mk - 7:19PM - 27 Feb 2015
Seorang bekas hakim Mahkamah Rayuan mendakwa, bekas Ketua Hakim Negara Tun Eusoff Chin melakukan tindakan melanggar etika kehakiman kerana cuba mempengaruhi seorang hakim dalam satu perbicaraan pada 1995.
Vohrah – yang menganggotai panel tiga hakim yang mendengar kes rayuan Ayer Molek – dalam satu tulisannya mendedahkan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.
Selain Vohrah – yang ketika itu hakim Mahkamah Tinggi yang terpilih untuk duduk di Mahkamah Rayuan – hakim-hakim lain yang mendengar kes itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk NH Chan dan Tan Sri Siti Norma Yaakob, yang kemudiannya menjadi wanita pertama dilantik sebagai Hakim Besar Malaya.
Dalam tulisan itu Vohrah menyatakan bahawa salah seorang hakim dalam panel itu telah diminta bertemu dengan Eusoff.
"Beliau (Eusoff) berkata ianya berkaitan dengan kes Ayer Molek dan beliau (CJ) membayangkan bahawa rayuan itu tidak mempunyai merit," dakwa Vohrah.
Vohrah, bagaimanapun, tidak menamakan hakim yang bertemu dengan Eusoff.
Artikel beliau yang mengejutkan itu muncul dalam buku komplikasi artikel mengenai Mahkamah Rayuan Malaysia, 1994-2014 - sempena ulang tahun ke-20 mahkmah itu yang diterbitkan pada tahun lepas.
Sebuah suruhanjaya siasatan diraja yang ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan dalam klip video itu, telah mengesyorkan tindakan diambil terhadap Lingam dan Eusoff dan lima yang lain termasuk bekas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sejarah Ayer Molek lwn Insas
Dalam menjelaskan kes Ayer Molek itu, Vohrah – yang kini merupakan seorang konsultan di Lee, Hishammuddin, Allen dan Gledhill – menulis bahawa kes itu melibatkan satu perintah ex-parte untuk memaksa Ayer Molek menguatkuasakan pemindahan 540,000 saham biasa Ayer Molek kepada Insas dalam daftar saham syarikat itu dan mengeluarkan sijil baru atas nama Insas dalam masa dua hari kerja selepas mereka menerima sijil saham.
Pihak defendan segera memohon penangguhan pelaksaan perintah mandatori ex-parte itu.
Hakim mahkamah enggan memberikan penangguhan pelaksanaan perintah ex-parte yang dikeluarkan olehnya. Pada 14 April, 1995, pemindahan saham telah didaftarkan dalam daftar saham Ayer Molek dan sijil saham baru telah dikeluarkan kepada Insas di bawah pematuhan perintah ex-parte itu.
Pada 18 April 1995, Ayer Molek memfailkan notis rayuan terhadap perintah ex-parte itu di Mahkamah Rayuan. Pada hari yang sama, mereka memfailkan usul untuk menangguhkan perintah ex-parte sementara menunggu rayuan mereka selesai.
Semasa pendengaran Mahkamah Rayuan, ia amat jelas (tulis (Vohrah) bahawa ketidakadilan yang serius telah dilakukan dalam kes itu di peringkat Mahkamah Tinggi. Mahkamah Rayuan mengeluarkan perintah interim bahawa sementara menunggu selesai rayuan itu, responden (Ayer Molek) dihalang daripada melaksanakan sebarang hak termasuk melupuskan saham itu.
Vohrah, Chan dan Siti Norma telah menulis penghakiman yang berasingan di mana Chan telah menulis mengenai penyalahgunaan proses Mahkamah Tinggi manakala Siti Norma telah menulis mengenai hakikat bahawa prosiding telah difailkan di Bahagian Kuasa-Kuasa Khas dan Rayuan Mahkamah Tinggi, sedangkan ia sepatutnya di bahagian komersial.
'Saya telah menulis mengenai aspek undang-undang syarikat dalam kes itu yang melibatkan pemindahan saham," kata Vohrah dalam artikelnya itu.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa