Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

Kenapa perkara ini berlaku pada Najib? Pernahkah berlaku sebelum ini semasa Perikatan atau BN?

Pemuda MCA bahagian putus hubungan dengan PM

Lu Wei Hoong

Pemuda MCA Pasir Gudang memutuskan hubbungan dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak susulan sokongan beliau kepada Himpunan Rakyat Bersatu pada 16 September lalu.
Ketua Pemuda MCA bahagian itu Chia Chow Hui berkata himpunan 'Baju Merah' pada tarikh tersebut menghancurkan keharmonian kaum.
"Kami tidak bersetuju dengan himpunan 16 September yang merosakkan hubungan kaum. Tapi Najib memujinya sebagai perhimpunan aman. Jadi kami buat keputusan (untuk memutuskan huungan)," kata Chia ketika dihubungi Malaysiakini.
Hal ini bermaksud semua anggota Pemuda MCA bahagian itu tidak akan menghadiri majlis Najib atau menyokong beliau dalam apa cara sekalipun.
Bahagian itu adalah yang pertama berbuat demikian dalam BN.
Ketika ditanya, Chia berkata beliau tidak bimbang jika dikenakan tindakan displin daripada kepimpinan pusat berhubung keputusaan itu.
"Tidak. Setiap orang meraikan kebebasan bersuara.".
Pada Jumaat, Najib mengucapkan penghargaan terhadap peserta Himpunan Rakyat Bersatu dengan menyatakan himpunan Baju Merah berhimun secara aman tanpa sebarang provokasi.
Himpunan itu turut dikenali "mempertahankan maruah Melayu" dan dicemari dengan penghinaan kaum dilemparkan terhadap masyarakat Cina.
Ia sebagai balasan terhadap peserta BERSIH 4 yang kebanyakannya kaum Cina, yang mendesak Najib meletakkan jawatan.

4 comments:

  1. Kut mana pun,geng johor gak yg ada teloq nak boikot najib,tak kira la bangsa apa

    ReplyDelete
  2. 'MELAYU PANTANG DICABAR'

    SAYA MENCABAR MELAYU YANG PANTANG DICABAR SUPAYA MENJADI BANGSA YANG PALING KAYA DIBUMI NYE SENDIRI....ADA BERANI?

    ReplyDelete
  3. Kata-kata hikmat dari Pak Lah.

    ReplyDelete


  4. Putus hubungan dengan Najib ini bukan ke kira di cabar ?

    Baju Merah kena buat perhimpunan di Pasir Gudang.

    Jangan jadi meriam kebait.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa