Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, February 17, 2015

Edisi bingai!

[EDISI BINGAI] Apa Hak PAS Selangor Nak Halang DAP & PKR Terlibat Dengan Aktiviti PaSMA?

PAS Selangor tiada hak larang ahli Pakatan terlibat PasMa, kata Phahrolrazi 

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad tidak berhak melarang ahli parti itu dan rakan lain dalam Pakatan Rakyat (PR) daripada terlibat dalam sebarang aktiviti anjuran Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa), kata Datuk Phahrolrazi Zawawi. 

Presiden PasMa itu berkata, tindakan Iskandar mengeluarkan arahan sedemikian melangkaui bidang kuasa PR dan badan bukan kerajaan (NGO) itu tidak terjejas dengan larangan itu. 

"Cukuplah, tak perlu arahkan parti dalam PR, kerana DAP dan PKR dah beri sokongan penuh dan mereka sokong kegiatan kita sebagai NGO," katanya pada satu sidang media di Shah Alam, hari ini. 

Iskandar dalam kenyataan semalam melarang pemimpin PKR dan DAP Selangor terlibat dalam program anjuran PasMa dan mahu parti itu sendiri menyelesaikan isu dalaman masing-masing tanpa melibatkan pihak luar. 

Phahrolrazi mempertikaikan tindakan exco Selangor itu yang tidak mengenakan larangan sama terhadap aktiviti anjuran Umno, memandangkan parti Melayu itu musuh politik utama PAS. 

"PAS tidak ada larangan. Ahlinya boleh sertai program Umno. Jadi, ini perkara yang pelik. Dan setakat ini, larangan itu sukar dikuatkuasakan, kerana (faktor) kebebasan. Sebahagian ahli PAS menyertai program kita," katanya. -TMI 

ULASAN GB

Memang bingai pemimpin PAS Selangor ini. 

Apa hak PAS Selangor untuk menghalang parti lain dari DAP dan PKR untuk menyertai aktiviti-aktiviti anjuran sebuah NGO?

Larangan itu menyerlahkan bahawa, pertama, PAS Selangor takut dengan kehadiran sebuah NGO bernama PaSMA dan kedua khuatir rakan-rakan dalam PR akan mengutamakan PaSMA daripada PAS.

Ia juga menampakkan sifat "gila kuasa" pemimpin PAS berkenaan sehingga ke tahap boleh mengeluarkan arahan terhadap parti orang lain. 

Ini sama halnya satu ketika dulu di dalam isu MB Selangor dimana MSU mengeluarkan kenyataan berikut:

"Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang di Kota Bharu semalam membuat keputusan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim wajar dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak disabitkan sebarang pelanggaran terhadap amanah."
GB pada masa itu mempersoalkan arahan tersebut kerana ia melangkauai batas dan sempadan bidangkuasa MSU. Hal MB Selangor adalah hal negeri Selangor, bukan hal parti PAS.
Bukankah Majlis Syura Ulamak berfungsi untuk hal-hal mengenai "dasar" perjuangan PAS? Apa kena-mengena isu MB Selangor dengan dasar perjuangan PAS?

Jika alasan Majlis Syura Ulama membuat keputusan berkenaan "jawatan Menteri Besar Selangor adalah hak bersama yang telah dipersetujui oleh ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat", maka bukankah keputusan Majlis syura Ulamak itu telah juga melanggar persefahaman dengan parti-parti yang ada di dalam Pakatan Rakyat dimana sepatutnya ia perlukan persetujuan bersama kesemua parti yang ada di dalam PR!
Akhirnya hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Terbukti MSU tiada hak untuk membicarakan soal MB Selangor dan Khalid Ibrahim terkucil juga walapun disokong sepenuhnya oleh MSU.

Kini berulang lagi. PAS Selangor pandai-pandai keluarkan arahan nak menghalang DAP dan PKR untuk menyertai aktiviti PasMA. Sedangkan kewujudan dan kehadiran PaSMA adalah untuk memantapkan Pakatan Rakyat sepertimana resolusi muktamar-muktamar PAS bertahun-tahun. Tindakan PAS Selangor itu bersalahan dan menentang resolusi muktamar berkenaan dan hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan lagi. PAS Selangor dibawah pimpinan UG yang bernama Iskandar Samad akan berkubur tidak lama lagi. Sama-sama kita saksikan! - KELAB GREENBOC

2 comments:


  1. SEkarang jawab, ada larangan ke untuk ke majlis Umno ? Tak salah gue Nasa sampai hadhir kemajlis saiful.

    ReplyDelete
  2. Abe

    Inilah perangai PAS. Geng ulamak depa bol3h pi kacau parti orang menggunakan ugama. Orang lain xbol3h walaupun orang lain xpernah mencampuri masaalah dalaman PAS.

    Hari ini dilaporkan timbalan ketua dewan ulamak PAS Terengganu mengatakan, aku kata menuntut, jawatan ketua PR mengantikan Anwar diberi kepada Haji Hadi. Alasan diberi kehebatan Haji Hadi diiktiraf dunia.

    H3bat ilmu ugama memang betullah. T3tapi Haji Haji gagal menterjemahkan ilmu ugama yang tinggi t3rs3but kedalam kehidupan hari ini. Dia gagal menggunakan ketinggian ilmunya untuk memberi jalan penyelesaian kepada p3lbagai masalah-masaalah yang dihadapi baik dari segi politik, 3konomi,,moral dsbnya.

    Dimana keh3batan Hwji Hadi jika masaalah dalaman PAS pun gagal diselesaikan. Dalam PR pula, b3liau bukwn sahaja gagal menunjukkan kep8mpinan Islam yang unggul kepada rakan-rakan lain, sebaliknya beliaulah yang menimbulkan p3lbagai masaalah didalam PR.

    Ke macamana kata geng-geng pewalak membabi buta Haji Hadi dan geng ulamak ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa