Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Umie Aida dah terasa bahangnya.........

Abang, `kuatlah’ di dalam sana – Umie Aida
PUBLISHED: Sep 20, 2015 12:01am
Umie Aida mengakui ramai rakan artis menyatakan simpati terhadap keadaan yang menimpanya dan mahu dia terus kuat semangat menempuh dugaan itu. Foto facebook Umie Aida Rahmad

KUALA LUMPUR, 20 September:

Mulanya kata boleh berjumpa, tetapi kemudian, tidak pula.
Sekalipun berdepan situasi berdolak dalih, namun, pelakon Datin Paduka Umie Aida masih tidak putus asa untuk berusaha berjumpa suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang ditahan reman selama enam hari, bermula hari ini.
“Saya berserah pada Allah SWT. Tuhan lebih mengetahui apa yang berlaku,” itu luahan rasa pemilik nama Umi Khalsum Rahmad Ali, 38, kepada The Rakyat Post apabila ditanya mengenai perasaannya selepas penahanan Khairuddin.
Khairuddin yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan untuk melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Kata Umie, beliau ada datang bersama peguam untuk bertemu suaminya pada tengahari tadi.
“Pada mulanya, sebaik tiba di balai polis, seorang pegawai kata, saya boleh berjumpa abang (Khairuddin) selepas dia bertemu peguam.
“Apabila peguam keluar daripada bilik tahanan, saya baru beberapa langkah nak masuk ke bilik tahanan, saya dilarang pula berjumpa abang,” kata Umie lagi dalam nada mengecewakan.
“Saya akan ke balai Isnin ini jika saya ada peluang untuk berjumpa abang.”
Sementara itu, ketika menceritakan detik ketika suaminya ditahan polis, Umie berkata, Khairuddin sudah dimaklumkan oleh pihak polis terlebih dulu untuk datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.
“Polis datang (rumah di Mont Kiara) petang semalam (Jumaat), tetapi abang tiada rumah. Dalam jam 7.30 malam, polis datang lagi ketika itu abang baru sahaja pulang dan terus membawanya ke balai.”
Sementara itu, ketika ditanya adakah mengenai reaksi rakan-rakan artis mengenai yang menimpanya, pelakon utama filem Embun itu mengakui ramai antara mereka menyatakan rasa simpati terhadap apa yang berlaku.
“Mereka simpati kepada saya dan mahukan saya kuat semangat menempuh dugaan ini. Saya juga mahu abang kuat semangat di dalam sana (bilik tahanan),” ujarnya.
Umie dan Khairuddin diijabkabulkan sebagai pasangan suami isteri di Mekah pada 14 Mac 2010 dan setakat ini, perkahwinan mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata.
Umie juga turut mempunyai dua orang anak angkat yang bernama Mohd Daniel Firdaus, 22 dan Mohd Dzulhelmy, 21. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa