Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2015

Gagal menjadi contoh: PAS perlu segera reformasi

Demi negara dan rakyat, PAS perlu reformasi – Aiman Athirah al-Jundi
TMI - Published: 23 February 2015 3:46 PM
Gambar saya letak sendiri sebab mungkin ramai yang tak kenal Aiman Athirah - harap beliau tak kisah

Tidak banyak yang boleh saya ulas mengenai Multaqa Ulama PAS yang berlangsung baru-baru ini. Kerana saya melihat multaqa itu tidak lebih daripada himpunan melepas kemarahan kumpulan yang disebut sebagai ulama dalam PAS.

Tidak ada resolusi yang merakyat, tidak ada perbincangan yang kritikal demi negara, yang tertonjol hanyalah sikap sebenar golongan berserban dalam PAS yang gemar mensyaitankan orang yang tidak sepandangan dengan mereka.

Oleh itu saya lebih gemar untuk berbicara mengenai masa depan PAS dan perkara yang perlu dibuat bagi memastikan parti Islam ini terus bertahan dalam arus politik nasional.

Pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemergian pemimpin agung PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semestinya memberikan kesan besar kepada perjalanan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya PAS. Nik Aziz individu yang cukup keras mempertahankan maruah PAS daripada usaha segelintir individu yang mahukan PAS bergabung semula dengan Umno.

Saya berani katakan usaha ini sememangnya wujud tambahan pula baru-baru ini bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mad Isa mengesahkan beliau diarahkan untuk bertemu dengan pimpinan Umno bagi memastikan usaha penggabungan ini terus berlaku.

Pengkhianatan dalaman sebegini perlu segera ditangani oleh kepimpinan Parti jika mahukan PAS terus relevan sebagai pendokong utama gabungan PR.

PAS dan masa depan Malaysia

PAS sebuah parti yang paling lama ditubuhkan di Malaysia. Oleh itu PAS seharusnya menjadi contoh rujukan buat parti lain khususnya yang bernaung di bawah PR. Tetapi malangnya PAS bukan sekadar gagal menjadi contoh bahkan lebih malang PAS dilihat sebagai beban yang banyak menyumbang konflik dalam PR.

PAS memerlukan kesegaran agar pergerakannya mampu seiring dengan perkembangan dunia yang serba canggih ini. PAS memerlukan Kepimpinan yang mampu menghasilkan idea 'brand new' seterusnya memimpin politik baru yang berteraskan ilmu dan moral.

Kejatuhan Terengganu dan Kedah sewajarnya dijadikan medan untuk PAS bermuhasabah secara ikhlas dan bersungguh-sungguh, justeru disusuli dengan iltizam untuk berubah. 

Kekalahan di dua negeri ini seolah-olah membenarkan dakwaan yang mengatakan PAS hanya pandai berceramah tetapi tidak mampu memimpin. Bahkan pemergian Nik Aziz juga meninggalkan tanda tanya besar mengenai survival PAS di Kelantan. Ramai pihak yang sudah mencongak bahawa hayat PAS di Kelantan akan berakhir seiring pemergian Nik Aziz sebagai ikon umara dan ulama.

PAS perlu segera reformasi

Ramai yang memuji kegemilangan PAS ketika di bawah pimpinan allahyarham Datuk Fadzil Noor sebagai Presiden. Pada ketika itulah PAS mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi kerusi Parlimen yang paling banyak sekali gus merampas Terengganu daripada Barisan Nasional.

Tetapi amat mengecewakan apabila momentum kecemerlangan itu seperti gagal diteruskan kepimpinan PAS hari ini. PAS bukan saja bermasalah dengan rakan komponen dalam PR, malah konflik dalaman sesama ahli juga seperti tidak terbendung. Fitnah ahli sesama ahli dan pimpinan sesama pimpinan sudah kerap kali berlaku. Liqo’ dan Usrah yang sepatutnya menjadi tempat untuk bermuhasabah dan menambah ilmu bertukar menjadi tempat melemparkan hasad dengki dan adu domba.

Permasalahan ini perlu segera diperbetulkan sebelum menjadi barah yang bakal meranapkan PAS secara keseluruhan. Matlamat serta fokus perjuangan PAS harus dikembalikan. Saya yakin PAS akan kembali seperti dulu dan lebih utuh sekiranya yang mengemudi PAS kelak lebih bersikap terbuka dan berfikir di luar kerangka konservatif.

PAS memerlukan pemimpin yang mampu meletakkan PAS kembali menjadi sandaran utama PR. Kepimpinan tertinggi parti seharusnya bijak dalam menyusun prioriti perjuangan agar segala konflik dapat ditanggapi secara berkesan.

Saya sedih apabila melihat kepimpinan parti yang seharusnya menjadi penyelesai konflik, tetapi gagal mengawal emosi sehingga keluarlah kenyataan yang mampu merisikokan perjuangan PAS dan PR. Amat mengecewakan apabila pimpinan PAS terlibat dalam perang mulut antara pimpinan Pakatan secara terbuka sehingga masalah tersebut dihidu oleh masyarakat. Hal ini sudah pasti bakal mendatangkan signal negatif kepada masa depan PR.

Sekali lagi, kekalahan PAS di Terengganu dan Kedah serta masalah dalaman PAS yang berlaku ini sepatutnya mampu membuka mata dan pemikiran ahli PAS, PAS memerlukan sebuah reformasi dalam kepimpinannya.

Ahli PAS perlu pastikan dalam muktamar akan datang ini, PAS akan diterajui kepimpinan yang mampu menggembleng seluruh kekuatan PAS bagi memastikan kejayaan PAS dan PR dalam PRU14 nanti.

Saya sebagai aktivis PAS yang selama ini memberi sepenuh kudrat untuk memajukan jemaah ini, yakin dan percaya hanya dengan perubahan tampuk kepimpinan, segala kemelut dalaman akan dapat diselesaikan sekali gus meletakkan PAS kembali menjadi parti harapan bukan saja untuk PR, tetapi juga untuk rakyat Malaysia. – 23 Februari, 2015.

* Penulis ialah ketua penerangan Dewan Muslimat PAS Malaysia.

3 comments:

  1. PAS jenama politik GAGAL.

    Se elok nya bubar dari memudharatkan bangsa.

    ReplyDelete
  2. Ceh..kau tu patut di buang dulu..bru pas aman..kepimpinan konon..

    ReplyDelete
  3. Hehehe.lps sorang2 kuar kenyataan.btol mcm bat8 tulis.profesional neh dah lama perhati n bersabar.semuanya masih dilakukan dlm kerangka akhlaq.tp yg pelik sang SARBANAN plak yg mcm ilang akhlaq.mcm suci jer.org lain x betol.mana bljr entah.

    Sedih sbnrnya time rakyat perlukan pembelaan dr Parti politik,diaorg asyik dok bergasak sesama sendiri.saper yg mulakan semua ni.siapa yg rajin bising2.selalu u turn.selalu gila meroyan bila org sua microphone.buat kerja dlm gelap.ingt time qiamulalil jer lampu suram.rupanya geng neh suka tabur paku kaca dlm gelap.mana laaa x melelong PAS.
    Dah start berbunyik kan.hehehe.nanti bole tgok drama dr SARBANAN plak.ader baca doa solat hajat kasi org mampus.kih kih.ape punya wayang daaa.serban ooo serban

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa