Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, September 22, 2015

Nasib Najib: Kemungkinan lima situasi yang tentukan......

Najib masih ada dalang Umno untuk redakan ribut politik 
10:30AM Sept 22 2015
oleh Jimmy Adit

SUARA LANTANG:  Sudah beberapa bulan kini Perdana Menteri Najib Razak sedang menerima serangan bertalu-talu daripada kiri, kanan, depan dan belakang- pendek kata daripada semua arahlah.
Lebih daripada setengah juta rakyat Malaysia membanjiri jalan di seluruh negara untuk meningkatkan tekanan kepada perdana menteri yang tidak tahu malu ini.
Lebih seribu pihak berkepentingan anti rasuah dari 130 buah negara telah berkumpul di Putrajaya untuk Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa ke 16. Mereka juga memberikan tekanan kepada kepimpinannya.
Terdapat juga cakap-cakap berpaling tadah. Gelora dalam Umno dikatakan sedang menuju Najib. Selepas Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, khabar angin juga bertiup kencang yang dia sedang kehilangan sokongan Shahrizat Abdul Jalil dan sayap wanita Umno.
Tetapi lelaki yang badanya sepatutnya sudah teruk lumpuh diserang kini dan lebih baik berundur sahaja masih kekal berdiri, melawan kembali dan masih memerintah.
Dia sepatutnya menjadi lelaki yang “terkepung”, “bila-bila masa kehilangan kerja”, “mayat bergerak” dan dijangka bila-bila masa akan jatuh tersuungkur, tetapi rona merah pipinya mengatakan sebaliknya.
Malah selepas desakan supaya Najib berundur semakin kuat kedengaran, kelompok anti-Najib yang diketuai oleh pengkritik paling tajamnya Dr Mahathir Mohamad sedang berkira-kira tentang peluang yang masih dipunyai oleh perdana menteri itu.
Penyokong tegar Mahathir Kadir Jasin menyediakan lima kemungkinan situasi yang akan menjadi penamat kepada pertelingkahan ini:
  1. Najib mungkin memilih untuk terus timbul dengan menggunakan kuasa eksekutif yang dikenakan ke atas sistem pentadbiran. Tetapi kerajaan dan ekonomi negara akan terus berada dalam limbo kerana kejatuhan kewibawaab kerajaan. Umno dan Barisan Nasional akan dilumpuhkan dan pembangkang akan mempunyai kelebihan besar menggunakan isu ini dalam pilihanraya umum akan datang.
  2. Mereka yang menentang Najib boleh menggunakan kuasa legislative untuk memaksanya berundur melalui undi tidak percaya di Parlimen. Ahli-ahli Dewan Rakyat gabungan BN dan parti pembangkang boleh membentuk kumpulan bi-partisan untuk menghantar undi tidak percaya ke atasnya atau melalui bantahan kepada Majlis Raja-Raja.
  3. Pergerakan massa mungkin menggunakan ketidakpatuhan awam secara selamat dan sah bersandarkan semangat Mahatman Ghandi dan Nelson Mandela untuk memaksa pengundurannya.
  4. Menggunakan saluran penghakiman. Pandangan rakyat dan bijaksana yang diterima berkata yang sudah cukup bukti untuk menyabitkan dia di mahkamah berkaitan dengan “derma” oleh RSC International dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya.
  5. Kaedah yang lebih selamat dan bermaruah untuk Najib berunding jalan selamat di mana dia tidak akan di dakwa di mahkamah sekiranya dia meletakan jawatan. Tetapi ini pastinya ditentang oleh Pembangkang kerana ia memberikan mereka isu untuk digunakan sewaktu pilihanraya akan datang.
Saya mahu melihat kepada pilihan no. 2, undi tidak percaya oleh wakil rakyat parlimen. Sebabnya adalah kerana, banyak kali ia ditimbulkan, tanpa gagal, Sarawak akan diheret sekali masuk ke dalam situasi kerana kami sepatunya menjadi “dalang penghapus”.
Presiden Borneo’s Plight in Malaysia Foundation (Bopim) Daniel John Jambun dilaporkan berkata yang usul undi tidak percaya yang diketuai oleh pembangkang ke atas Najib, sekiranya melepasi, akan menyaksikan Sabah dan Sarawak kehilangan status dalang penghapus mereka di Putrajaya sekiranya MP mereka tidak terlibat sama.
Apa yang dia mahu lihat adalah semua 47 MP BN di Borneo bersatu untuk memastikan sekurang-kurangnya 15 daripada mereka menjadi sebahagian daripada 30 MP Bn yang diperlukan Pembangkang untuk menyokong 89 MP lain dalam usul tidak percaya di Parlimen.
10 MP pembangkang di Borneo, kecam Jambun, tidak cukup untuk mengekalkan status dalang penghapus Sabah dan Sarawak di Putrajaya.
Saya bencikan label “dalang penghapus”, sedangkan Sarawak bukan dan tidak pernah jadi.
BN Sarawak diketuai oleh Ketua Menteri Adenan Satem hanya mempunyai 30 orang MP, bagaimana negeri ini menjadi dalang sedangkan Umno mempunyai 88?
Umno adalah dalang takdirnya sendiri. Umno yang melantik perdana menteri.
Pertikaian saya sentiasa berpusat kepada Najib adalah perdana menteri dengan restu Umno, mereka yang mahukan dia diganti perlu kembali kepada Umno, di mana angka yang sebenar besar wujud.
Jika undi tidak percaya berlaku tanpa MP BN Sarawak, dan kerana itu Sarawak tidak akan berpengaruh di Putrajaya sepertimana sekarang, biarlah.
Tetapi adakah Sarawak yang sedia terpinggir akan berkhidmat memenuhi matlamat Persekutuan Malaysia?
Politik Malaysia kini ialah situasi anjing lawan anjing, jadi biar kita tunggu dan lihat siapa yang gigitnya lebih dalam.
JIMMY ADIT adalah hasil akhir sekolah kewartawanan kehidupan. Dahulunya seorang politikus, kini dia menghabiskan sisa hidupnya di pinggir arena politik. Komen dan cadangan boleh dihantar kepadanya di aajimmy@hckmedia.com

3 comments:

  1. Elooo

    Semua di atas salah

    FBI yg akn tagkap mugajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalid ngan zahid ada boleh kasi gempak sama FBI. Cucu mauju boleh baruakan bebudak silat soh lawan ngan FBI. Lanun bugis jangan dicabar.... huhu...

      Delete
  2. Ada BON BON jangan lupa

    TANDOK PADANG POWER !!!!!!!!

    Boleh MAGIK tetiba sampai Makasssar tau

    Lanun BUGIS dan SOMALIA boleh MAGIK.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa