Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, September 18, 2015

Begini berakhirnya hayat seorang penarik kereta........

Zul Badak mati ditembak curi
DI KUANTAN - 18 SEP 2015

Seorang penarik kereta, Arzurizan Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Zul Badak ditembak mati berhampiran Restoran Alif di sini awal pagi tadi.
Pada kejadian pukul 2.37 pagi itu, mangsa ditembak empat das oleh dua lelaki yang menaiki kereta Waja.
Siasatan awal polis mendapati, mangsa berusia 39 tahun itu cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Mangsa bersama dua rakannya keluar dari restoran untuk menaiki kenderaan Toyota Fortuner.
"Apabila mangsa membuka pintu sebelah penumpang hadapan tiba-tiba telah ditembak beberapa das tembakan dipercayai senjata yang belum pasti," ujar laporan polis hari ini.
Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital.
Kereta Waja yang dinaiki suspek dikatakan menggunakan kenderaan nombor pendaftaran sebuah motosikal Kriss.-- MalaysiaGazette

2 comments:

  1. Gila laa Malaysia..cara baru untuk settle masalah sekarang..good job

    ReplyDelete
  2. Padan lah

    Buat kerja kerja tak baik aniaya akan terima balasan setanding dengan nya

    Biasa karakter Gangster saja buat bebende kerja nih senang dapat duit aniay rakyat

    Pau Pau Pau

    Mat Kampau !!!!!!!!!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa