Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 24, 2015

Konspirasi apa kalau dah awal-awal lagi Hadi kata PAS tidak akan sertai?

Konspirasi politik sisihkan PAS dari Pakatan Harapan?
KHAMIS, 24 SEPTEMBER 2015
Abdul Rahman Malik

Kini semakin jelas bahawa PKR cuma ‘ajak-ajak ayam’ apabila mempelawa PAS menyertai rundingan meja bulat untuk menubuhkan suatu gagasan pembangkang baru dalam menghadapi pilihanraya umum ke-14 kelak.
Lakonan politik PKR dilakukan dengan agak dramatik agar ia kelihatan sesuatu yang jujur dan dapat menghindar persepsi bahawa ia sebenarnya tidak mahu PAS akan ‘menjejaskan’ Pakatan Harapan yang diumumkan penubuhannya pada Selasa, 22 September 2015.
Drama ini bermula dengan saranan dari penjara Sungai Buloh apabila Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan tentang harapannya supaya PAS turut dijemput menyertai rundingan Pakatan 2.0.
Berikutan itu, pemimpin-pemimpin PKR mula melakonkan watak masing-masing sehingga Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali kelihatan seolah-olah ‘bertegang urat leher’ dengan pemimpin DAP yang tidak mahu PAS turut serta.
Ada juga kemungkinan bahawa DAP turut berlakon dalam drama politik ini dengan menyuarakan pendirian tegas tidak mahu PAS ada bersama demi terus mendapat ‘restu’ ahli-ahlinya yang memang alergik terhadap PAS.
Sementara Parti Amanah Negara yang masih belum sah pendaftarannya tiba-tiba turut melunakkan pendiriannya dengan ‘menerima kehadiran PAS’ dengan syarat ia harus ‘belajar menghormati konsensus Pakatan’.
Natijah yang PKR dan DAP harapkan ialah agar PAS atas nama prinsip dan maruah, benar-benar enggan menyertai pakatan baru itu. Sebab itu, alasan yang diberikan oleh PAS harus ditimbangkan secara saksama.
“Persidangan yang dibuat sedikit tergesa-gesa, kita (PAS) perlu berbincang terlebih dahulu kerana wakil-wakil kita perlu membuat mandat parti.
“Kita sendiri belum melakukan perbincangan secara terperinci mengenai beberapa perkara termasuklah pendirian parti,” kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan.
Menurut Takiyuddin, tempoh masa notis pemberitahuan mengenai perbincangan berkenaan juga terlalu pendek.
“Kita perlukan masa. Semasa pertemuan dengan PKR tempoh hari, kita tidak dimaklumkan secara spesifik tentang perkara ini.
“Sekiranya tidak ada perbincangan terperinci, PAS bimbang tidak dapat mengambil bahagian dengan baik dalam perbincangan itu,” katanya.
Sebelum itu, PKR telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan PAS bagi memeta pelan baru untuk menghidupkan kerjasama pembangkang menghadapi pilihanraya umum ke-14.
Malangnya, menurut Takiyuddin, tajuk perbincangan meja bulat berkenaan juga tidak dimaklumkan kepada PAS.
PKR mungkin berharap rakyat tidak menyalahkannya kerana tidak membuat tawaran pada PAS. Sekaligus ini akan menyorokkan sifirnya yang sebenar untuk membawa masuk Amanah tanpa banyak soal tentang kemampuan parti itu menjadi pengganti PAS dalam Pakatan Harapan.
Plot sempurna sisihkan PAS
Kenyataan Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub menyerlahkan kemungkinan ini apabila beliau menganggap pendirian PAS yang enggan bekerjasama dengan DAP dan partinya itu akan memudahkan lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baru.
Salahuddin berkata, oleh kerana PAS keberatan bekerjasama, Amanah, PKR dan DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pro-pembangkang akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baru itu tanpa PAS.
“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baru pembangkang bagi membawa perubahan politik,” katanya.
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan untuk bersama semua pihak termasuk PAS bagi menyertai perbincangan ke arah menubuhkan muafakat politik baru.
Beliau dalam pada itu menyerahkan kepada rakyat untuk menilai sendiri pendiran PAS yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik baru parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
Perihal PAS telah memutuskan hubungan kerjasama politik dengan DAP bukan satu rahsia lagi. Soal PAS tidak mahu bekerjasama dengan ‘pengkhianat parti’ yang kini menerajui Amanah juga bukanlah suatu misteri.
Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia bersungguh mahu PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu bahawa PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?
PAS konsisten mengatakan ia masih bertahaluf dengan PKR. Namun mengambil kira reaksi PAS pada isu menteri besar Selangor tahun lalu dan drama politik kali ini, timbul persoalan adakah PKR juga mahu meleraikan tahalufnya dengan PAS?
Kini dengan pengumuman penubuhan Pakatan Harapan, sempurnalah plot politik yang disusun untuk menyisihkan PAS daripada pemuafakatan pembangkang.

12 comments:

  1. Apakah PAS suka menjadikan andaian sebagai fakta? Maka sampai bila pun prasangka buruk sentiasa menjadi pertunjuk oleh PAS tetapi bila berhadapan dengan Umno mereka sentiasa bersangka baik. Kenapa PAS jadi begini?

    ReplyDelete
  2. Abe

    Sekarang ini puak HH sedang memainkan serangan psaikologi keatas ahli akar umbi PAS dengan memainkan isu seolah2 PAS diainaya tidak diajak menyertai Pakatan Baru. Ini permainan sekarang untuk memperdayakan ahli akar umbi untuk membawa PAS bekerjasama dgn UMNO.

    Kita telah lihat tektik ini sebelum pemilihan lepas dimana mereka menggunakan isu hudud untuk memoerdayakn ahli agar menyokong puak mereka. Mereka memberi gambaran hanya mereka sahaja mahu melaksanakn hudud. Semua org bukan Islam dan org Islam di luar PAS menentang hukum hudud. Bila mereka dh menang hudud pun disenyapkn kerana mereka dh capai tujuan mereka.

    Isu tak jemput PAS masuk Pakatan Haralan pun diguna macam mereka guna hudud dalam pemilihan lepas juga. Mereka dok hari2 keluar kenyataan seolah2 semua berpakat xmahu PAS masuk Pakatan Harapan. Mereka nak bagitau PAS kena ainaya. Meteja sorok fakta memang mereka xmau join kerana mau beketjasama dgn UMNO.

    Habih fasa PAS kena ainaya mereka akan jual idea jat ahli akar umbi bahawa PAS akan kalah teruk dlm PRU 14 kalau bertanding bersendirian.

    Untuk mengelak inj berlaku, PAS xde pilihan kecuali bekerjasama dgn UMNO...TUDIAAAA.....
    .
    Kena tipu lagi ler ahli akar umbi PAS!

    ReplyDelete
  3. Pemimpin PAS sudah di agak Otak nya

    Ber perangai bagai MULUT JANDA

    Tidak ber tanggung jawab

    Sudah di ajak tak mahu pulak , bila di lepas kan mula bebel di tipu

    Kepala Otak !!!!!

    Yang pasti NABI SAW tak akan mahu Ulamak nya bagai Betina Janda

    Kepala Otak!!!!!!!!

    Memalukan Melayu saja , nak jadi Lelaki pon tak tahu tapi nak laksana HUDUD

    Apa jenis manusia macam ini??????

    BODOH !!!!!!

    ReplyDelete
  4. Haji Hadi dan beberapa pemimpin PAS dah kata dari awal tak akan hadir.
    Takayuddin pulak kata meteka tak ready utk hadir sbn tak cukup mada nak prepare???
    Kah...kah...kah...
    Alasan mcm taik kuching....
    Kalau tak prepare 100%..at least antar ka wakil..
    Bukan tak datang langsung?
    Alasan punya haprak PAS ni.
    Mahfuz datang pun atas kapasiti sendiri...bukan inisiative PAS.
    Itu pun sibuk sibuk suruh diambil tindakkan sbb konon mebelakangkan kenyataan Hj Hadi

    Apa punya standard Parti ka PAS ni

    ReplyDelete
  5. Puak lahanat dan walaun mmg pelakon terbaik ........... demi kuasa depa sanggup berlakon konon perjuangkan islam tetapi hakikatnya depa perjuangkan agenda yg ditentukan oleh Dap !

    ReplyDelete
  6. Konspirasi? Konspirasi politik? Konspirasi jahat? Konspirasi licik? Konspirasi durjana? Siapa yang selalu keluar dalam Utusan, Berita hairan, TV3/4 dan lain2 saluran media milik UMNO ketika sedang berhempas pulas memfitnah, melabel dan menjebonkan ahli PAS yang istiqamah kepada Pakatan Rakyat? Siapa yang selalu mendiamkan diri dan membisu serta butakan mata apabila fitnah dan label berleluasa sebelum muktamar? Majlis apa yang duduk diam macam tikus apabila ada ahli2 majlis tu buat demonstrasi menghina dan memijak gambar pimpinan PAS yang digelar "anwarista dan balaci PR"? Siapakah yang mengeluarkan dan menghalalkan senarai "chai" iaitu senarai calon2 yang WAJIB (tidak undi bermakna berdosa besar dan dianggap anti ulamak) diundi oleh perwakilan PAS yang bersifat "khianat serta tidak amanah" dengan demokrasi parti? Siapakah yang memfatwakan calon yang menetangnya sebagai "calon mesra DAP" dan serentak dengan itu mengaku bahawa dirinya sahaja sebagai calon yang berpegang kepada islam?

    KONSPIRASI? Mana ada!Mustahil! Tidak pernah terjadi! Parti Islam mana mungkin berbuat sesuatu kemungkaran yang ditegah oleh agama iaitu berkomplot dan berkonspirasi! Hj Hadi tak pernah dan tidak ada niat melabel, memfitnah dan menghina sesama saudara islam walaupun berlainan pandangan serta wadah! isshhh....Hj Hadi ulamak besar, tidak mungkin berperangai seperti yahudi dalam berkomplot rahsia, berkonspirasi jahat dalam menjatuhkan saudara sesama Islam kerana Ulamak besar akan sentiasa ingat kepada Allah dan akan sentiasa redha serta yakin dengan ketentuanNYA! Tak mungkinlah! Ulamak besar tak takut hilang jawatan dan tak takut pengikut2nya hilang kerja, gelaran serta kemewahan. Ualamak besar apabila yakin kepada qada dan qadar tidak akan berkonspirasi dan berkomplot. Konspirasi dan komplot adalah kerja orang2 fasik dan tidak yakin dengan Allah, samada dengan ketentuanNYA mahupun balasan yang telah dijanjikanNYA!
    Hj Hadi begitu kelakuannya? Musta...hil atau must..be..true?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  7. Alahai pas pis pus bagus lagi PBS. ... tipu tak habis2

    ReplyDelete
  8. Alahai pas pis pus bagus lagi PBS. ... tipu tak habis2

    ReplyDelete
  9. Bila tanya mengenai rundingan dengan UMNO dengan pantas dan selamba jawab ada tapi perbincangan sulit.

    PAS memang lembab. Itu sebab menyusahkan Pakatan Harapan nanti. Parti lain tidak ada masalah pun dengan notis pemberitahuan, mengapa PAS pulak ada masalah?

    Kalau semasa pertemuan dengan PKR di bincang secara spesifik tidak payah lah ada perbincangan meja bulat! Apa tajuk Baju Hijau ?

    Banyak sangat kerenah dan putar belit PAS dalam soal rakyat. Salahuddin kata mudah sebab pemimpin PAS telah membuat kenyataan beberapa kali menolak untuk duduk bersama-sama dengan DAP dan Amanah.

    PAS sengaja tidak mahu hadir perbincangan meja bulat untuk memberi pandangan pendirian PAS secara bersemuka dan bersoal jawab. Semesti sebelum tertubuh nya Pakatan Harapan perlu ada persetujuan dan kesepakatan.


    'Bagaimanapun yang menjadi persoalan mengapa PKR berlagak seolah-olah ia bersungguh mahu PAS kembali ke pangkuan Pakatan Rakyat walaupun tahu bahawa PAS tidak akan mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah?'

    Itu lah pendirian PAS tetapi menyalahkan orang bila tidak bersama-sama Pakatan Amanah.

    Azmin kamu sudah cukup alasan untuk melepaskan PAS di Selangor. Penyokong semakin meluat bila usaha untuk menumbangkan UMNO BN di putar belit oleh PAS.

    ReplyDelete
  10. 2009 lagi hadi dh nk bawa pas join umnu

    ni bukan rahsia lagi.. kosnpirasi yg dungu bocor sebelum berjaya

    dh tu kempen salahkan DAP, semata2 kerana mereka bkn islam dan cina
    maka isu perkauman dihidupkan semula

    KITA NK TENGOK LEPAS NI UMNU SOKONG HUDUD ATAU TIDAK

    KITA NK TGK DAP YG HARBI KE ATAU UMNU YG MUNAFIK HARBI

    PAS dungu selepas era TGNA

    ReplyDelete
  11. PH dh ditubuh

    Amanah sedang proses tubuh, hanya ROS saja lengah2kan

    tapi PAS dgn hudud, dgn isu hubungan sulit dgn umnu.. masih melegar2 ckp kosong... satu pun tak berlaku lagi

    perjuangan PAS tk lebih dpd mempertahankan keegoan seorg presideng

    tkde beza dgn umnu. geng merah yg salahkan DAP dan gunakan najib sebegai alasan utk si jamal tongkang dapat buat bisnes kt petaling street

    takde lebh dpd itu

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa