Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2015

Ulama dilantik Presiden UMNO?

Kenapa tidak calonkan ulama jadi presiden UMNO? - Wan Saiful
Irwan Muhammad ZainAstro Awani |Kemas kini:Februari 22, 2015
(Diterbitkan pada: Februari 22, 2015 12:49 MYT)

Kenapa tidak calonkan ulama jadi presiden UMNO? - Wan Saiful
Kenapa tidak calonkan ulama jadi presiden UMNO? - Wan Saiful
KUALA LUMPUR: Ahli-ahli UMNO yang sayangkan ulama perlu mencalonkan golongan tersebut menjadi presiden parti mereka, kata Ketua Eksekutif IDEAS, Wan Saiful Wan Jan.

Wan Saiful berkata demikian ketika mengulas sikap beberapa ahli dan pemimpin UMNO yang sering mengeluarkan kenyataan membidas perkembangan dalam PAS yang didakwa meminggirkan ulama.

"Kalau mereka (ahli UMNO) betul sayang dan mahu kepimpinan ulama, mereka sepatutnya menjadi ahli PAS bukan sertai UMNO.

"Dan jika ahli UMNO mahu mempertahankan kepimpinan ulama, sepatutnya mereka menuntut supaya jawatan utama seperti presiden UMNO diisi oleh ulama," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Perkara yang sama pernah dibangkitkan oleh Mohamad Sabu sebaik dipilih menjawat jawatan Timbalan Presiden pada muktamar PAS tahun 2011.

Mohamad ketika ucapan penggulungannya menegaskan PAS tidak pernah meminggirkan kepimpinan ulama sebaliknya memperkasakan peranan golongan agamawan.

Katanya PAS mewujudkan sayap parti yang dinamakan Dewan Ulama untuk memberikan mereka ruang yang seluas-luasnya memainkan peranan dalam parti.

Selain Dewan Ulama, Mohamad berkata, PAS juga memperkasakan peranan ulama dalam parti mereka dengan menubuhkan Majlis Syura Ulama yang merupakan badan kedua tertingi dalam parti itu selepas muktamar.

6 comments:

  1. Bapak kepada Segala Ularmak Malaysia , si Maha Firaoun sesuai jadi Presiden Gabungan UMNO-PAS (HAMPAS)....

    Hadi mana ada layak , cskap English pun gagap.

    ReplyDelete
  2. apalah punya bodoh si Wan ni....

    Macam mana boleh jadi ketua execuriive IDEAS???

    Dia tak tahu ke apa beza parti UMNO dan PAS???

    Aduiiii.....kenapalah bengap sgt

    ReplyDelete
  3. Klu betul england dia gagap...xper...janji bola solat...fatihah dia betul makhraj dan tajwid dia? Nabi pun byk pakai translator dr sahabat2. Kau solat cmaner tajiwd dan makhraj kau? Janji tertipu dgn dunia onani 801.

    ReplyDelete
  4. Mana lbh baik...lantik org yg takut pd allah sebagai ketua atau lantik org yg takut ketum sebagai ketua?

    ReplyDelete
  5. Umno suka ulama sebab senang nak tipu. Bukan kau tak tahu.

    ReplyDelete
  6. Blog ni selalu menyemai api permusuhan sesama ummat.kenapa senjata harus dihalakan kearah sesama islam.tuan harus lihat apa yang telah terjadi ditimur tengah.apakah tuan juga ingikan perkara sama juga berlaku kepada negara yang tercinta ini.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa