Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

Benarkah cerita ini?

BENARKAH RAMAI ULAMA JADIAN DALAM PAS?

Seawal penubuhannya, Pas dicadangkan dengan nama Persatuan Ulama, tetapi dengan beberapa perkiraan dan bacaan 'tawaqqu' pada waktu itu, akhirnya Pas dikenali sebagai Persatuan Islam yang mengandungi Dewan Ulama yang bertindak sebagai 'pengawal selia' Pas supaya tidak lari dari dasar Islam yang diperjuangkan.

1982, berlaku era kepimpinan ulama, maka ramailah para lulusan pengajian Islam menyertai kepimpinan Pas dipelbagai peringkat, kerana ingin dilihat sebagai 'ulama' samaada secara sedar atau tidak.

Gelaran 'Ustaz' (tiada masaalah untuk digunakan, cuma dengan waqi Malaysia, Ustaz dirujuk kepada lulusan pengajian Islam @ agamawan) telah diswastakan dan digunakan dengan meluas dalam masyarakat Pas, asal jadi pimpinan, pakai jubah dan serban terus dipanggil Ustaz (lebih parah lagi, ada yang naik pangkat dipangggil Tuan Guru pulak)...

Budaya menyamar ini makin bertambah parah apabila permintaan ulama dalam Pas melebihi penawaran apabila Ulama diturunkan keperingkat kawasan, maka lahirlah banyak ulama-ulama segera yang akan menghadiri Muktamar Ulama sebagai perwakilan yang akhirnya membuat keputusan "Ulama bersetuju sebulat surat" sedangkan ada di kalangan perwakilan itu hanya pemakai jubah dan penyamar ulama sahaja.

Lebih parah lagi, apabila ada di kalangan para pelakon Ulama ini mula memengang "tongkat" dan "perasan" ulama mula mengeluarkan pelbagai fatwa, lalu "mereka sesat dan menyesatkan".

Kalau tidak diusahakan untuk menyedarkan ummat tentang bahaya golongan ini (dalam istilah hadith disebut Luka' bin Luka') yang makin ramai dalam Pas, maka ajal PAS akan datang dengan kedurjanaan dan lakonan para "Ulama" jadian dan Luka' bin Luka'.

Ust Ridzwan Abu Bakar
Derang

4 comments:

  1. Pakai saja Jubah & Baju Arab dengan Serban Kopiah dah boleh jadi Ulamak dah di Malaysia nih

    Jaja jaja Quran Sunnah dah boleh dapat Bini Bini Muda dah...

    Tipu diri mereka sendiri saja

    Orang Melayu saja pon

    ReplyDelete
  2. lebih bahaya lagi ialah

    presideng pas pro iran syiah hezbosyaitan di saat Sheikh YusufQardawi
    pun menyesal sokong iran dulu

    dlm pas ada khawarij yg menghalalkan darah mereka yg keluar dpd pas

    mereka dh mcm IS yg fikir mereka saja berjuang islam

    tp nk pegi berjihad mcm AsSyahid Ust Lotfi takut pula

    dok kt malaysia nk berlagak mcm mujahideen pulak
    harap janggut je lah mcm mujahideen, otak khawarij

    akhir zaman ni lagi pakai serban lagi berjubah lagi kena hati2

    syaitan tkkan pakai taring dan bertanduk utk menipu manusia
    syaitan pasti akan berimej mulia dan suci murni utk menipu

    pas hanyalah perjuangkan keegoaan seorg presideng...

    yg merasa diri bertaraf ayatollah syiah yg maksum

    ReplyDelete
  3. Hebat puak2 luka' bin luka' ni..
    Pelari anak dara org boleh jd ustat..
    Penyamun tarbus kastam,
    Pencuri balak,juara maki hamun,
    Juara keluar fatwa ikut suka,kaki tuang parlimen boleh jd tuan guru,
    Siap mimpi jumpa sahabat nabi bepuluh kali bebagai..
    Tak paham aku

    ReplyDelete
  4. Siapa yang gelar diorang Ulamak ?? yang tidak Islamik tu bukannya Ulamak, Yang memalukan Islam tu bukan Ulamak. Jadi kepada para pengomen-pengomen, panggil saja dengan namanya yg diberi oleh Mak Bapaknya. Takkan semua yg balik dari 'U' timur Tengah dah boleh bergelar Ulamak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa