Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 20, 2015

Menteri ni mengigau atau merepek?

Jangan percaya usaha burukkan PM, kata menteri
11:30AM Sept 20 2015
oleh V Shuman

KOMEN: Menteri Komunikasi dan Multimedia yang baru dilantik Salleh Said Keruak dilihat di benteng hadapan dalam mempertahankan Perdana Menteri Najib Razak ketika ini.
Mungkin ini cara membalas budi, namun bekas speaker Sabah itu sering dikecam kerana penjelasannya bagi melindungi Najib.
Usaha Salleh seakan gagal membuahkan hasil namun beliau tetap setia dengan pemimpinnya.
Salleh kini menggesa orang ramai tidak percaya sepenuhnya dengan laporan berita agensi mahupun blog luar negara berkenaan Najib, yang didakwa palsu belaka.
Ini kata beliau di dalam coretan di blognya.
"Pandangan umum di Malaysia ialah segala yang diimpot dan dari luar negara lebih baik daripada yang dihasilkan di negara sendiri, sedangkan keadaan sebenar kadang-kala bertentangan.
"Ini strategi bijak pihak yang mahu mencalar kredibiliti (PM) dengan menggunakan media asing bagi kempen mereka," tulisnya.
Salleh tentu merujuk Sarawak Report (SR) serta Wall Street Journal (WSJ), yang melaporkan kisah derma RM2.6 bilion ke akaun peribadi Najib serta lain-lain kisah skandal yang didakwa melibatkan PM.
Bagi lebih meyakinkan, Salleh menggunakan contoh perang di Iraq dan bagaimana jutaan pembaca percaya bahawa kerajaan Iraq menghasilkan bom nuklear "hanya kerana media barat berkata begitu".
Kemudian, orang ramai sedar mereka ditipu media asing tetapi segalanya telah terlambat.
"Lambat laun, ramai yang akan tahu bukan semua yang dilaporkan media barat tentang Najib bersandarkan kebenaran.
"Tetapi pada masa itu, seperti dalam kes Iraq, mereka akan terlambat dan kemusnahan telahpun berlaku," katanya.
Baiklah, jika laporan tidak benar, mengapa Najib tidak menyaman penerbitan asing yang memburukkannya?
Kita tentu ingat peguam beliau memohon penjelasan dari WSJ namun selepas berminggu-minggu, tiada sebarang tindakan undang-undang diambil.
Kalau kita tidak bersalah, tentunya kita langsung tak gentar.
Jadi Salleh bertanggapan bahawa pemimpin seperti Dr Mahathir Mohamad, dan mungkin juga majoriti rakyat Malaysia yang kecewa dengan kepimpinan Najib, menyumbang kepada penerbitan asing agar tulisan yang mencalar kredibilitinya disiarkan?
Di zaman media sosial ini, penafian sahaja tidak mencukupi.
Sekiranya seorang dituduh melakukan kesalahan, dan dia berkata, "Saya tidak lakukan", itu masih tidak meyakinkan.
Penafian perlu disokong fakta bagi menjelaskan tuduhan tidak berasas, yang kita mahukan di dalam kemelut hari ini.
Pertama, terdapat penafian tentang kewujudan dana tersebut, dan kemudian, ia didakwa sumbangan politik.
Terbaru, kita mendengar kisah derma dari negara Arab bagi Malaysia membasmi kegiatan militan Islamic State.
Ini semua penjelasan separuh masak yang tidak dapat meyakinkan kanak-kanak 12 tahun.
Jadi bagaimana dapat kita percayai media tempatan, terutama media arus perdana, sedangkan mereka hanya menyebar propaganda kerajaan?
Dan ini bukan tahun 1970an, di mana rakyat bergantung kepada akhbar dan TV bagi mendapatkan berita.
Twitter, Facebook dan blog memberi gambaran jelas. Adakah rakyat perlu kembali mempercayai semua yang dihamburkan kerajaan?
Jangan setia membabi buta.
Salleh boleh mengamalkannya, namun tak mungkin rakyat Malaysia turut bersama-samanya

7 comments:

  1. Budak Bahalol jugak ini.

    Kesian. Dah tua tua pon buat bebende bahalol.

    Tau tau nak aniaya Rakyat saja

    ReplyDelete
  2. MAMAT SABAH NI BARU NAK SALIN BAJU.NAJIB DAH LAMA BUSUK BUKAN BARU NI DAN SEMUA ORANG TAHU.KAKI ZIANA ZAIN KAPAL SELAM BANYAK LAGI

    ReplyDelete
  3. pemimpin negara neagar dunia pun pecaya cerita iraq mulanya
    pasai apa
    nak kata bodo tak boddo
    takut denagan amerika maka jadilah boddo
    itu bab lain
    ada yang boleh dipercayai tapi cuba dilindungi
    maka keluar la suara nak memboddo oarang

    ReplyDelete
  4. Rupenye ada jugak orang Sabah yg BODOH lagi Bangang jadi Pemimpin.kalau tak betul saman je le.dari dulu lagi nak Saman WSJ sampai lah ni tak saman saman.

    ReplyDelete
  5. Dh dpt jwtan, tu lah kejanya. Sama la mcm Azalina, Ahmad GST, Anuar Mara, sapa lg....rmai lg...
    Kejanya mbodek sakan dgn harapan kekal jwtn yg dsandang kini..
    Beso gaji be .

    ReplyDelete

  6. bagaimana menteri ini samakan dengan Iraq, Irak dulu semua raayat percaya itu adalah muslihat yahudi, tidaka sama sekali dengan kes najib ini kerana najib sendiri mengakuai dia terima sumbangan dari Timor Tengah..kkaahhh

    ReplyDelete
  7. Inilah akibatnya bila para pencuci tandas dan pencuci tangki najis dilantik menjadi menteri...mereka ini sentiasa bergelumang denga najis dan dah lali dengan bau taik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa