Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 26, 2015

Yang baik, jahat dan buruk dalam Pakatan Rakyat

10:30AM Feb 26
oleh Tan Jooi Long

SUARA LANTANG: Lompong yang ditinggalkan dua tokoh penyatu dalam Pakatan Rakyat telah mendedahkan “tumit Achilles” kepada gabungan tiga parti itu.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mungkin masih membuat keputusan untuk PKR dari Penjara Sungai Buloh, namun peranannya selaku ketua pembangkang kini tinggal simbolik.
Tanpa kehadiran karismanya serta keunggulan nurani Murshidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang meninggal dua hari selepas Anwar disabit kesalahan, kerjasama PKR/PAS/DAP kini dalam keadaan genting.
Pada Pilihanraya Umum (PRU) ke-13, Pakatan hampir-hampir menamatkan pemerintahan Umno selama 58 tahun. Namun, Barisan Nasional berjaya bertahan dengan 60 peratus kerusi di Dewan Rakyat, walaupun hanya mendapat 47 peratus undi popular.
“Tanpa Anwar Ibrahim, tidak akan ada Pakatan Rakyat,” kata pengasas Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan. Namun, beliau percaya kerjasama itu dapat bertahan walaupun Anwar dipenjara.
Bertahan bermaksud meninggalkan agenda Hudud parti Islam PAS, dan cita-cita Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menggantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang.
Bertahan juga bermaksud melihat melangkaui ketegasan parti majoriti Cina DAP untuk mengembalikan apa yang dipanggil sebagai undi ketiga; pilihanraya kerajaan tempatan yang digantung sejak 1965.
Namun, pemimpin PAS terutama golongan sederhana Erdogan meremehkan isu hudud dan menekankan kerjasama.
“Saya tidak fikir ia akan menghalang pakatan,” kata Ahli Parlimen PAS Mujahid Yusof Rawa dalam satu forum baru-baru ini.
Ahli Parlimen PKR Tian Chua pula berkata, pakatan itu memiliki masalah yang jauh lebih besar untuk dibimbangkan. 
“Malaysia masih belum melepasi kediktatoran satu parti,” katanya pada forum yang sama. “Pergelutan sebenar adalah untuk menuju ke arah demokrasi penuh, di mana mana-mana parti politik boleh menjadi kerajaan.”
Hak asasi manusia juga perlu dihormati, katanya lagi, merujuk kepada siri tangkapan pemimpin pembangkang, termasuk dirinya, dan pengkritik kerajaan di bawah Akta Hasutan.
“Semua isu lain hanyalah untuk mengalih perhatian, bagi memesongkan perubahan sebenar. Kita juga berdebat dalam isu palsu, seperti kaum dan agama,” kata Naib Presiden PKR itu lagi.
Namun apa-apa pun, rekahan yang dalam memang wujud di dalam PKR dan PAS, serta di kalangan tiga parti itu.
Perbalahan antara penyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali tahun lalu berhubung jawatan Menteri mungkin akan berulang apabila tiba masanya mengisi kekosongan kedudukan ketua pembangkang.
Walaupun Hadi mungkin mahu dirinya memegang jawatan itu seterusnya menjadi “PM-in-waiting”, kombinasi PKR/DAP akan menghalang perkara itu.
Namun, PKR terlebih dahulu perlu membuat keputusan antara isteri Anwar dan protégénya sejak dulu iaitu Azmin.
Jika yang dipilih adalah Wan Azizah, maka beliau perlu mewakili PKR dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh jika permohonan keluarganya untuk mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar menemui kegagalan.
Tetapi, memilihnya untuk bertanding dalam PRK itu, dan kemudian menjadi Ketua Pembangkang jika menang, ibarat melepaskan peluang untuk perubahan.
Sama ada baik atau buruk, budi bicara Sultan Selangor dalam memilih Azmin sebagai Menteri Besar telah memberikan kerajaan negeri PKR/PAS/DAP kepimpinan yang segar dan dinamik.
Pakatan pembangkang itu patut mewujudkan dinamik yang sama dalam memilih ketua parlimen baru, apabila tiba masanya nanti.
Wan Azizah, mahupun Hadi atau malah pemimpin de facto DAP Lim Kit Siang tidak akan memberikan wajah baru.
Lebih buruk lagi, apa-apa perbalahan dalaman PKR dan antara pakatan tiga parti itu akan mendedahkan lebih banyak kelemahan mereka.
Pemergian Nik Aziz sudah pun melemahkan kumpulan progresif dalam PAS.
Kumpulan Erdogan yang moderat bukan sahaja pro-Anwar, malah tegas menentang sebarang kerjasama dengan Umno.
Tanpa penentangan keras Nik Aziz yang anti-Umno, Pas mungkin mengembalikan cita-cita kerajaan perpaduannya dengan Umno, dan dengan itu mendedahkan sisi hodohnya.
Seperti yang diketahui, kematian Nik Aziz telah menangguhkan mesyuarat ketiga-tiga parti itu untuk memutuskan pengganti Anwar.
Walaupun sama ada Kit Siang, Hadi, Wan Azizah atau Hadi yang menjadi pengganti, tokoh yang kini dalam penjara itu masih lagi faktor penting untuk pembangkang.
Seperti kata-kata Ambiga, “Ada rasa menyampah yang ketara terhadap pemenjaraan Anwar Ibrahim.”
Katanya, Anwar di dalam penjara adalah jauh berbahaya berbanding di dalam. Dan itu tugas Umno untuk mengesahkannya.
Tan Jooi Long meletakkan jawatan sebagai editor di Bernama untuk mengetuai operasi agensi berita Amerika di Asia Tenggara. Beliau adalah pengguna twitter yang prolifik.

1 comment:

  1. Otak dan jantung Pakatan Rakyat hanya lah Anwar Ibrahim.

    Lim Kit Siang & Lim Guan Eng pula penguat kuasa ekonomi Pakatan Rakyat.

    PAS pula bebanan Pakatan Rakyat yang di pikul kerans belas kasihan tidak cerdik dalam kehidupan akibat kuat emosi dan bahalol.

    Siapa lagi nak jaga Melayu2 dalam PAS kalau bukan Anwar Ibrahim,

    PAS sendiri sedar akan gagal tanpa ekononi kukuh.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa