Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, February 18, 2015

Jerat UMNO memang dah mengena!

Geng Ulama VS Geng Progresif

Tuesday, February 17, 2015


Ustaz-ustaz yang claim mereka pejuang Islam dan pecinta ulama dan pemimpin2 yang bajet progresif sekarang sedang bertekak. Pertengkaran mereka bukan demi rakyat, untuk rakyat atau kepada rakyat. 

Masing2 tengah kelam kabut bergaduh sesama sendiri demi jawatan, pangkat, kedudukan serta pengaruh bagi memudahkan mereka mencapai matlamat tersendiri.
Buktinya. Di saat rakyat tengah pening fikir macam mana nak balon SPAD yang terbukti kencing rakyat, depa plak sakan bergaduh isu yang dah lepas walaupun baru je beberapa hari kematian tuan guru Nik Aziz berlalu pergi.


Tadi. Di facebook. Ini yang aku baca ;

PERANCANGAN DR HATTA JATUHKAN PRESIDEN TGHH

Masihkah Anda Ingat

1. Masihkah anda ingat ...

Pada 18 Jun 2009, seramai 10 orang Ahli Parlimen PAS mengadakan satu Sidang Media Khas di Parlimen kononnya untuk berdiri teguh dibelakang Tuan Guru Nik Abdul Aziz bagi "memalukan" Tuan Guru Haji Abdul Hadi yang difitnah kononnya mahu membawa PAS masuk Barisan Nasional.

Antara 10 Ahli Parlimen itu ialah Dr Hatta Ramli, Khalid Samad, Dr Mariah, Dr Dzulkefli Ahmad, Kamarudin Jaafar, Dr Mujahid Rawa dan lain - lain. Mereka secara terbuka menolak gagasan Presiden PAS Tuan Guru Hj Abdul Hadi dan membawa fitnah kononnya Presiden PAS mahu bergabung dengan UMNO dengan gagasan yang dikemukakan iaitu Kerajaan Perpaduan (Unity Government) atau disebut sebagai Kerajaan Tanpa Pembangkang.

2. Masihkah anda ingat ...

Pada 7 Nov 2009, Mereka mengadakan Seminar Politik di Taman Melewar dengan membariskan Dr Abdul Aziz Bari dan Dr Abu Hassan Hasbullah untuk "memalukan" Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi Awang dengan kritikan pedas secara terbuka terhadap Tuan Guru Presiden dihadapan ahli - ahli PAS. Presiden PAS seperti "dibicarakan" oleh mereka dihadapan ahli PAS sendiri. Mereka mendedahkan segala kelemahan Tuan Guru Presiden dengan menggunakan lidah ahli akademi kononnya dan ia dilakukan secara terbuka.

3. Masihkah anda Ingat ...

Sebahagian pimpinan PAS Pusat seperti Khalid Samad dan Hanipa Maidin memberi sokongan dan menerima baik Dr Abdul Aziz Bari dalam beberapa siri penulisan beliau "menghentam" Tuan Guru Presiden PAS kepada khalayak ramai, termasuk memuatkan artikel menghentam Presiden dan PAS dalam Harakah sedang Harakah adalah lidah rasmi parti telah dijadikan alat untuk menjatuhkan air muka Presiden parti sendiri.

4. Masihkah anda Ingat ...

Pada 30 Sept 2014, Seorang ahli PAS bernama Safwan Anang (AJK Jabatan Ketua Pemuda PAS Malaysia) dengan menggunakan nama Ngo LENSA menyerahkan memorundum di hadapan Pejabat Agong PAS lalu mengadakan sidang media secara terbuka mendesak supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat kerana menganggap PAS menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan punca kepada perpecahan dalaman Pakatan Rakyat.

5. Masihkah anda Ingat ...

Pada 25 Jan 2015 , AJK PAS Pusat Hanipa Maidin mengeluarkan kenyataan terbuka di media menyanggahi kenyataan Tuan Guru Presiden PAS mengenai isu Pilihanraya Kerajaan Tempatan menggunakan nama demokrasi untuk bebas menyanggah secara terbuka.

Nota :


Semua mereka dianggap hero. Sebahagian terus menang dan dipilih sebagai AJK PAS Pusat. Kononnya mereka penegak demokrasi. Berani dan pembawa idea bernas menuju pembentukan PAS Baru.

Malang apabila Ustaz Fadhli Ibrahim Ketua DPP Kawasan Kuantan tampil menyerahkan memorundum kepada Setiausaha Agong PAS Pusat bersama bukti yang kukuh disokong dokumen akuan bersumpah mengenai penglibatan Group Hawaii Five O yang turut dianggotai oleh Dr Hatta Ramli sebagai Pengarah Pilihanraya PAS Pusat dalam melancarkan geraksaraf menjatuhkan sesama sendiri termasuklah ..

1. Dr Hatta bocorkan secara terperinci apa yang dibincang dalam mesyuarat PAS Pusat.


2. Dr Hatta arahkan serang 4 exco dan bela dua ADUN yang melompat.

3. Dr Hatta arah sabotaj keputusan Presiden dan Majlis Shura.

4. Aiman Athirah minta lakukan serangan saraf kepada Istana Selangor.

5. Aiman Athirah arah buat kempen gantikan pemimpin PAS (Presiden).

6. Mazhar suruh lancarkan kempen jatuhkan Cikgu Pa.

7. Mazhar arah sebar semula video lucah yang cuba dikaitkan dengan Cikgu Pa.


Dan lain-lain lagi. Disebab ini SD, mereka yang nama didedahkan boleh saman.
Persoalan ...

Kenapa Ust Fadhli Ibrahim dianggap pesalah? dianggap memecahkan PAS sedang ia berusaha mahu menyingkirkan pengkhianatan dalam PAS. 

Kenapa tidak beri hak serupa kepada Ust Fadhli dalam mengemukakan memonya kepada pucuk pimpinan ?

Atau apakah kerana dakwaan Ust Fadhli itu terkena batang hidung mereka sendiri maka ia anggap salah ? 

Sementara tindakan dari group mereka untuk dihempaskan kepada Presiden parti dan PAS itu sendiri , maka ia adalah benar dan berlunaskan demokrasi?

Mokhtar bin Senik

Ketua Dewan Ulamak PAS Pahang.


Hmm..

Masihkah anda ingat, rakyat mengundi PAS, PKR dan DAP bagi memastikan rejim zalim BN jatuh?

Masihkah anda ingat, rakyat menyokong PAS, PKR dan DAP bagi memastikan parti pembangkang itu menjadi check and balance kepada pentadbiran kerajaan Barisan Nasional?

Masihkah anda ingat, rakyat melihat PAS, PKR dan DAP 2 x 5 tiru perangai buruk pimpinan BN bila bertekak macam orang hilang akal menggunakan media alternatif?

Masihkah anda ingat, bagaimana rakyat kena kencing dalam cerita Kajang-Movie?

Masihkan anda ingat rakyat diheret bagai bola ke sana ke mari dalam setiap siri demo demi demo konon atas nama memperjuangkan masalah rakyat tapi rupanya propaganda politikus bagi membina sentimen dan mengumpul pengaruh?

Masihkah anda ingat bagaimana rakyat kena tipu kaw2 dengan parti politik PR apabila bercakap tentang proses ketelusan, keadilan dan kebebasan bersuara?

Masihkah anda ingat, betapa gagalnya parti bernama PR itu dalam mengutamakan masalah rakyat melebihi dari memperjuangkan kepentingan peribadi?

Kalau tak ingat, pakat-pakat ingat la. Dan pakat-pakat bubarkanla parti masing2 daripada bertengkar macam haru biru begini. PAS, PKR dan DAP. Bubar. 


PR pun bubar. Nanti ada la malaon lain wujudkan parti baru dan sembang kencang pukul gendang berceramah 1 Malaysia katanya nak lawan rejim zalim demi rakyat marhaen. Dan macam biasa rakyat marhaen kena tipu berkali2 dengan parti politik sampai mati sudahnya.

Macam mana anarki tak lahir.
Macam mana sosialis tak lahir.
Macam mana antifa tak lahir.
Macam mana non partisan tak lahir.

Tengokla perangai buruk partisan sendiri. Amek cermin, tengokla woi.

KAH KAH KAH

17 comments:

  1. Kalau jumpa Mokhtar Senik dengan ular, pukul Mokhtar Senik dulu. Mokhtar Senik ialah agen musuh gerakan Islam yang menyusup masuk ke dalam PAS untuk menghancurkan PAS dari dalam. Masih ingatkah kita bahawa Mokhtar Senik ialah advisor pertubuhan al Maunah yang cuba melakukan kekacauan atas nama agama.

    ReplyDelete
  2. Anonymous 1-1 saya setuju !

    Bukan Mokhtar Senik yg Banjar ni sahaja bergerak dalam Pas , ramai lagi Lebai-Lebai Al Qaeda dan Lebai-lebai terroris kini berkeliaran dalam Pas.

    Lebai - Lebai terroris ni diupah dan dilindungi oleh Master mereka yg berkuasa untuk tidak diambil tindakkan sekiranya Lebai - Lebai tersebut menjayakan agenda mereka .

    Sendiri Mahu Fikir Lah Beb - Jangan Jadi Kaki Anggok Demi Tembolok .

    ReplyDelete
  3. Adakah perbalahan di dalam PAS ini masalah akidah atau kilafiah strategi. Cuba admin hurai sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 9:01

      Perbalahan yang berlaku didalam PAS sekarang adalah perbalahan s3b3lah pihak. Ia bukan perbalahan aqidah. Perbalahan ini bukan juga khilafiah startegi. Perbalahan s3pihak ini adalah kerana ada seg3lintir kecil pemimpin PAS yang be4jawatan utama didalam PAS terpesona dengan " tawaran2 menarik" dari UMNO yang dibalut dengan ugama untuk mengabui mata mer3ka ini yang berfikiran konservatif dan simplistik. Sebab itu tawaran ters3but dibaluti dengan unsur-unsur ugama. Mereka ini majoritinya dari PAS Terengganu.

      Malangnya puak ini terdiri dari golongan ugamawan, ulamak-ulamak dan ustaz-ustaz yang tinggi ugama mereka tetapi naif t3ntang sepak terajang politik, apa lagi tentang kelicikan putar belit politik sekular.

      Izinkan saya jelaskan maksud perbalahan sepihak. Kerana mereka telah terpesona dan menyedari bahawa mereka hanya beberapa kerat sahaja dan tidak mempunyai sokongan majoriti, yang berjawatan utama menggunakan jawatan mereka, yang tidak berjawatan menggunakan keulamakan mereka untuk mempegaruhi ahli-ahli agar menyokong mereka.

      Dalam mana-mana organasasi tentunya ada kelompok yang tidak menyokong mereka. Jadi untuk mendapatkan sokongan, mereka m3nyerang kelompok dalam parti yang tidak menyokong mereka dengan pelbagai cara samada menggunakan jawatan kepimpinan di dalam parti, bagi yang be4jawatan, atau m3nggunakan% memperdagangkan perkataan "ULAMAK" untuk m3mberi legitimasi kepada serangan mereka serta untuk mendapat sokongan akar umbi.

      "Perbahalahan" yang kita lihat yang be4laku didalam PAS sekarang sebenarnya bukan perbalahan tetapi satu suasana yang dicipta ol3h puak yang terpesona dengan tawaran UMNO semata-mata untuk mendapat sokongan akar umbi untuk merealisasikan impian kelompok kecil mereka.

      Ia tidak ada kena mengena dengan aqidah atau strategi politik pun. Ia l3bih kepada agenda kelompok kecil untuk mencapai agenda peribadi kelompok mereka sahaja dengan m3nggunakan PAS sebagai colleteral.

      Itu secara ringkas.

      Delete
  4. Anwar Ibrahim di penjara Sungai Buloh tidak cukup tidor akibat nyamuk nyamuk....

    Apa kah ada cobaan untuk meng hilang kan Anwar Ibrahim dengan Denggi , atau Denggi Ber darah ????

    Racun Arsenik yang dahulu Gagal , tapi dengan cara alam semulajadi apa apa pun boleh ber laku.

    Nyamuk dalam Sungai Buloh , siapa sangka ????

    ReplyDelete
  5. Admin... beginilah kalau bersepakat dan berbaiat hanya kerana kebencian terhadap sesuatu pihak... berkerja, berjuang dan bermuamalat hanya kerana perkara dunia, tambah pulak disebabkan sama-2 benci umno. Boleh bayangkan tak kalaulah puak2 hempa (pas dan PKR) baca yasin, solat hajat, berdoa juga hanya kerana benci umno... bukan kerana mencari kebaikan, mencari ridho Allah?? sesuatu perkara kalau dibuat bukan kerana Allah, inilah natijahnya.... Oleh itu kaji dulu kelemahan diri sebelum nak tuduh semuanya kerja umno... bawak2 lah bersandar kepada kudrat Allah... umur pun dah senja, tak kan bila di soal nanti, kita nak tuduh umno jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uiks.....orang UMNO terasa hati gamaknya....

      Yang jelas sdra sendiri pun keliru t3ntang pe4juangan UMNO Baru hari ini. Sdra masih terperangkap dengan p3mikiran bahawa UMNO Baru hari ini mas8h UMNO dulu yang berpegang kepada alif, ba, ta. Sdra tidak tahu sejarah UMNO dan sejarah UMNO Baru.

      Tahukah sdra, sejak UMNO Baru memasuki Sabah kerana dalam PRU pertama UMNO Baru tahun 1990 dulu, sebahagian besar orang melayu t3lah m3nolak UMNO Baru? Dari undi popular, UMNO Baru hanya mendapat 46% sahaja. Inilah s3babnya Mahathir bawa UMNO Baru ke Sabah, untuk menyelamatkan UMNO Baru dari be4kubur di semenanjung. Trend penolakan orang melayu kepada UMNO Baru dalam PRU-PRU selepasnya, kecuali PRU 2004, adslah sama dengan angka PRU 1990.

      Tahukah sdra bahawa UMNO Baru t3lah bertukar dari menjadi parti melayu dan Islam kepada parti bumiputra apabila hendak memasuki sabah. Maknanya semua kaum bumiputra tak kira kaum apa, tak kira agama apa boleh menjadi ahli UMNO. Kaum dan agama tak lagi penting untuk menjadi ahli UMNO.Tak percaya? Rujuk Perlembagaan UMNO Baru Pasal 4 Jenis Ahli.

      Sdra pikiaq benda ini dulu. Jadi kalau semua kaum bumiputra tak kira ugama apa boleh jadi ahli UMNO, apakah Islam itu masih menjadi perkara pokok dalam perjuangan UMNO? Atau hanya penting bila berhadapan dengan ahli dari kalangan orang melayu Islam sahaja dan tidak penting apabila berhadapan dengan kaum bumiputra lain yang bukan m3layu Islam?

      Saya tidak tahu jawapannya sebab saya hanya ahli UMNO lama yang sudah tiada dan sdra patut mencari jawapan kepada persoalan ini dulu sebelum membuat kom3n seperti diatas.

      Delete
  6. Mokhtar Senik ke Mokhtar ARSENIK?Perangai macam racun perosak je......

    ReplyDelete
  7. Abe

    Yang kita dari tulisan Ustaz Mokhtar Senik ini berdasarkan tuduhan yang beliau nyatakan diatas, maka beliau dan kumpulan sealirannya berhak untuk membuat aoa sahaja walaupun melanggar batas ugama dan ilmu ugama yang tinggi dimileki oleh beliau dan kumpulannya termasuk UG.

    Itu yang saya faham maksud dan justifikasi yang diberi oleh meteka yang mengaku diri meteka ulamak dan penyokong ulamak yang membuta tuli.

    Inilah stail puak puak ini. Baling batu sembunyi tangan. Dia tuduh orang menghina ulamak seperti Haji Hadi. Bagus dia sebut didalam majlis apa penghinaan yang dimaksudkan itu telah dibuat. TETAPI SEPERTI BIASA DIA TIDAK BAGITAU APAKAH KENYATAAN-KENYATAAN YANG MENGHINAKAN ITU. SIAPA YANG MENGUKAPKANNYA. INILAH YANG DIKATAKAN SOROK PUNCA.....inilah stail ulamak2 seperti Ustaz Mokhtar Senik. Mereja hanya sebut menghina ulamak secara umum tetapi meteka tidak berani menyebut kenyataan yang menghina ulanak itu secara jelas.

    Cuba layari fb Ustaz M9khtar Senik ( Ustaz Mokhtar Senik Dup Phahang). Kita tengok posting beliau. Pada pandangan saya mwmat ni cerdik. Dia buat isu samar-samar untuk provoke penyokong tegarnya membuat komen-komen yang tidak langsung mengambarkan mereka mereka penyokong kuat ulamak. Komen2 mereka begitu umum dan menunjukkan tahap ketaksuban melampau. Isu mereka kabur. Sikap yang digambarkan bukan seorang pejuang ugana tetapi satu kumpulan ektrimis yang melampau.

    Sedih. Inilah bahana kepimpinan yang lemah. Kecekaruan didalam PAS hari ini jelas menunjukkan masaalah kepimpinan ysng lemah. Kepimpinan yang lemah, paling utama sekali ialah TGHH, tidak ada kena mengena dengan keulamakan atau tinggi rendah ilmu ugama seseorang. It is just a plain weakness of its leader. Jika ketinggian ilmu ugama atau tinggi rendahnya tahap keulamakan, sudah tentu kecelaruan yang gila yang sedang melanda PAS sekarang tentu tidak akan betlaku ketana TGHH mempunyai ilmu ugama yang amat tinggi dan kedudukannya sebagai ulamak kelas tinggi sudah terbukti apabila beliau dilantik sebagai naib ketua ulamak dunia!....camon la....kelemahan kepimpinan adalah kelemahan individu...xde kena mengena dgn ilmu yang ada.

    PS: Mengikut takrif Ustaz Mokhtar Senik dan konco-konconya, apa yang saya tulis diakhir komen diatas termasuk dalam kategori menghina ulamak.......Masya Allah begitu teroknya PAS dibawah kepimpinan Haji Hadi.

    ReplyDelete
  8. Anon 9:01 AM

    Apa yang saya nampak pada peringkat awalnya hanyalah khilafiah stratergi. Tetapi yang hodohnya adalah tuduh menuduh dan fitnah semakin membiak.

    Bila stratergi fitnah dan tuduh menudung di guna pakai di dalam sebuah parti Islam.....maka buruklah dan hodohlah imej parti itu dan tak ada bezanya dengan parti yang berteraskan ras dan kebendaan.

    Bukankah cukup hodoh dan buruknya wajah ini kalau di pandang dari sudut agama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Abe

      Yang kita lihat ialah tindakan sepihak menyerang, menuduh, melabel sekelompok rakan didalam parti sendiri. Kita nampak kelompok ini menggunakan jawatan yang mereka sandang melanggar perlembagaan PAS sewenang-wenangnya untuk menegakkan agenda mereka sehingga menghuruharakan dan memecahbelahkan parti.

      Yang puak kena serang pun satu hal. Kena serang, k3na tuduh macam-macam pun dok berdiam diri. Kalau berat kena tuduh, beratlah mereka pikul. Kita faham puak ini bukan berdiam tetapi tidwk mahu perang sesama sendiri secara terbuka, blow pe4 blow, kerana saya rasa selama ini mereka masih malu dan menghormati TGNA.

      Now TGNA sudwh tiada. Tidsk ada sebab mereka perlu berdiam diri. Hakikat yang ada s3karang, silent is not an option anymore. Semakin hari puak UG dan konco-konconya semakin bermaharajalela untuk menjahanamkan PAS yang bukan mil3k mer3ka pun. Mereka kena bangkit menyelamatkan PAS yang sedang dimisnahkan oleh puak UG.

      Jika mer3ka masih menyayangi Alma4hum TGNA dwn pemimpin2 terdahulu, mereka harus bangkit bersama akar umbi untuk mengambil kembali PAS dari tangan puak UG dan konco-konconya. TGNA sudah tiada untuk menyelamatkan PAS dari puak ini. Demi kemurnian perjuangan Almarhum TGNA, mereka harus bangkit sekarang.

      Riak pertama sudah kelihatan dari k3nyataan Salahudin Ayub. B3liau dilaporkan berkata kenyataan bekas timbalan presiden PAS, Ustaz Nasha membayangkan masih wujud usaha untuk mengadakan pakatan kerajaan perpaduan PAS-UMNO.

      Beliau membayangkan bahawa perkara ini akan b3liau bawa sendiri ke mesyuarat JKPP bulan depan. Jika dipersetujui oleh mesyuarat, tindskan boleh diambil keatas Ustaz Nasha.

      Isu demo yang dianju4kan ol3h Ustaz Mokhtar Senik juga perlu dibincangkan dan tindakan diambil. Selayaknya tindakan di ambil keatas Ustaz Mokh5ar Senik sebagai pengajaran kepada yqng lain dan untuk memecahkan rythm kegilaan puak-puak UG yang sedang mengila ini.

      Ustaz Mokhtar S3nik boleh dituduh berkelakuan tidak setara dengan kedudukannya sebagai ulamak aka mer3ndah dan mencemarkan imej ulamak, Dewan Ulamak Pahang dan MSU. Juga dengan demo ters3but, b3liau t3lah membawa desrepute sehingga menc3markan im3j PAS.

      Kedua-dua tuduhan ini bol3h dibuat kerana terdapat beberapa peruntukan didalam perl3mbagaan. Very clear cut case......

      Delete
    2. Baca :
      Jerat Umno mengena !

      Persoalan tajuk harus kita fokus dahulu beb . Jangan merewang dari tajuk .

      Penyokong Pas harus tahu membaca jigsaw sepak terajang politik musuh.

      Setelah Dato Asri Muda merosakkan Pas dari dalam - Ustaz Yusof Rawa dan Ustaz Fadzil membina semula Pas untuk bangkit semula dipersada politik Malaysia.

      Pas tidak akan bersengketa sesama sendiri melainkan ada tangan ghaib merancang utk merosakkan Pas dari dalam.

      Gerakan perjuangan Parti Kuminis Malaya dapat dipatahkan oleh British dengan menggunakan orang dalam PKM itu sediri iaitu Setiausaha PKM sebagai inteligen British dan akhirnya PKM hancur dan lebur dari Malaya.

      Ditakuti cara sama digunakan oleh musuh politik Pas untuk menghancur lebur kekuatan Pas dari dalam.

      Persoalan khilafiah tidak ada mengena merujuk kpd perbalahan yg kini berlaku.

      Sekiranya ingin terlibat dlm kancah politik seharusnya kita tahu membaca catur politik .

      Delete
    3. Nabi saw pernah berpaling dan menjauhkan diri dari Abu Bakar r.a hanya disebabkan Abu Bakar menjawab makian lalu timbul perkelahian dgn org yg memakinya. Bila ditanya kenapa sewaktu lelaki itu memaki aku dan aku berdiam diri, engkau masih tetap di sisiku tetapi bila aku membalas makiannya itu,engkau berpaling daripadaku? Lantas Nabi menjawab, sewaktu engkau berdiam diri, malaikat ada bersamamu tetapi bila engkau menjawab makian lalu timbul pertelingkahan maka malaikat pergi, lalu syaitan datang dan aku tidak boleh duduk bersama syaitan.

      Sekarang puak mana dgn malaikat dan puak mana dgn syaitan?

      Delete
  9. PAS tanpa Presiden macam TGHH yang tegas, tanpa Ulama dan tanpa MSU itu bukan PAS tapi itu adalah PasMa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6:18

      Mengarut!.....pi baca perlembagaan PAS dulu.

      Kalu demo UMNO, buleh la maah. Tapi kalu demo ahli PAS.....berenti jadi ahli PAS la. Demo wat punoh PAS jah.

      Delete
  10. PAS jenama politik GAGAL bagi orang orang Melayu.

    Kalau pemimpin jenis Bahalol , apa kah akan ada kemajuan di dalam PAS dan orang orang Melayu.

    Kuasa ekonomi tiada , ni sudah Chinese New Year , mangsa mangsa banjir Kelantan masih miskin papa kedana walhal mercun dum dam dum dam sana sini.

    Orang orang Melayu melopong tengok duit di bakar tuk buat bising.

    PAS dan PASMa tidak akan bawa kemajuan ke orang orang Melayu. Bubar saja.

    ReplyDelete
  11. PAS tidak akan rosak selagi ada pemimpin macam TGHH, perlembagaan PAS hanyalah guide kepada perjuangan dan dasar Islam yang dibawa oleh PAS. Dasar PAS tidak akan berubah walau siapa pun Presiden. Kalau dasar perjuangan berubah itu bukan PAS itu adalah PasMa. Ahli PAS yang tidak menerima Ulama, itu bukan ahli PAS mereka itu adalah PasMa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa