Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 28, 2015

Di Kelantan lagi: Tembak dan dadah

Suami isteri ditembak angkara hutang dadah
POLIS memeriksa motosikal yang dibakar suspek
Tanah Merah: Angkara hutang dadah, suami isteri nyaris terkena tembakan selepas diserang empat lelaki dalam kejadian di Kampung Alor Bemban, Bukit Kecik, di sini, pagi tadi.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam kejadian 9.20 pagi itu, suspek melepaskan sedas tembakan namun tersasar selepas si suami berusia 38 tahun melarikan diri.
Isteri mangsa berusia 25 tahun yang tidak melarikan diri bagaimanapun tidak dicederakan.
SATU daripada dua motosikal yang dibakar suspek
Katanya, suspek kemudian bertindak membakar dua motosikal di hadapan rumah mangsa sebelum meninggalkan lokasi kejadian.
“Suspek pada mulanya bertanyakan kepada mangsa berkenaan seorang lelaki bernama Juli kerana hutang dadah, namun mangsa enggan memberi kerjasama dan berlaku pertengkaran.
“Suspek kemudian melepaskan satu tembakan namun tersasar disebabkan mangsa melarikan diri
” Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan,” katanya.
Dalam pada itu Mazlan berkata, mangsa, isteri dan rakannya yang turut berada di situ ditahan selepas pemeriksaan terhadap mereka menemui beberapa pil jenis methampetamine.

2 comments:

  1. Ni nasib negeri bertuah... Mb pun dah dok caca marba... Dari memperkasakan islam dok memperkasakn perkasa... Anak negeri ok sibuk dadah... Bala baru akibat pemerentahan yg cuai...

    ReplyDelete
  2. Bkn pemerintahan cuai...tapi kaki pil datangnya dari org yg jahil...keluarga yg jahil..dan ramainya mereka ini penyokong umngok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa