Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 30, 2015

Kenyataan Media Pakatan Harapan: Kita tengok bagaimana respon Azmin

DERAF.

KENYATAAN MEDIA

PAKATAN HARAPAN PERLU SEGERA MEMBENTUK KERAJAAN SELANGOR

1. Parti Amanah Negara Negeri Selangor (Amanah Selangor) ingin merakamkan ucapan tahniah kepada kerajaan Pulau Pinang kerana berjaya membentuk kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang ekoran terbentuknya Pakatan Harapan secara rasminya pada 22hb September 2015 yang lepas.

2. Amanah Selangor dengan sukacita mencadangkan supaya Selangor mengambil langkah yang sama dan membentuk dengan segera kerajaan Pakatan Harapan Selangor mengikut  ketetapan yang telah diputuskan di peringkat pusat. Kegagalan untuk segera melaksanakan keputusan ini di peringkat  negeri Selangor akan memberi petanda yang kurang elok kepada kewibawaan pimpinan PKR, DAP dan Amanah dalam membentuk pasukan yang mantap untuk pilihanraya akan datang. Amanah Selangor percaya kekuatan dan kesepaduan Pakatan Harapan adalah ciri penting dalam menambah keyakinan rakyat kepada kemampuan kita untuk menggantikan BN dan tidak boleh dibuat hanya ketika menjelang pilihanraya umum akan datang. Dalam erti kata lain usaha itu perlu bermula sekarang.

3. Sehubungan dengan itu Amanah Selangor ingin mencadangkan supaya pimpinan PKR, DAP dan Amanah supaya segera bertemu dan berbincang berhubung pembentukan kerajaan Pakatan Harapan Selangor.  Amanah Selangor ingin  memaklumkan kesediaan kami sebagai satu komponen parti dalam Pakatan Harapan untuk terus bersama membantu membina dan memperkukuhkan Kerajaan Negeri Selangor bagi mencapai hasrat memberikan khidmat terbaik untuk rakyat Selangor.

4. Para pemimpin dan aktivis Amanah Selangor adalah terdiri dari kalangan mereka yang berpengalaman dan komited dengan tugas mereka di pelbagai peringkat jentera kerajaan, samada sebagai ADUN, Penyelaras DUN, Ahli-Ahli Majlis PBT, dan Ketua-Ketua Kampung.

5. Amanah Selangor juga ingin menegaskan di sini bahawa tindakan pihak-pihak tertentu yang berusaha dengan pelbagai pendekatan, termasuk ugutan memecat, untuk menyingkir penjawat-penjawat kerajaan negeri dari kalangan aktivis parti Amanah amat dikesali. Ini kerana sebagai satu daripada parti komponen Pakatan Harapan yang bersama mendokong kepimpinan Kerajaan Negeri Selangor, Amanah Selangor akan terus konsisten dengan tanggungjawab untuk melaksanakan sebarang tugas  mengikut polisi dan ketetapan kerajaan negeri.

6. Akhir kata, Amanah Selangor ingin menyeru sekali lagi agar semua pimpinan Pakatan Harapan peringkat Negeri Selangor agar dapat memulakan perbincangan dalam usaha menilai, merencana dan memperkukuh kedudukan pentadbiran kerajaan Selangor dan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-14 akan datang. Jangan hampakan rakyat dengan polemik dan kecelaruan politik yang berpanjangan.  Pakatan Harapan adalah harapan baru rakyat.

Sekian.

Amanah. Progresif. Peduli.

Tn Hj Ir Izham Hashim
Pengerusi
Parti Amanah Negara
(Pertubuhan Pekerja-Pekerja Malaysia)
Negeri Selangor.

30 September 2015.

2 comments:

  1. Pembentukan Amanah sangat di alukan tapi janganlah terlalu ghairah untk mendapat jawatan biarlah secara beradab disini ingin kami ajukan beberapa soalan sudahkan Amanah diakui pertubuhan yang sah oleh ROS ,apakah kedudukan ADUN yang telah terpecat dari PAS siapakah dan berapa ramai ADUN Amanah yang bakal megambil alih tempat ADUN PAS sedang menjawat jawatan EXCO kerajaan negeri Selangor,memang benar Amanah ada kemampuan untuk megambil jawatan yang dikosongkan oleh PAS tapi ini memerlukan restu istana,itulah sebab musabab Azmin berdiam diri.

    ReplyDelete
  2. Ustaz2 dari Amanah dah lama diberhentikan dari berkuliah di masjid2 dan surau yang dikuasai oleh Parti Alwalaun Semalaysia. Begitu cepat mereka bertindak, sambil tu geng2 masjid dan surau dari Parti Alwalaun Semalaysia ni melabelkan ust2 dari Amanah ni telah lari dari jamaah Islam dan khidmat mereka tidak diperlukan lagi. Kerajaan Selangor elok laksanakan tindakan yang serupa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa