Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 24, 2015

Kalau dah suka memaki hamun dan suka melabel tu Ulamak kepala bapak hapa?

Saya tak hormat ‘ulama’ maki hamun, kata AJK PAS Pusat
TMI - Published: 24 February 2015 4:07 PM
Dr Dzulkefly Ahmad mengatakan apa yang berlaku di Multaqa Ulama ke-2 baru-baru ini menyedihkannya kerana ramai ulama yang memaki hamun satu sama lain.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad menjelaskan beliau bukan tidak menghormati ulama, tetapi sudah hilang hormat kepada pihak yang menggelar diri ulama tetapi memaki hamun sesama sendiri, apatah lagi sesama jemaah Islam.

"Yang saya tidak hormati ustaz-ustaz yang mengaku ulama tetapi memaki hamun dan kerjanya melabel sesama ahli jemaah dan parti sendiri," kata pengarah eksekutif pusat penyelidikan PAS itu.

Dzulkefly mengulas laporan The Malaysian Insider sebelum ini yang melaporkan beliau berasa sedih dengan apa yang berlaku dalam Multaqa Ulama ke-2 di Serdang baru-baru ini, yang penuh dengan maki hamun sesama PAS.

"Apakah ada lagi ruang untuk penyatuan hati-hati ini?" soal beliau berikutan pelbagai ancaman yang dihamburkan kepada kumpulan yang tidak sealiran pemikiran dengan mereka.

Ekoran itu, Dzulkefly dilaporkan berkata, "Saya tidak takut dengan ancaman mereka, tetapi kalau dahulu saya hormati ulama, sekarang saya sudah hilang rasa hormat itu. Dan saya berazam mengubah (kesilapan) itu."

Kenyataan Dzulkefly itu diputar oleh pihak tertentu seolah-olah beliau tidak menghormati semua ulama.

Satu poster dibuat dengan memetik kata-kata beliau itu dan diletakkan gambar ulama PAS yang kelihatan seolah-olah beliau hilang hormat terhadap mereka.

Dalam Multaqa Ulama anjuran Dewan Ulama PAS baru-baru ini, pelbagai istilah digunakan untuk melabel pihak-pihak yang didakwa menentang kepimpinan ulama dalam PAS, khasnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pihak paling teruk diserang ialah pimpinan PAS yang didakwa sebagai pro Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang dibentuk untuk melobi agar PAS kekal dengan Pakatan Rakyat. – 24 Februari, 2015.

4 comments:

  1. Ulamak PAS rata rata Otak Gred 3 , nak masok universiti omputeh jadi Doctor , Engineer tak boleh...

    Yang Ana Unta , Ante Keldai itulah pendidikan asas sehingga sendiri ngok ter ikut ikut UMNGOK.

    Muka muka Ularmak sama saja dan kerja nya jaja jaja ayat2 agama tuk cari makan , pangkat , jawatan , kedudukan.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. kan kau pun tahu bahawa ulamak tak maksum ..........tapi aku lihat macai PKR macam dpt lesen besar utk maki hamun ulamak tapi geng2 jebon ni buat tak kisah pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 6:32

      Boleh bagi alsan yg lebih munasabah tak....tuduh macai pkr......macai geng hangpa pun lagi terok.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa