Kenyataan Media Mahfuz
HIMPUNAN BAJU MERAH MELAYU BANGKIT : JHO LOW GELAK BESAR, GEORGE KENT KETAWA PUAS DAN ARUL KANDA SENYUM SAMPAI TELINGA DAN NAJIB ROSMAH KENDURI BESAR.
1. Himpunan Baju Merah Melayu Bangkit telah pun berakhir. Mereka yang datang berhimpun sudah pun pulang dan sampai ke kampung halaman sendiri dengan selamatnya. Semangat yang berkobar kobar untuk Melayu semasa di Padang Merbuk mungkin sudah pun luntur dan cair setelah RM100 yang diberi telah habis dibelanja.
2. Mereka pulang untuk menyambung kehidupan keluarga yang berhadapan peningkatan kos sara hidup yang tinggi. Penoreh getah terus ke kebun untuk mendapat 1kg sekerap RM2.15 yang dibahagi dua antara tuan punya kebun dengan penoreh. Pesawah padi terus ke bendang untuk 1kg padi RM1.20. Si Nelayan terus ke laut melabuh pukat untuk menyambung nyawa kehidupan keluarga.
3. Yang pastinya, Jho Low tetap mendapat kepercayaan Najib untuk menjaga harta kekayaan Najib. Bukannya Peneroka Felda Chini di Pekan. Sementara George Kent (Tan Kay Hock), rakan golf Najib terus mendapat habuan projek LRT3 daripada Kerajaan Najib dan bukannya ahli Persatuan Kontraktor Bumiputra Malaysia. Manakala Arul Kanda terus diyakini untuk mengurus 1MDB bagi melindungi Najib dan bukannya PTD. Sebab itu, Najib terkejut dan terharu dengan perhimpunan yang bersemangat tanpa menyentuh dirinya sebaliknya mempertahankan beliau sebagai PM walaupun banyak masalah pada negara berpunca daripada pentadbiran Najib.
4. Timbalan Menteri dan mereka yang ada kepentingan dalam GLC dan agensi kerajaan yang hadir di padang merbuk pulang dengan rasa yakin selamat kerusi empuk yang mereka duduki. PM, TPM serta Menteri-Menteri pula tersenyum lebar kerana masih ada lagi orang melayu yang mahu menjadi hulubalang dan pendekar untuk melindungi mereka, pemimpin yang rendah moral bergelumang dengan pelbagai penyelewengan hatta ketamakan.
5. Apa pun yang lebih tersenyum tanpa berpanas, berpeluh dan tanpa pun menjerit laungan hidup Melayu ialah Jho Low, George Kent (Tan Kay Hock) yang merupakan rakan kongsi Najib membantai harta negara dan Arul Kanda yang diberi kepercayaan mengurus 1MDB dengan gaji yang lumayan bagi melindungi penyelewengan Najib. Mereka bertiga terus mendapat kepercayaa Najib, si pemimpin besar bangsa Melayu.
Jo Low, George Kent dan Arul Kanda gelak besar, peserta baju merah hanya dapat RM100.
NASIB KAU LAH LABU.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
19 Sept 2015/5 Zulhijjah 1436H
Kenyataan Media MACMA
KENYATAAN AKHBAR PRESIDEN MACMA BERHUBUNG ISU CEMUHAN ATAS BANGSA CINA
Bangsa Melayu terkenal dengan kehalusan budi. Bahkan sebelum kami berhijrah ke Islam, ramai antara kami tertarik mengenal Islam hasil kewibawaan akhlak Melayu.
Kami memartabatkan hak istimewa Melayu tetapi Allah SWT meletakkan setiap hak istimewa sebagai tanggungan di dunia yang akan di jawab di hadapan Allah SWT kelak.
Maka, Melayu Muslim memikul tanggungan yang lebih berat untuk menunjukkan contoh sebagai khairu ummah. Ramai keluarga kami yang belum Muslim berusaha mengenal Islam. Jangan biarkan Islamofobia berlarutan bila segelintir umat Islam menghalalkan kata-kata kesat seperti Cina Babi dan menghalalkan rasisme dengan mengaitkannya dengan Islam.
Kami Pertubuhan Cina Muslim Malaysia atau MACMA, mempunyai 19 cawangan seluruh Malaysia, meminta pihak-pihak berkenaan untuk kembali menghayati Islam dan memohon maaf atas keterlanjuran kata.
Bak kata pantun Melayu:
Yang kurik itu kendi
Yang merah itu saga
Yang cantik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah satu kaum mencemuh dan merendah-rendahkan kaum yang lain. Mungkin kaum yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka."
(Surah al-Hujurat 49:11)
Profesor Dr. Taufiq Yap Yun Hin, FASc
Presiden
Persatuan Cina Muslim Malaysia
Inilah lah Islam yang sebenar... Himpunan baju Merah pada 16hb September yang lalu adalah himpunan Melayu Islam yang tidak menghayati Islam, baju merah telah mencalarkan Melayu Islam yang menghayati Islam..
ReplyDeletePersatuan ini haruskah juga menegur bangsa sejenisnya apabila mereka lupa asal usul dan sosial kontrak yang dibuat antara orang Melayu dengan orang cina sebelum diberikan kerakyatan. Hakikat nya Malaysia adalah Tanah melayu.
ReplyDeleteAgaknya Allah akan tanya pasal sosial kontrak tu diakhirat nanti kot?
ReplyDelete