Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 24, 2015

Pas tidak tolak kemungkinan kerjasama dengan Umno

Tuesday, September 22, 2015
Berbincang dengan Umno, Pas tidak tolak kemungkinan itu

REAKSI

"Terlalu awal untuk berbuat begitu (berbincang dengan Umno) tetapi ia tidak mustahil," demikian ulas seorang pemimpin kanan Pas bila ditanya kewujudan pakatan baru, Pakatan Harapan yang diputuskan lewat tengah hari tadi.

Pemimpin kanan Pas itu berkata dalam politik tidak ada sebarang kemustahilan. "Iya memang ada..." katanya apabila disoal apakah benar Pas sudah merancang untuk berbincang secara serius dengan Umno bagi bekerjasama dalam pilihan raya akan datang.

"Enta pun dah tulis dan semacam besetuju kalau Umno berkerjasama dengan Pas, baiklah tu..." ujarnya lagi cuba mengelak. 

"Saya tidak boleh bagi tahu kerana ini rahsia, kalau enta nak tembak silakan," kata pemimpin itu lagi. Tegasnya beliau tidak menolak kerjasama dengan Umno tetapi tidak mahu mengesahkan. "Tidak boleh sahkan, tidak boleh.." begitulah kata pemimpin itu apabila dijolok apakah benar sudah ada perbincangan sulit dilakukan pemimpin tertentu dengan Najib Razak dan Zahid Hamidi.

Adalah dipercayai sehari dua lagi akan ada perkembangan yang bakal mengejutkan pemerhati politik dengan tindakan Pas ini serta membolehkan orang membaca peta politik Pas. Keadaan hari ini dalam Pas sudah tidak ada orang yang bercanggah pendapat atau pun yang menentang kalau rancangan kerjasama Pas - Umno itu diadakan.

Sebelum ini Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan kuasa penentang kerjasama itu. Kemudian dengan terkeluarnya golongan profesional yang menentang kerjasama Umno - Pas, apabila kalah dalam pemilihan pada muktamar lalu, kini tinggal dalam Pas semua mereka yang suka kalau parti agama itu bekerjasama dengan Umno. 

Kerjasama penting dan diperlukan bagi sesetengah pihak dalam Pas bagi mengekalkan status quo yang ada serta mendapat manfaat peribadi dengan kuasa yang dipegang Umno sebagai tunggak kerajaan. Dalam pada itu difahamkan Pas sedang mencari hujah dan dalil kukuh kenapa mereka perlu berkerjsama dengan Umno. [wm.kl.3:27 pm 22/09/15]

11 comments:

  1. Ada MASYOOOOOKKKKKKKK !!!!!!

    Ada masok apa apa pon boleh

    Orang Besar belanja besar bah...

    PAS ngak ada Nilai Ekonomi , ngak ada wang gi mana mau belanja Orang Besar enjoy sakan anak bini

    Common sense aja bah !!!!

    Ahli ahli PAS orang orang kampong lah bodoh papa kedana miskin sampai KIOK tunggu saja upah himpunan masa depan tuk makan satay kah , kfc kah...

    ReplyDelete
  2. Ini bunga-bunganya yang telah lama diperkatakan.Akhirnya akan berbuah.Tetapi ianya diatur amat berhati-hati supaya walaun-walaun dan orang-orang kampung yang jadi penyokong kuat PAS selama ini tidak begitu terasa.Seterusnya menelan apa sahaja luahan pimpinan atasan terutamanya NAKHODANYA.....

    ReplyDelete
  3. Mmg bagus jawapan yg diberi utk soalan dpd macai dan balaci Dap .............. depa nak perangkap kita maka kita perangkap depa .......... yg penting Islam tetap menjadi keutamaan ............ jahanam utk semua musuh Islam yg nyata mahupun yg terselindung bersesuaian dgn maksud takbir raya di pagi raya mulia ini !

    ReplyDelete
  4. Bagus juga Pas berambus dDan join Umno. Sekurang2nya Pru 14 nanti tak ada lawan 3 penjuru. Betul tak bro. Tak ada lagi Faktor Pas pecah undi.

    ReplyDelete
  5. Bila menang nanti Pas boleh teruskan ajenda hudud bersama Umno mic mca gerakan Ppp... Jangan buat uturn pula si Hadi ni nanti.

    ReplyDelete
  6. Bila menang nanti Pas boleh teruskan ajenda hudud bersama Umno mic mca gerakan Ppp... Jangan buat uturn pula si Hadi ni nanti.

    ReplyDelete
  7. PAS dibawah Hadi memang sudah kemarok kuasa, harta dan nikmat dunia. Sia-sialah orang-orang terdahulu yang berjuang untuk PAS. Ada yang kena bunuh, ada yang kena pukul, ada yang kena jel, ada yang kena buang kerja, ada yang kena tukar, ada yang kena rampas lesen dan permit, ada yang kena buang universiti, ada yang bagi tanah dan ada yang bagi barang kemas. Semuanya sia-sia, kerana PAS dan UMNO adalah satu guni dan satu lori. Orang bawah bersusah payah, yang senang dan kaya raya ialah pemimpin. Sebiji macam UMNO!!!! Perjuangan untuk ugama, untuk akhirat, untuk negara, untuk bangsa (Melayu???), untuk anak cucu adalah helah sahaja. Perjuangan mereka baik puak nasionalis mau pun tok-tok lebai adalah untuk wang berjuta-juta, istana 20 bilik dan kolam renang dan kereta mewah 7 atau 8 buah serta 4 bini termasuk bini tua yang sudah gemuk dan boyot!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi puak HH, PAS adalah tukaran yang boleh diterima ol3h UMNO untuk menerima mereka ke dalam dakapan UMNO. SEcara 8ndividu, UMNO xmau menerima mereka jika mereka mahu menyertai UMNO kerana mereka xde nilai politik pun secara individu.

      Dalam bahasa mudah mereka hendak jual PAS kepada UMNO dengan habuan tertentu kepada mereka. Itu sahaja. Sebabnya sejak dari tahun 2008, HH dan puaknya tak pernah memberi alasan yang masuk akal samada dali akal atau dalil syarie mengapa PAS perlu bekerjasama dengan UMNO. Mereka takut kerana ia akan ditentang ol3h ahli PAS....Itu sahaja. Begitu juga soal mahu membawa PAS keluar da4i PR. Bertahun2 mereka bertindak supaya PAS ditendang keluar dari PR tetapi xberani m3mbawa usul unyuk membawa PAS k3luar PR dalam muktamar. Sebabnya sama - mereka takut akan ditolak ol3h ahli akar umbi.

      Delete
  8. Buat apa selindung selindung lagi...bukan ada yg nak bantah pun....suka hati hang lah nak bergabung ke tidak... apa aku kesah. Bukan semestinya musuh pas tu musuh Islam. ..ramai tu musuh islam dalam pas...

    ReplyDelete
  9. Dalam bnyk tu mcm2 juga parti termasuk PBS. ..hampir2 sama PAS...hahaha

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa