Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 22, 2015

Surat Syam Ghaz, Harapan Anak Muda Kelantan kepada MB Kelantan

Surat saya kepada Menteri Besar Kelantan.

Kepada:

Assalamualaikum WBT

YAB Dato Ustaz Ahmad b. Yaakob
Menteri Besar Kelantan
Pengerusi Lembaga Pengarah PKINK

YAB Dato,

ISU ANAK SYARIKAT KERAJAAN NEGERI: KOMPLEKS PERKAYUAN KELANTAN (KPK).

Sukacitanya tajuk di atas adalah dirujuk. Saya juga merujuk kepada Salinan Surat daripada YB Dato Husam Musa, ADUN Salor kepada YAB Dato bertarikh 7 SEPTEMBER 2015 berkaitan isu ini.

Berikut adalah 4 Perkara Berbangkit yang saya rasa amat wajar YAB Dato selaku Menteri Besar Kelantan untuk ambil perhatian, kerana ia membabitkan akauntabiliti ADUN-ADUN PAS Kelantan selaku Board of Director dan Anak-Anak Syarikat Kerajaan Negeri (GLC) di mana YAB Dato selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK).

PERTAMA

KPK BAGI KAWASAN BALAK DENGAN NILAI RENDAH DARIPADA HARGA PASARAN. - KPK AKAN ALAMI KERUGIAN RM4.6 JUTA JIKA DITERUSKAN.

Mengikut maklumat yang saya baca, setiap tahun KPK akan mendapat konsesi balak daripada Kerajaan Negeri iaitu sebanyak 2,000 ekar setahun.

Daripada itu, saya mendapat maklumat bahawa KPK telah menyerahkan kawasan tersebut kepada Sauncern Timber Sdn Bhd dengan bayaran RM1,700/ekar, jangkaan pulangan bagi 2,000 pulangan RM3.4 juta. Manakala caj Sewa Kilang KPK RM30,000 - 360,000/tahun.

* Persoalan saya (1);

Adakah ia dibuat secara TENDER TERBUKA ATAU TIDAK? Jika YA sila nyatakan Iklannya bila dan suratkhabar mana? Jika Tidak sila nyatakan sebabnya.

* Persoalan saya (2);

Juga menjadi kemusykilan saya, Harga tawaran RM1,700 adalah di bawah harga pasaran, sepatutnya RM4,000 - RM 5,000/ekar sbb kayu keras/meranti.

Dengan itu KPK patut dapat minimum RM8 JUTA bukannya RM3.4 Juta seperti yang akan dibayar oleh Sauncern Timber sekarang. Bermakna KPK akan RUGI RM4.6 juta daripada keputusan ini. Minta YAB Dato jelaskan?

* Saya sertakan Jadual Harga Kayu yang dikeluarkan oleh MTIB untuk rujukan YAB Dato.

Maka tidak mustahil jika Amalan Ini diteruskan oleh mana-mana syarikat GLC, syarikat tersebut akan alami kerugian.

Sepatutnya KPK yang menjadi "Angsa Bertelur Emas" terbalik menjadi "Bangkai Bernyawa" jika projek ini diteruskan.

* Persoalan saya (3);

SIAPA BOD terlibat dalam usaha memberikan projek tersebut dan SYARIKAT MANA yang membuat PENILAIAN terhadap nilai konsesi kawasan tersebut perlu dinyatakan. Sebab harga yang rendah daripada harga pasaran merupakan satu etika yang salah.

Jadi saya minta YAB Dato sebutkan dalam tempoh TUJUH hari daripada surat ini.

Andaikata tiada maklumbalas daripada pihak YAB Dato dan Kerajaan Negeri, saya akan buka isu ini kepada awam untuk siasatan SPRM, kerana ia amat mencurigakan dan merugikan Anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Sepertimana kita semua tahu, Bajet 2015 menunjukan Kerajaan Negeri Defisit (Tidak Cukup Duit) RM10.39 Juta, maka dengan langkah tidak cermat dan pelik sebuah GLC Kelantan, ia akan membebankan lagi kewangan kerajaan negeri pada masa depan.

----------------------------------------
KEDUA

KE MANA LESAP BALAK 20,000 EKAR DAN DUIT RM60 - RM100 JUTA UNTUK RUMAH MAMPU MILIK RAKYAT KELANTAN YANG DIJANJIKAN?

Merujuk kepada salinan surat YB Dato Husam kepada YAB Dato, Kerajaan Negeri dikatakan sudah memutuskan dalam Mesyuarat untuk memberikan 20,000 ekar kawasan Balak bagi menampung Dana Perumahan Mampu Milik Rakyat Kelantan 2012.

* Persoalan saya (4);

Saya mendapat maklum, arahan sudah dibuat supaya tander terbuka dilaksanakan, saya minta pihak YAB Dato dedahkan Dokumen Iklan Tander Terbuka dan senarai semua syarikat yang memohon tender dengan maklumat syarikat berkenaan untuk disemak oleh Rakyat Kelantan, bagi memastikan ia telus dan adil.

* Persoalan saya (5);

Mengikut perkiraan saya daripada rujukan website Malaysia Timber Industry Board (MTIB), Jangkaan hasil seekar bagi kawasan yang diluluskan adalah RM3000 - RM5000 seekar, di mana anggaran RM60-100 JUTA tunai akan diperolehi oleh KPK.

Pecahannya RM50 juta akan diagihkan untuk Dana Perumahan Mampu Milik.

Persoalannya KE MANA DUIT Itu Pergi?

* Persoalan saya  (6);

Pihak saya telah membuat semakan awam dengan merujuk kepada  Laporan Penyata Kewangan Syarikat yang dilaporkan pada 2012, 2013, 2014 yang berakhir 31 Disember bagi tahun- tahun berikut ada menyebut:

• 2012:

Pendapatan - RM24,673,571
Keutungan Lepas Cukai - RM1,018,126

• 2013:

Pendapatan - RM14,745,426
Keuntungan Lepas Cukai - RM1,430,376

• 2014:

Pendapatan - RM12,923,615
Keuntungan Selepas Cukai - RM700,569

Daripada angka-angka Penyata Kewangan tersebut tidak terdapat satu tahun pun di mana Jumlah Besar Pendapatan Syarikat KPK melebihi RM50 Juta, persoalannya di mankah DUIT TERSEBUT DAN SIAPAKAH yang terlibat?

Dilampirkan senarai Board Of Director KPK untuk Rujukan.

----------------------------------------
KETIGA

SIASAT PROJEK GAJAH PUTIH

Selain daripada itu terdapat projek yang menelan nilai Ratusan Ribu ringgit menjadi Projek "Gajah Putih" dan Projek Terbengkalai seperti

* Persoalan saya (7);

Apakah Status

i. Bandar Baru Dabong
ii. Galeri Pameran Kpk
iii. Pembinaan Pejabat KPK

* Persoalan saya (8);

Daripada surat berkenaan saya merujuk dan mendapati Pekerja di KPK-KPK ditawarkan VSS kerana masalah kewangan syarikat, saya ingin pihak YAB Dato dedahkan apakah Punca sebenar sehingga syarikat terpaksa membuat keputusan tersebut.

Persoalannya, kenapa BOD dan Pengurusan KPK sanggup berbelanja BOROS, sedangkan GAJI PEKERJA tidak mampu untuk dibayar?

Ini menandakan kelemahan Urus Tadbir BOD dan Pengurusan KPK yang perlu YAB Dato ambil perhatian.

----------------------------------------
KEEMPAT

KELEMAHAN PENGURUSAN BOD DAN PENGURUSAN SYARIKAT

Difahamkan KPK akan berdepan dengan Saman bernilai RM7 Juta, selepas kalah dalam kes saman sebelum ini bernilai RM2.3 juta tempohari (saya merujuk Sinar Harian 9 September 2015) sebab kelemahan pengurusan Tadbir Urus dan Pengurusan hingga menyebabkan syarikat terpaksa berdepan dengan saman daripada syarikat Balak.

Dalam keadaan Kelantan mengalami Bajet Defisit RM10.39 juta, KPK sepatutnya menjadi Penyumbang utama kepada Kerajaan Negeri. Ini sebaliknya berlaku, dalam tempoh getir kerajaan alami masalah Kewangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kuala Krai.

Duit RM2.3 juta jika diagihkan untuk membina rumah mangsa banjir yang berjumlah 2,600 buah rumah musnah tempohari.

Dengan nilai RM40,000 sebuah, duit kerajaan dapat dijimatkan dan 57 buah rumah dapat dibina bagi meringkankan beban mereka.

KESIMPULAN DAN SARANAN

SAYA MINTA JASA BAIK YAB DATO SELAKU MENTERI BESAR KELANTAN

1. MENGGUGURKAN SEMUA AHLI LEMBAGA PENGARAH KPK,

2. MEMBEKUKAN JAWATAN TIMBALAN MENTERI BESAR SELAKU EXCO YANG JAGA PORFOLIO PEMBANGUNAN WILAYAH, TANAH DAN ALAM SEKITAR

3. SERAHKAN LAPORAN BERTULIS KEPADA SPRM UNTUK MULAKAN SIASATAN DALAMAN KEPADA SEMUA INDIVIDU TERBABIT DENGAN HARTA DAN AKAUN PERIBADI DAN KELUARGA MEREKA DISIASAT UNTUK MEMASTIKAN KERAJAAN NEGERI KELANTAN MENEPATI SLOGAN MEMBANGUN BERSAMA ISLAM.

4. DEDAHKAN SECARA TERBUKA JAWAPAN-JAWAPAN KEPADA 8 PERSOALAN YANG SAYA UTARAKAN.

Sekian Terima Kasih YAB Dato, semoga terus cemerlang meneruskan legasi BERSIH sepertimana Pertadbiran Arwah Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mantan MB Kelantan 1990 - 2013.

Syam Ghaz
Harapan Anak Muda Kelantan
10 September 2015

6 comments:

  1. Kayu sudah jadi Abu

    Tak guna dah nak sok sek sok sek

    Tunggu PRU 14 tukar MB TMB lebih baik pilih ORANG BUTA dari CELIK YG BODOH!

    ReplyDelete
  2. Syam Ghaz jangan keliru, elok minta penjelasan dari Husam Musa, hanya dia yang tahu.

    Pelik, Husam tu anak buah TG Nik Aziz. Tidak pulak dilantik jadi MB.

    Mesti ada sebab TG Nik Aziz tidak memilih Husam.

    Kenapa? Tanya Husam, hanya dia yang tahu.

    ReplyDelete
  3. Jika benarlah apa yg dinyatakan dan ditambah dgn krisis PAS bersama Pakatan, gelap mada depan PAS bukan sahaja di Kelantan tapi peringkat Nasional. Pemimpin bersifat syok sendiri dan rakyat yg tak berparti, memerhatikan anda dan BN dgn penuh rasa jijik dan meluat.

    ReplyDelete
  4. ..APABILA AMANAH DIKIANATI,ORANG YANG PAKAR DIDALAM SESUATU BIDANG DISINGKIRKAN KERANA DENDAM KESUMAT,MAKA LIHATLAH APA YANG AKAN BERLAKU,BUKANKAH ISLAM ITU RAHMAT SEKELIAN ALAM....TAPI HABUAN DUNIA TELAH MENGGELAPKAN MATA HATI KITA...JIKA TUAN GURU MASIH ADA....INSYAALLAH SEMUA INI TIDAK AKAN BERLAKU....

    ReplyDelete
  5. Zaman TGNA amat telus dlm pmerintahanya. Aku xnk komen. Sbb lg awal2 lg dh ada dkalangn pmimpin pas yg ghairah nk jwtn.
    Klu btul balak ini isu dgn hrga yg jauh brbeza, aku rsa pas kelantan xbkembng malah akn memudahkn laluan umno memerintah kelantan pd pru yg akn dtg.

    ReplyDelete
  6. Dah lebih 20 thn perintah kelantan..sekali bah beso..smpai la ni masih ada yg duduk dlm kemah..duit balak bnyk tp ghuyub...mas tok guru ada semua segan..la ni masing2 berkereta mewah....sendiri mau pikir la jom tukarrrr..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa