Khairuddin undang campur tangan asing dalam negara, kata KPN
TMI - Published: 21 September 2015 7:09 AM
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 September, 2015.
Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menganggap tindakan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebagai mensabotaj negara.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata tindakan bekas naib ketua Umno Bahagian Batu Kawan itu jelas merupakan langkah yang bertujuan mencabar sistem perundangan Malaysia.
"(Ia turut) mencalar kredibiliti agensi penguatkuasa tempatan dan mengundang campur tangan asing dalam sistem demokrasi negara ini.
"Tindakan beliau ini merupakan satu bentuk sabotaj yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi dan kedaulatan negara ini.
"Polis akan menjalankan siasatan terperinci berhubung dakwaan maklumat yang disalurkan oleh Khairuddin kepada agensi-agensi asing berkenaan, adalah palsu," katanya dalam satu kenyataan media di Kuala Lumpur, lewat malam tadi.
Khalid membuat kenyataan itu sebagai menjawab dakwaan Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini, kononnya PDRM dipergunakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk mengelak pembongkaran kes 1MDB.
Khalid berkata Khairuddin, yang membuat laporan polis mengenai isu 1MDB, seharusnya memberi ruang dan peluang kepada agensi-agensi penguatkuasa tempatan untuk menjalankan siasatan.
"Namun, beliau (Khairuddin) tetap memilih untuk menggunakan saluran perundangan asing khususnya di Britain, Hong Kong, Perancis dan Amerika Syarikat dengan tujuan mengenakan tekanan antarabangsa ke atas Malaysia," katanya.
Khairuddin kini ditahan reman 6 hari mulai Sabtu di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.
Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campur tangan dalam hal ehwal Malaysia.
Beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara di Kuala Lumpur pada Jumaat, yang dipercayai berkaitan dengan siasatan membabitkan 1MDB. – 21 September, 2015.
Semoga khairudin ni baik baik sj.jika dipihak yg benar tiada apa yg perlu ditakutkan.sudah org dlm negeri tak nak buat kerjanya terpaksalah mintak tolong org dr luar negeri.terima kasih ya tuan bloq sbb beritahu kegunaan perkataan sumber tu.memalukan saja cakap macam pandai sangat itu pun tak tahu.hu hu hu mesti kelakarkan.
ReplyDeleteMengapa?
ReplyDeleteMeh aku coba jwb wahai tuan pendita gunung,
Khairuddin ni,dah tak nampak jalan kalau nak dakwa najib diatas penyelewengan di malaysia.
Paham2 la,dgn polis,mahkamah,sprm dsb..
Dia buat lapuran luar negara,dimana duit yg hilang tu pernah berlegar di negara tersebut dgn harapan negara2 tersebut akan menyiasat atas kes penggubahan wang haram.
Institusi polis,kehakiman di negara2 tersebut sekurang2 beretika dan adil untuk menyiasat tanpa terikat dgn sesiapa.
Jika terbukti bersalah pada undang2 negara tersebut,mereka akan failkan kes najib pd interpol,dan harta benda najib yg dibeli atau tersimpan dinegara2 tersebut akan dibekukan.
Negara2 itu juga berhak membatalkan visa untuk najib memasuki negara2 yg terlibat.
Dan najib mungkin dipulaukan oleh masyarakat dunia jika terbukti dia bersalah.
Mcm org tua2 kata,
Kalau takdak rotan,akar pun berguna..