09:30AM Sept 18 2015
oleh Robin Stanley Augustin
SEKILAS PANDANG: Apa yang anda akan lakukan apabila orang yang telah diundi untuk berkhidmat untuk anda, gagal berbuat demikian?
Sudah tentu anda beralih kepada musuh mereka untuk dapatkan bantuan.
Acapkali ini akan mengakibatkan cemuhan dan memalukan kepada wakil rakyat yang dilantik. Ini sudah tentu satu tamparan buat mereka.
Mungkin inilah yang dirasai oleh dua orang wakil rakyat Umno di Johor Bahru selepas peniaga pasar di Kampung Melayu Majidee beralih kepada DAP dan PKR terhadap penderitaan mereka.
Menurut sebuah laporan Malaysian Insider, peniaga pasar di kubu kuat Umno berasa marah dengan kekurangan respon dari wakil rakyat mereka, ADUN Tanjung Puteri Adam Sumiru dan Ahli Parlimen Johor Bahru Shahrir Abdul Samad terhadap penderitaan mereka.
120 orang peniaga itu telah dipindahkan dari pasar Kampung Melayu Majidee, ke sebuah lokasi sementara berdekatan Taman Suria pada April tahun lalu sementara pasar itu dinaiktaraf.
Pemindahan itu telah membuatkan mereka menderita kemerosotan drastik dalam perniagaan mereka, yang diburukkan lagi oleh bekalan elektrik yang tidak boleh diharap di lokasi baru itu.
Bagi sesetengah peniaga, perniagaan mereka telah merosot sehingga 70 peratus sementara yang lain pula tidak boleh menyimpan sayur-sayuran dek kerana bekalan elektrik yang sering terputus di lokasi baru itu.
Tukang jahit tidak dapat menjalankan perniagaan mereka kerana mereka tidak dapat menggunakan mesin jahit.
Perkara ini telah ditekankan baru-baru ini di satu sidang media yang melibatkan para peniaga dan ahli politik pembangkang, ADUN Stulang Andrew Chen Kah Eng dan ketua PKR Johor Bahru Akmal Nasir.
Persatuan peniaga yang menguruskan pasar itu berhutang sebanyak RM85,000 bil elektrik yang tertunggak.
Setiap gerai sepatutnya menyumbang RM250 untuk bil utiliti, tetapi ramai yang gagal berbuat demikian kerana perniagaan yang teruk sejak berpindah ke sini.
Berita ini pastinya memalukan buat wakil rakyat para peniaga ini.
Apa yang perlu diperkatakan oleh wakil rakyat ini terhadap diri mereka? Mengapa mereka tidak membantu para peniaga ini?
Bagaimana kecelaruan ini boleh berlaku pada asalnya? Di manakah majlis berkuasa tempatan dalam perkara ini?
Terdapatkah sebarang kajian dilakukan, sebelum para peniaga dipindahkan ke lokasi sementara itu?
Pastinya ada sebab kemerosotan drastik dalam perniagaan para peniaga ini.
Terdapat cukupkah ruang parkir? Adakah ianya mudah diakses? Adakah orang ramai tahu di mana lokasi sementara itu? Mengapa pengunjung pasar kini tidak seramai seperti sebelumnya?
Apabila para peniaga tidak dapat membuat keuntungan yang cukup untuk membayar bil, bekalan elektrik akan terjejas dan apabila bekalan elektrik terjejas, sesetengah daripada mereka, seperti penjual sayur dan tukang jahit tidak dapat menawarkan perkhidmatan mereka sepenuhnya.
Ini membuatkan pasar itu kurang menarik dan akan mengakibatkan orang ramai membeli-belah di tempat lain. Ia adalah satu kitaran.
Ianya sesuatu yang boleh dipuji apabila pihak berkuasa menaik taraf pasar itu, ia benar-benar terpuji, tetapi kenapa ianya tidak dilakukan secara teratur?
Sekarang, ramai peniaga telah terjejas. Siapa yang akan menyokong mereka?
Sekarang ini ialah waktu yang sukar buat rakyat Malaysia, dengan kuasa membeli yang rendah dan kos sara hidup yang semakin meningkat.
Wakil rakyat peniaga ini mestilah membawa rintihan mereka kepada pihak berkuasa dan cari jalan penyelesaian.
Ini tanggungjawab mereka.
Sebarang komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di robinstanley@hckmedia.com
Admin, dah orang nak bagi bantuan ambil aje la tak perlu nak fikir-fikir lagi, asal saja yang memberi bantuan tu ikhlas sudahlah....nak kena fikir jugak ke balasan. Bantuan yang ikhlas tidak memerlukan balasan tak nak fikir.
ReplyDeletePemimpin UMNO jual bangsa untuk kekayaan sendiri.
ReplyDeleteBila sudah dapat Datok , kereta besar dan rumah besar mula buat Pagar Tinggi 6-10 kaki dan pintu tutup memanjang. Tak campur orang lagi dah , mana nak terima Rakyat pon.
Itu standard pemimpin UMNO.
Rakyat papa kedana mana ada di kesah pon.
PKR dan DAP adalah parti politik Rakyat untuk Rakyat
Niat nya saja ber beza dengan UMNO.