Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, February 28, 2015

Hudud: Akan berjayakah PAS?

Hudud takkan berjaya di Parlimen tanpa majoriti, kata penganalisis
OLEH EILEEN NG
Published: 28 February 2015 7:00 AM
Rancangan PAS untuk melaksanakan hudud dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya. – Gambar The Malaysian Insider, 27 Februari, 2015. 

Rancangan PAS melaksanakan hudud di Kelantan dengan membentangkan rang undang-undang persendirian di Parlimen tidak akan berjaya, kata penganalisis, kerana parti tersebut tidak mempunyai cukup kerusi menyokongnya, selain halangan sedia ada dari segi prosedur Parlimen.
Mereka berkata, PAS hanya mempunyai 21 kerusi Persekutuan dan sekalipun semua 87 ahli Parlimen Umno, 2 wakil Islam dari DAP dan 16 dari PKR memberi sokongan kepada hudud, undi mereka masih tidak cukup membentuk dua pertiga (148 undi) yang diperlukan daripada 222 kerusi Parlimen untuk meminda Perlembagaan Persekutuan.
"Saya tak rasa mereka akan berjaya kali ini, peluang mereka kecil, malah di kalangan ahli Parlimen Islam juga, mereka tidak sebulat suara tentang langkah PAS ini," kata penganalisis Wan Saiful Wan Jan.
Tambahan pula, secara konvensionalnya, urusan kerajaan lebih diberi keutamaan bagi diselesaikan terlebih dahulu, walaupun menurut ahli strategi DAP dan ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming, jarang sekali urusan kerajaan dapat diselesaikan sepenuhnya sebelum setiap persidangan berakhir.
Beliau juga mengatakan, jarangkali rang undang-undang persendirian diluluskan, merujuk kepada kejadian April tahun lepas apabila beliau dan rakan dalam Pakatan Rakyat (PR), Dr Michael Jeyakumar dari Sungai Siput, membentangkan rang undang-undang tersebut bagi Akta Keterangkuman Sosial yang menangani marginalisasi.
Pada masa itu, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata rang undang-undang persendirian yang dimohon ahli Parlimen pembangkang itu bercanggah dengan Artikel 38 Perlembagaan Persekutuan, dan beliau menggunakan alasan itu bagi menolak rang undang-undang tersebut daripada dibentangkan dan dibahaskan.
"Akhirnya, rang undang-undang PAS itu tidak akan dapat dibentangkan, jika kita lihat berdasarkan apa yang pernah berlaku dahulu," kata Ong. 
Kelantan yang ditadbir PAS berhasrat membentangkan rang undang-undang persendirian itu di Parlimen bulan depan bagi membolehkan ia meminda Enakmen Jenayah Syariah II 1993 negeri itu, yang akan membenarkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.
Bagaimanapun, kerajaan negeri itu dilihat keberatan mendedahkan kandungan pindaan itu walaupun kepada sekutunya dalam PR - DAP dan PKR.
DAP, terutamanya, tegas menolak mana-mana langkah melaksanakan hukum jenayah Islam itu.
Wan Saiful berkata PAS membuat kesilapan dengan tidak memaklumkan mereka yang terlibat serta rakan PR tentang rang undang-undang tersebut.
"Ini satu isu besar dan mereka patut memaklumkan orang ramai terlebih dahulu, tetapi sehingga kini, masih tiada maklumat atau perundingan umum berhubung rang undang-undang tersebut dibuat.
"Kecekapan PAS dalam mengendalikan isu ini amat ketara," kata Wan Saiful yang merupakan ketua eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS).
Tujuan sebenar
Bagaimanapun, penganalisis Dr Oh Ei Sun percaya yang tindakan PAS bukannya tentang agama, tetapi satu ujian litmus bagi gabungan Umno-PAS.
Bukan satu rahsia yang beberapa elemen dari parti pembangkang Islam itu tidak menolak bekerjasama dengan parti Melayu itu, dan sokongan terbuka Umno bagi idea itu juga menampakkan niat mereka.
"Sedari awal lagi, tujuan langkah sia-sia ini bukannya tentang kesucian agama, tetapi mengenai satu gabungan berat sebelah, penyatuan asas sokongan, dan ujian bagi gabungan Umno-PAS akan datang.
"PAS ingin mewujudkan senario 'brinkmanship' di mana ia boleh menayangkan akreditasi keagamaan mereka, pada masa sama mencabar Umno untuk sepadan dengannya, dengan keyakinan yang PAS akan berjaya.
"Langkah yang betul daripada segi agama ini juga membantu kedua-dua parti menyatukan asas sokongan mereka," kata Oh.
Namun felo kanan Universiti Teknologi Nanyang S Rajaratnam School of International Studies itu percaya parti majoriti bukan Melayu dalam PR dan Barisan Nasional dijangka akan mengundi menentang rang undang-undang tersebut.
Selama ini, DAP, MCA dan Gerakan lantang menyuarakan penentangan mereka sementara wakil Melayu DAP dan PKR juga dijangka akan ikut sama, memandangkan kebanyakan kerusi mereka di kawasan bandar dan separa bandar, katanya.
Disember lalu, beberapa ahli Parlimen PKR yang ditemu ramah The Malaysian Insider tidak komited tentang sama ada mereka akan menyokong rang undang-undang persendirian bagi pelaksanaan hudud itu atau tidak, dengan ahli Parlimen Indera Mahkota Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, "Orang Islam tidak boleh menolak hukum Allah."
Namun, pendirian ahli Parlimen DAP Bukit Bendera Zairil Khir Johari jelas mengenai penentangan parti sekular itu terhadap hudud, mengatakan yang mereka konsisten tentang isu ini sejak awal lagi. – 28 Februari, 2015.

2 comments:

  1. Hukum Tuhan tapi kena mintak IZIN pkr dap umno dan lain2 di parlimen..
    anwar dalam jel bagi ke izin?
    hehe

    ReplyDelete
  2. PAS tidak cerdik.

    PAS kena sedar , orang orang bijsk waras tidak akan ber sekongkol dengan bahalol2...

    Satu kumpulan bukan ber makna satu Otak.... DAP pakai Mercedes Benz kerja kuat , PKR pakai Toyota sudah mula belajar kerja kuat. PAS pakai Myvi saja kalau tak nak pakai keta Gomen.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa