Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 26, 2015

Kuat sangat ke tinju dia ni sehingga berani berikan amaran kepada pihak berkuasa?

Protes baju merah dibatalkan esok, kata Ali Tinju
Published: 25 September 2015 8:50 PM
Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian 

Presiden Persatuan Tentera Veteran Melayu Mohd Ali Baharom atau lebih dikenali sebagai Ali Tinju yang mengakui menjadi penganjur perhimpunan baju merah esok di Jalan Petaling di Kuala Lumpur mengumumkan pembatalan protes tersebut.
Beliau berkata, keputusan untuk membatalkan protes tersebut  diputuskan selepas disarankan pihak berkuasa untuk berbuat demikian.
Bagaimanapun beliau berkata keputusan membatalkan hanya bersifat sementara untuk memberi ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu tuntutan hak peniaga Bumiputra di Jalan Petaling.
"Setelah dinasihatkan oleh polis, jadi kita membatalkan saja dan ini bertujuan untuk memberi masa dan ruang kepada pihak berkuasa menyelesaikan isu di Jalan Petaling.
"Tapi kita tidak jamin sekiranya masih ada protes esok cuma ianya bukan daripada pihak kita," katanya kepada The Malaysian Insider.
Bagaimanapun beliau memberi amaran sekiranya pihak berkuasa gagal untuk menyelesaikan isu tersebut maka, gerakan baju merah tidak akan teragak - agak untuk menganjurkan protes semula.
Beliau juga tidak menolak akan berlaku  kekerasan dalam protes yang akan dianjurkan kelak.
"Kita tidak akan berdiam diri? kalau masih gagal selesaikan masalah kita tidak akan dengar pihak berkuasa lagi, kita akan tetap adakan protes biarpun sekiranya dalam bentuk kekerasan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Beliau juga turut menjelaskan protes di Jalan Petaling adalah daripada kumpulannya yang digelar sebagai gerakan baju merah dan tidak ada kaitan dengan Datuk Jamal Md Yunos.
"Jamal dari kumpulan perhimpunan baju merah kita gerakan baju merah. Kita ada ribuan ahli dan kita mula bangkit sejak daripada insiden pergaduhan di Plaza Low Yat , Julai lalu," katanya.
Mohd Ali berkata kumpulannya akan mengadakan protes pada setiap minggu di Jalan Petaling sekiranya pihak berkuasa gagal menyelesaikan masalah setelah diberi tempoh.
Pada masa sama beliau juga berkata gerakannya juga akan membuat tuntutan kepada Barisan Nasional untuk memutuskan hubungan dengan MCA.
"Kita tidak perlukan MCA mereka ini tali barut DAP, mereka ini bukannya beri kemenangan kepada BN, tapi kenapa masih diberi kerusi dalam kabinet," soal beliau.
Bagaimanapun beliau tegas mempertahankan tindakannya itu dan enggan digelar sebagai seorang yang bersifat anti perkauman.
Apa yang dibuktikan olehhnya adalah memperjuangkan untuk memperjuangkan hak kaum Melayu.
Katanya, kaum bukan Melayu yang tinggal di negara ini sewajarnya mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan bukannya mengambil hak Melayu. – 25 September, 2015.

7 comments:

  1. Bila pemerintahan macam dalca maka segala maknenek kaki kelentong & samseng yang tak bermaruah boleh lekehkan sesuka hati ! ABU !

    ReplyDelete
  2. Berapa persen [peniaga Melayu dari umno)meng'alibaba'kan premis niaga di situ ? Nanti malaun tu sendiri dapat malu daa ! Coba check tengok !

    ReplyDelete
  3. Budak Bahalol jugak

    Bila Rakyat tak nak layan maka besar kepala pulak lah dia

    Yang ribut ribut dengan nya pon bebudak bahalol jugak , tiada nilai ekonomi.... Semua nya setahap sewaktu dengan Mat Mat Rempit

    Memalu kan Melayu saja.

    ReplyDelete
  4. Oppsss...bila dengar berita yang Si Jamal tukang adu domba dah kena tangkap maka Mat poyo "kaki" tinju pun keluarkan kenyataan yang perhimpunan nak merusuh dan buat huru hara tu dibatalkan atas sebab Polis tak bagi kebenaran. Jelas dan nyata, melayu2 bahalol ni semua "cakap besor tapi otak takde". Baru kena sergah dah tercirit2 lari dengan ekor celah kelangkang.

    Najib pun kecewalah apabila cerita tentang duit dermanya dan 1MDB tak dapat dialihkan kepada cerita budak2 tua melayu yang bodoh nak memperbodohkan diri depan semua orang. Wartawan2 pun kecewalah nak tengok Ali tinju ni memperbodohkan dirinya dan kenkawannya dengan membuat senaman bontot kat Petaling street. Ali Tinju lagi lah kecewa kerana kebodohannya terus terpendam dah tak berjaya di pamirkan kepada orang ramai.

    Tetapi yang paling kecewa adalah orang2 melayu sekelian yang telah dimalukan oleh Najib (dengan cerita duit rasuah bertukar menjadi duit derma) dan sekarang ni dimalukan pulak oleh melayu bodoh dibawah pimpinan Ali tinju yang berharap polis akan bagi kebenaran kepada geng2 dia buat huru hara dan kacau bilau? Melayu sekarang sudah sinonim dengan kebodohan angkara Najib dan geng2 bebal Ali tinju! Mulai esok orang melayu kena pakai beg kertas tutup kepala bila keluar rumah akibat malu!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. jangan cemburu akan kejayaan orang lain. kita sendiri perlu mengubah sikap bukan orang lain yang berubah sikap untuk memberi laluan kepada kita. allah tak mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu kena mengubah nasibnya sendiri.

    ReplyDelete
  6. i syak ali dan jamal tongkang ni nk bolot bisnes kt petaling street sebb sana pelancong ramai

    tkde kena mengena dgn nk bela najib lah

    kalau DAP pun jadi PM, puak ni jg akan bela sebb mereka hidup atas tulang yg diupah tuan2 mereka.

    takde apa lebihnya... rubbish

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa