Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, February 22, 2015

Jawapan PasMa kepada Ahmad Yaacob

Kalau diamati kenyataan ini bukan PasMa yang bermusuh dengan PAS
Tetapi PAS (sesetengah pemimpinya yang merasa tergugat?) yang memusuhi PasMa

Benarkah PasMa punya kekuatan kerana PasMa bukan dianggotai oleh majoriti Ahli Pas?
Dan penubuhan PasMa juga dikatakan bukan untuk menyaingi PAS!

Jangan heret ulama perangi PasMa
mk - 11:39AM - 22 Feb 2015
Saya pun ada terbaca berita ketegasan Pamangku Ketua Urusan Ulama PAS Datuk Ahmad Yaakub dalam majlis Multaqa' Ulamak pada Sabtu lepas, yang mahu parti masa depan itu memerangi PasMa.

Katanya, PasMa berfahaman liberal dengan menyerang dasar PAS, hatta dituduh merosakkan parti dari dalam.

Telah lama PAS mengamalkan kaedah muwajahah silmiyah (pendekatan keamanan) dengan menyertai proses demokrasi berpilihan raya, walaupun ada zahir nas al-Quran yang mewajibkan perang bunuh-membunuh atas tujuan menghilangkan fitnah.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah..." [Surah Al-Baqarah: 193]

Dalam konteks demokrasi di Malaysia, Ahmad Yaakob akan menggamit fitnah yang baru seperti Islam dilihat sebagai ganas, sekiranya mahu PAS berpegang pada faham literal nas yang menuntut “wajib berperang”.

Politik ekstrem

Sesungguhnya, perang itu sendiri bukan satu-satunya kaedah untuk menghilangkan fitnah, sebaliknya merupakan salah satu cara untuk menghentikan kezaliman sehinggalah menaikkan satu-satu kepemimpinan yang berkualiti.

Sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama keamanan, sebenarnya ada banyak lagi kaedah keamanan seperti dialog, debat ilmiah, musyawarah, seminar dan banyak lagi.

Bukan kerja buat PasMa mengukuhkan doktrin melampaui seperti melarang hampir lima juga penyokong Pakatan Rakyat untuk tidak menasihat atau mengkritik kepemimpinan oposisi ini, atas sentimen ulama dan sebagainya.

Fokus PasMa adalah mengukuhkan sokongan hampir lima juta pengundi PRU13 kepada kerjasama PAS, DAP dan PKR atas nama Pakatan Rakyat hingga ke PRU14, dan kita ambil semua kaedah muwajahah silmiyah seperti di atas ini.

Sebab itu, saya ingat multaqa' ulama PAS semalam berani untuk mengambil kaedah muwajahah silmiyah yang PAS amalan selama ini, dengan pergi menegur tindak-tanduk Ahmad Yaakub yang pergi merasmi program pertubuhan pelampau di Kelantan baru-baru ini.

Tindak tanduk Ahmad Yaakub itu hanya mengakibatkan amalan muwajahah silmiyah kian terhakis dalam jemaah, hatta lima juta pengundi Pakatan tidak mustahil akan melihat PAS pun seperti Umno yang turut menyokong politik ekstrem.

Janji kosong Umno

Implisitnya, Ahmad Yaakub bukan sahaja mendatangkan fitnah yang baru sampai keburukan imej Islam sebagai agama sederhana, bahkan turut memusnahkan imej muwajahah silmiyah yang selama ini diamalkan oleh PAS, disebabkan perasaan tidak senang beliau dengan kerja buat PasMa.

Kalau ghairah dengan janji kosong Umno-BN yang kononnya akan menguntungkan PAS di PRU14 sekalipun, janganlah mengheret ulama untuk 'berperang' dengan PasMa, yang nyata akan memburukkan lagi imej Islam dan imej PAS.

PasMa yang pro-Pakatan mahu diperangi, manakala, NGO yang ekstrem bersama Umno mahu didampingi di Kelantan?

Itu, biar Ahmad Yaakub perjelaskan kepada akar umbi PAS, khususnya mereka yang menyertai multaqa' ulama.

Mengapa Ahmad Yaakub mahu PasMa diperangi pula, sedangkan Rasulullah SAW sendiri bersabda yang bermaksud, "agama (Islam) adalah nasihat"?


ZAINULFAQAR YAACOB timbalan pengerusi II PasMa Pulau Pinang

12 comments:

  1. Abe

    PasMa tidak bermusuh dengan PAS. PAS juga tidak bermusuh dengan PasMa. Yang bermusuh dengan PasMa hanyalah segelintir pemimpin PAS yang kebanyakan golongan agamawan yang berkiblatkan UG dan yang mempunyai kepentingan peribadi seperti Ahmad Yaakob dan Nik Amar. Mereka seperti biasa menggunakan jawatan mereka didalam PAS untuk kepentingan mereka. Dalam kes Ahmad Yaakob dan Nik Amar, mereka menyerang PasMa dan golongan tidak sebulu dengan mereka kerana menjaga jawatan MB dan TMB mereka. Mereka begitu kuat menyokong TGHH kerana jika pucuk pimpinan PAS berubah, mereka mungkin diganti dengan orang lain kerana kita tahu mereka tidak mampu untuk mengalas jawatan MB dan TMB.

    Begitu juga dengan mereka yang lain. Bagi meteka kedudukan Haji Hadi petlu dipertahankan dengan apa cara sekalipun ketana jika Haji Hadi sudah tidak menjadi Presiden, mereka akan kehilangan kedudukan mereka sekarang. Kedudukan dalam PAS pun ada sikit2 macam jawatan dalam UMNO juga. Jawatan juga adalah anak kunci hendak cari fulus....

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,
    PAS mempunyai Presiden dan Ulama yang begitu tegas terhadap sesuatu perkara yang boleh merugikan ISLAM kerana ada mereka ini lah maka PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. PAS pada awal penubuhannya mempunyai ulama yang tegas dan tidak mudah cenderong kearah liberalisma.

    Dasar perjuangan PAS tidak akan berubah walaupun ditukar presiden sekalipun. Hendak bersama dengan mereka kita mesti patuh, wala dan berbai'ah bukan saja kepada presiden malah ia melibatkan jemaah dan juga Majlis Syura Ulamak. Dasar perjuangan hendaklah dibawa bersama dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap perjuangan.

    Kalau dasar perjuangan itu berubah maka itu bukan lagi PAS tetapi itu adalah PasMa. Perjuangan PasMa tidak memerlukan Ulama dan Syura, mereka lebih selesa berbai'ah dengan PKR dan DAP daripada berbai'ah dengan jemaahnya sendiri.

    Kepada segelintir pemimpin PAS yang berselindung dibelakang PasMa digesa supaya tampil dan teruskan usaha kamu secara depan jangan lagi berselindung dibelakang PasMa, nyatakan pendirian kamu dan hasrat kamu sekiranya kamu benar, luahkan apa yang tersirat biar seluruh jemaah menilai usaha yang kamu lakukan tanpa berselindung.


    Semoga PAS berkekalan dibawah pimpinan Ulama yang mempunyai ketegasan yang tinggi dan tidak mudah menjadi lalang yang tiada teras kekuatan. In-Shaa-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 3:42

      "Hendak bersama dengan mereka kita mesti patuh, wala dan berbai'ah bukan saja kepada presiden malah ia melibatkan jemaah dan juga Majlis Syura Ulamak. Dasar perjuangan hendaklah dibawa bersama dengan rasa penuh tanggungjawab terhadap perjuangan."

      Kepatuhan dalam PAS yang paling penting ialah kepatuhan dan wala kepada Jamaah. Kepatuhan dan wala kepada jamaah ialah patuh kepada dasar pe4juangan PAS, kemudian kepada pimpinan selagi pimpinan itu juga patuh dan wala kepada jamaah i.e dasar-dasar PAS termasuk setiap dasar yang menjadi dasar hari ini.

      Kepatuhan kepada jamaah adalah tuntutan mutlak. Maknanya bila jadi ahli PAS tak kira presiden ke, MSU ke atau ahli biasa kat kg ke, s3mua kena patuh kepada jamaah. Kepatuhan kepada pimpinan adalah kepatuhan bersyarat ia itu kepatuhan kepada pimpinan itu wajib selagi pimpinan itu patuh kepada jamaah iaitu patuh kepada dasar2 PAS samada dasar tetap dan dasar semasa.

      Untuk supaya jelas mengenai dasar semasa ialah dasar tahaluf siyasi dengan PR. Ini dasar semasa. Ia mesti dipatuhi oleh semua pihak termasuk pimpinan sekali. Jika mana-mana ahli tak kira berjawatan atau tidak menentang dasar ini, atau mensabotaj dasar seperti ini maka dia sudah tidak patuh kepada jamaah. Itu dasar PAS. Apa lagi jika mana-mana dasar semasa PAS itu diputuskan melalui Muktamar. Harap jelas.

      Dalam menilai PasMa dan ahli-ahli PAS yang menyertai PasMa, kedudukan mereka samada m3ngkhianati perjuangan PAS atau tidak kena dinilai pertama samada mereka melanggar mana-mana peruntukan didalam PAS dan melanggar dasar semasa PAS atau tidak.

      kedua, s3bagai s3buah organasasi politik, PAS mempunyai mekanisma bagi menangani pelbagai isu yang timbul didalam parti. Apatah lagi sebagai sebuah parti Islam. Ikut cara dan mekanisma yang sedia ada. Jangan dok berbalah pakai hukum masing-masing diluar jamaah. Jangan ikut stail MIC selesai masaalah dalaman parti....riak2 ahli PAS nak ikut stail MIC pun dah semakin jelas sekarang!

      Delete
  3. Patutlah PAS dari dulu hingga sekarang dan sampai bila-bila dan selamanya tidak akan berubah sebabnya pemimpin ulam mereka tidak mahu ikut berubah wal hal kebanyakan ulama punyai ilmu dari pelabagi luar negara seperti juga ahli profesyenal dalam PAS tapi mereka ini tahu hendak mengubah keadaan dari jumud ketaksuban kepada kemodenan teknology tanpa menyekat perkembangan islam dan meningkatkan lagi kefahaman syariat,apakah PAS mahu jadi semacam UMNO tidak mahu mencerdikkan rakyat untuk kemajuan dalam islam apakah PAS mahu semua ahli bawah ikut telunjuk pemimpin yang bodoh demi untuk menjaga periauk nasik sendiri,jika itulah matlamat pemimpin PAS lebih eloklah pengikut PAS buka mata sebelum PAS terlingkup dek kerana pemimpin yang pada mula tidak nampak kekakyaan dunia tapi bila suda berkuasa mula gila dengan kekayaan dunia.

    ReplyDelete
  4. semua nak buat sedara mara pening pasal politik...memilih sekular demokrasi utk tegak agama?hehe..memilih utk jalan tegakkan agama ni bukan ikut tekak kita sebenarnya..agama itu jalannya agama juga..kalo habis xda jalan yg halal barula darurat,itu pun bukan boleh belasah semua jalan,jalannya tetap jalan yg x mensyirikkan Allah langsung....
    lagi pun dah habis ke jalan yg betul2 halal ni?
    darurat ni ada dua..
    1-untuk kelangsungan hidup..duit dah xda sangat..keje pun dah xda..
    contoh
    jalan halal dah habis utk sesuap nasi..masa tu cuma ada dua jalan je yg ko ada..1 mencuri..2 masuk kristian..paderi dia payung hidup ko..
    mesti pilih mencuri kan?insyaAllah begitulah..
    sama gak dibolehkan makan babi tu..makan babi masa darurat bukan syirikkan Allah..
    2-jalan untuk tegakkan agama..so ko nak pilih jalan mana..nabi dulu darurat sorang2..pun masih ada jalan tanpa bunuh2 orang..tanpa perang..tanpa kuasa..rejek kuasa bersistem jahiliah yg di ofer..bila dah makin ramai yg peluk islam nabi masih x bunuh2 org dan berperang..kecuali org islam diperang bunuhi..namun saja2 nak tegakkan islam ngan perang xda la..bila dah DIANUGERAHI negara/kuasa Islam(sistem khilafah)..sahabat baru menambah kaedah..kaedah lama tetap kekal juga..iaitu melalui ketenteraan,menyuruh negara lain pilih islam,jadi sedara..kalo x mau bayar ufti,x mau juga baru perang..
    dah habis jalan yg betul2 halal ke sampai pilih demokrasi sekular?di mana HUKUM MILIK TUHAN pun diserah pada ketentuan seluruh manusia termasuk PENYEMBAH BERHALA di pru dan parlimen?siapa berani jamin atas nama Allah dan rasul yg jalan ini BERSIH KETIKA DARURAT?..
    darurat ialah xda jalan dah kan?.nabi dulu darurat lagi teruk pun masih ada jalan "bersih" lagi halal kan?
    ini la agama,baru mahal,bukan ikut tekak kita...
    jgn tengok pada KEZAHIRAN..kezahiran itu la yg mudah menipu manusia..
    ape salahnye kita berhati2..ini bukan bab kelangsungan hidup sendiri tau..ini nak tegak agama tau..mesti "jalannye" betul2 bersih walau darurat..x caya tengok nabi saw..sorang2 je tu dulu..
    semoga kita tidak "ketertipuan atas ketertipuan"..
    agama memang tertegak ketika darurat..dan ketika itulah kita diuji..nak pilih jalan mana?tengok nabi saw la..baginda lagi darurat la dulu...
    sama2 tak sengaja membohongi sedara mara demi politik demonrasi kan...?

    ReplyDelete
  5. Pemimpin PAS sedar PAS sudah jadi bahalol dan tiada nilai di politik negara.

    PASMa sudah di lihat sebagai peganti PAS.

    Rakyat sudah matang dan tidak mahu lagi di bodoh bodoh dan di bahalol lagi.

    Orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  6. kalo kite sendiri pun membawa agama tertakluk pada kehendak sekular demokrasi..bagaimana kita boleh kenal pemfitnah sedang kita sendiri pun sebahgian dari fitnah2 juga..
    kalo x..xkan la habis pening semua sedara mara kita pasal agama dek kerana sekular demokrasi ni..
    walahuaklam..
    (sekadar berkongsi..mohon jgn mengamok)

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum,
    Mat Sabu dah lama dengan LGE dalam satu sel, sepatutnya Mat Sabu dah dakwahkan LGE pasal Islam. Malang sekali bukan LGE yang di dakwahkan malah Mat Sabu sendiri terikut-Ikut dengan sosialisma LGE.

    Kenapa LGE begitu lantang menentang Hudud sedangkan beliau tahu itu adalah dasar perjuangan PAS dari dulu lagi dan yang lebih hairan kenapa LGE tidak terfikir bahawa Mat Sabu pun perjuangkan hudud, kawan karib pun LGE tidak peduli.

    Masakan Mat Sabu merestui LGE yang menghina hukum Allah yang dari awal diperjuangkan oleh Ulama PAS sebelum tertubuhnya PR. Masakan Mat Sabu sanggup melihat partinya dan jemaahnya ditikam depan-depan. Masakan Mat Sabu sanggup melihat partinya punah ranah dengan kehadiran liberalisma.

    Disini kelihatan Mat Sabu tidak lagi bersama dengan mereka. Mat Sabu merasakan apa yang diperlakukan oleh DAP dan PKR terhadap PAS merupakan satu pengajaran kepada Golongan Ulama PAS supaya jangan sesekali membantah atau menghalang segala usaha PR untuk menawan Putrajaya walaupun terpaksa meninggalkan dasar-dasar Islam yang dibawa bersama satu masa dahulu sehIngga kini diketepikan begitu saja. Dilihat Mat Sabu sudah terkena tempias liberalisma dan sosialisma.

    Jawatan dan kuasa sudah didepan mata hanya tunggu masa yang sesuai. Jawatan didalam PAS tidak seberapa malah menambahkan beban bagi Mat Sabu kerana berpresidenkan seorang Ulamak yang berpendirian tegas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua soalan.....mengapa mat sabu? Bukankah dia bukan ulamak dan dah dicop syiah. Bagaimana d3ngan ulamak-ulamak hebat yang ada dalam PAS? Antara ulamak2 yang hebat ini dengan Mat Sabu, kewajipan jatuh lebih utama kepada siapa?

      Kedua. Mengapa masa mat sabu dan LGE dalam penjara dulu. Mat Sabu xbuat la tu. Jadi kan LGE dan ulamak-ulamak PAS yang jauh lebih mampu dari mat sabu dah dok dalam PR dah lebih 6 tahun, mengapa tak dakwah LGE? Sekarang pun bol3h berdakwah kat LGE, soalnya nak oe tak nak je.

      Delete
  8. Hadi awe ulamak ke?
    Rasa mcm ular dalam semak je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangqn lq hina TGHH macam tu. Dia memang ulamak muktabar, memileki ilmu ugama yang tinggi. Ini kita kena akui.

      Kita berbeza pendapat dengan beliau dalam politik, bukan soal ugama. Benar kebolehan dan kemahiran TGHH dalam politik tidak sehebat ilmu ugama yang beliau mileki. Ugama adalah bidang mutlak TGHH kerana dia mempunyai ilmu yang tinggi. Politik bukan milek dia sorang. Yang memileki ilmu politik yang tinggi adalah professor sains politik atau sekurang2 memileki Phd sains politik....mereka ini ulamak politik. Untuk berjaya atau hebat bukan perlu ada ilmu politik sahaja tetapi mempunyai bakat dan kemahiran berpolitik yang tinggi.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa