Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, February 27, 2015

Korang nilailah pulak siapa yang “world class” dan siapa yang “worst class” ni......

Ayat powernya ialah 'tanding atau tidak, BN tetap kukuh'
Sebenarnya di kerusi tu kalau BN tanding pun kalah....kalau tak tanding jimatlah duit

Kalau pun BN tak tanding, sekurang-kurang Brehem Ali boleh tanding di situ. Tak kiralah atas tiket apa sekali pun sebab dia marah sangat bila UMNO tak bertanding

Pemikiran “world class” vs “worst class”
February 27, 2015
Setiap tindakan adalah berdasarkan kepentingan rakyat tanpa mempedulikan tuduhan negatif mereka yang cetek akal
Bukti Ikhlas
Tindakan Barisan Nasional (BN) yang memutuskan untuk tidak meletakkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Chempaka adalah bukti keikhlasan kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat selepas musibah banjir besar melanda Kelantan baru-baru ini, kata penganalisis politik tempatan, Prof. Dr Hanafiah Harun.
Katanya, tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak tersebut menunjukkan kepimpinan BN yang bertaraf ‘world class’ dalam mana ada segelintir pihak yang menuduh pengecut adalah pemikiran bernilai ‘worst class’.
“Kepimpinan dalam BN ada perkiraan dan penilaian tanpa membuat keputusan membuta tuli sebaliknya setiap tindakan yang dibuat adalah berdasarkan kepentingan rakyat tanpa mempedulikan cakap-cakap kosong dan tuduhan negatif dari mereka yang berakal cetek,” katanya lapor UMNO-Online.
Semalam, dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Najib memberikan keputusan terbabit bersandarkan keutamaan atau tumpuan untuk proses pemulihan banjir, melakukan kerja-kerja kebajikan, mengutamakan perpaduan ummah selain mengambil kira pandangan menyeluruh daripada UMNO Kelantan.
Tanding atau tidak, BN tetap kukuh
“Jika sekiranya BN bertanding dalam PRK terbabit, tentunya ada perkara-perkara negatif berlaku, caci maki, hasut menghasut dan pelbagai tuduhan yang hanya akan memburukkan persaudaraan walhal sebelum ini, BN selaku kerajaan pusat telah berjanji untuk membantu rakyat Kelantan ekoran tragedi banjir.
“Inilah keikhlasan sebenar yang direalitikan oleh BN walaupun berbeza ideologi dengan mengambil perkiraan rakyat sebagai keutamaan apatah lagi, untuk PRK terbabit, sama ada keputusannya menang atau kalah maka ianya tidak akan memberi apa-apa perubahan pun untuk kedudukan BN di Kelantan.”
Tegas beliau yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM), kematangan dalam mengurus tadbir membawa kepada perkiraan terhadap pelbagai kesan yang bakal terjadi sekiranya sesuatu keputusan diambil.
“Kedudukan BN sebagai kerajaan Persekutuan tetap kukuh sama ada bertanding atau tidak di DUN Chempaka kerana kawasan terbabit adalah kerusi pembangkang, malah andainya BN bertanding dan ditakdirkan menang sekalipun, ia tidak akan mampu mengubah landskap politik Kelantan iaitu BN selaku pembangkang.
Bantu tanpa kira pegangan politik
“Perkiraan BN amat jelas dan telus iaitu kalau tidak boleh buat apa-apa perubahan maka tidak usahlah membuang masa dengan hal-hal yang tidak berfaedah malah membazirkan wang yang tentunya akan diguna sebagai perbelanjaan semasa berkempen sebaliknya masa yang ada diguna untuk membantu rakyat dan wang perbelanjaan disalurkan untuk tambahan kepada dana bantuan banjir. Bukankah itu tindakan yang bijak dan terpuji,” katanya lagi.
Akhir tahun lalu, Kelantan menjadi negeri pantai timur yang paling teruk dilanda banjir, dengan membabitkan kira-kira 150,000 petani dan penternak yang mana sawah padi dan kebun sayur-sayuran, ternakan dan kolam ikan mereka musnah akibat banjir selain jumlah kerosakan harta benda dan infrastruktur dikatakan melebihi RM1 bilion.
“Keikhlasan UMNO dizahirkan dengan realiti, dihulurkan bantuan tanpa melihat kepada pegangan fahaman politik masing-masing dan membuat keputusan terbaik untuk tidak bertanding dalam PRK DUN Chempaka lantaran kebajikan rakyat menjadi keutamaan.”
PRK DUN Chempaka akan diadakan pada 22 Mac depan selepas penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

5 comments:

  1. Kih kih kih kih...
    apsal ramai beno proff kangkung kat negara ni.patut bebudak keluaran U sekarang nampak mcm bgus.time interview bkak mulut jer hampehhh.bkn semua bgtu...tp ramai bermasaalah

    ReplyDelete
  2. Berikan hak royalti kepada kelantan.

    ReplyDelete
  3. 'Setiap tindakan adalah berdasarkan kepentingan rakyat'

    semenjak bila ni?

    ReplyDelete
  4. kangkung baru tumbuh ker ni?

    ReplyDelete
  5. Apa hendak dihairankan, itulah tahap pemikiran pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Universiti ini berada pada kedudukan yg ke berapa dalam ranking universiti-universiti di Asean haa? Hendak ditanya ranking peringkat dunia, aku malaslah!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa