dap akan menang mgkn sampai kiamat. Ha ha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa