Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, September 19, 2015

Nampak menggelejat kepanasan tapi mulut belum mengalah!

PKR dijangka meninggalkan Pas

 | September 19, 2015
PKR kemungkinan mengambil keputusan berpisah dengan Pas dan memilih untuk bersama-sama DAP dan PAN bagi membentuk PR 2.0.
PAS-PKR1
PETALING JAYA : Parti Keadilan Rakyat (PKR) dijangka mengambil pendirian berpisah dengan Pas bagi membentuk Pakatan Rakyat 2.0 (PR 2.0) bersama DAP dan Parti Amanah Negara (PAN).
Jangkaan itu dibuat oleh Pengarah Pusat Penyelidikan Pas (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Dengan jangkaan keputusan PKR itu, beliau berkata, Pas berkemungkinan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) secara bersendirian menggunakan pengaruh dan kekuatan sendiri.
“PPP mengunjurkan PRU14 nanti adalah pertandingan pelbagai parti (multi parties system), di mana Pas akan muncul sebagai salah satu parti yang berpengaruh,” katanya kepada Free Malaysia Today (FMT).
Ahli Majlis Jawatankuasa Pas Pusat itu berkata, parti itu bersedia untuk bekerjasama membentuk kerajaan dengan mana-mana pihak selepas PRU14 yang menghormati dasar perjuangan dan menyokong usaha Pas menyuruh kebaikan (maaruf) dan mencegah keburukan (mungkar) demi kesejahteraan Malaysia.
Diminta mengulas kenyataan DAP yang tidak mahu menyertai PR 2.0 sekiranya Pas menyertai gabungan itu, Dr Zuhdi berkata,
“Pas Lebih teguh dalam keadaan seperti hari ini, iaitu tiada hubungan dengan DAP dan golongan yang selama ini cuba memesongkan jati diri perjuangan Pas telah keluar menyertai Parti Pekerja-pekerja Malaysia (Parti Amanah Negara),” katanya.

6 comments:

  1. Alhamdulillah....itulah yang sebaiknya.

    ReplyDelete
  2. Eloklah tu..Dah banyak sangat cakap oleh pemimpin PAS tapi tiada tindakan...
    dan sy sebagai pengundi tanpa parti amat mengalukan dan mudag buat keputusan nanti...

    ReplyDelete
  3. dr zuhdi mulut ciritbirit pramuktamar ni , JKK Pas Pusat tapi masih santai kerja kat universiti malaya..SB kt bukit aman akan seyum smpai ke telinga bila sebut nama ni.. jom maaii la kita gelak pecahperut @ berguling2 .. ha ha hu huu

    ReplyDelete
  4. Moga moga Doktor PAS dan Hadi teguh dan tetap dengan keputusan tak masok 2,0

    Jangan cakap macam Janda , pagi lain petang lain.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Kau makbulkn kata2 org ini. Kami rakyat dh muak dgn parti uturn ni. Dulu krusi keadilan ko letak calon , with PR 2.0 letak calon pd smua tmpt pas branding. Baru ada akai

    ReplyDelete
  6. Ya Allah Kau makbulkn kata2 org ini. Kami rakyat dh muak dgn parti uturn ni. Dulu krusi keadilan ko letak calon , with PR 2.0 letak calon pd smua tmpt pas branding. Baru ada akai

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa