Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 19, 2015

Mengancam demokrasi berparlimen: Khairuddin direman enam hari dan sepatutnya jumpa FBI lusa

Khairuddin direman enam hari

Bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan direman enam hari mulai hari ini, kata peguamnya Matthias Chang.
Khairuddin ditangkap polis semalam dan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana dipercayai mengancam demokrasi berparlimen.
Isteri Khairuddin, pelakon Datin Umie Aida memberitahu Malaysiakini semalam ahli perniagaan itu ditangkap di rumah mereka pada jam 7.30 malam.
Bekas ketua Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan reman selama enam hari.
Menurut peguam utama Khairuddin, Stanley Augustin, kebenaran tahanan reman tersebut diberikan majistret, Asyraf Abdul Manan, sehingga Khamis ini selepas kedua-dua pihak berbincang.
Ia bermakna Khairuddin hanya akan dibebaskan pada hari raya haji ini.
Kata Augustin, majistret meluluskan permohonan polis selepas berpuas hati pihak berkuasa memerlukan masa untuk menyiasat Khairuddin.
Augustin juga menjelaskan, polis mendakwa bahawa dokumen mengenai 1MDB yang diserahkan Khairuddin kepada beberapa pihak berkuasa antarabangsa adalah palsu.
"Mereka kata dokumen yang diberikan Khairuddin kepada pihak berkuasa Switzerland dan Perancis adalah palsu. Hujah saya ialah, bagaimana kamu boleh mengatakan bahawa ia adalah palsu sedangkan kamu tidak pernah melihatnya," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di luar pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.
Khairuddin sepatutnya jumpa FBI lusa 

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang kini direman enam hari oleh polis sepatutnya bertemu pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) AS Isnin ini.
Bercakap kepada New York Times, peguam Matthias Chang berkata pertemuan itu diatur pihak Kedutaan AS di Kuala Lumpur.
Laporan itu menyebut bekas Naib Ketua Umno Batu Kawan berkenaan bercadang menggesa pihak berkuasa AS menyiasat agensi pelaburan tajaan penuh kerajaan 1MDB, atas dakwaan melakukan pembersihan wang haram.
Bagaimanapun rancangan itu tergendala apabila Khairuddin dan Chang dilarang meninggalkan negara ini oleh Jabatan Imigresen,.
Chang adalah bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kira-kira jam 7.30 malam semalam Khairuddin ditangkap polis atas tuduhan cuba mengancam demokrasi berparlimen.
Sebelum itu Khairuddin bersetuju menemui penyiasat polis di Bukit Aman berhubung dokumen diserahkannya kepada pihak berkuasa Switzerland yang menyiasat isu 1MDB.
Selain Switzerland, Khairuddin juga mengemukakan aduan rasmi kepada pihak berkuasa di London, Singapura dan Hong Kong.
Beliau pernah dikenali sebagai penerbit buku 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Menjadi PM.

1 comment:

  1. Kalau FBI dah nak jumpa Khairuddin pasti dapat jumpa walau dalam Bukit Aman pon

    Tapi jangan Harga Tong Drum Minyak naik dari harga minyak sudah

    Macam macam boleh jadi sekarang ini

    BON BON ber kuasa dari Manusia ber akal.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa