Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, September 27, 2015

Harapan yang menjadikan PAS lebih 'besar kepala'

PAS masih diharap dalam Pakatan Harapan

Bernama 

Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan PAS akan dapat bekerjasama dalam Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan parti yang dalam proses didaftarkan Parti Amanah Negara.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata perbezaan pendapat antara DAP dan PAS bukan satu perkara baharu malah telah berlaku sebelum penubuhan Pakatan Rakyat.

Katanya, PKR akan berfungsi sebagai jambatan kepada DAP dan PAS untuk menyelesaikan perbezaan pendapat mereka dan berharap mereka akan dapat bekerjasama dalam satu pasukan.
"Kita berharap PAS akan menyertai pakatan baharu (Pakatan Harapan) bersama-sama dengan DAP atas dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini," katanya kepada pemberita selepas majlis kenduri korban Wanita PKR Cabang Permatang Pauh di Dataran Guar Perahu di Permatang Pauh hari ini.
Dr Wan Azizah yang juga ketua pembangkang turut menolak dakwaan bahawa penubuhan Parti Amanah Negara oleh bekas anggota PAS akan mengeruhkan hubungan antara DAP dan PAS.
Isnin lepas Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sekali lagi mengulangi pendirian parti itu tidak akan menjalin kerjasama dengan Parti Amanah Negara dan DAP dalam pakatan pembangkang baharu itu. - sumber

9 comments:

  1. PKR tengok Big Picture tu sebab perlu semua ber satu tuk jatuh kan kezaliman UMNO

    PAS pulak Otak Benggap tidak nampak Big Picture tapi hanya buat Isu Besar Bebende Kechil

    Lama ke lamaan Rakyat akan sedar betapa benggap nya PAS sehingga PAS pupus bulan Disember ini

    Bukan semua sanggup bodoh kan diri sendiri sokong orang orang Bahalol PAS pon

    Sabar saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. RBA DAP, PKR DAN GHB...atau lebih dikenali dengan PAKATAN LAKNAT, yang bakal menghancur keamanan di malaysia...dan akan menyebabkan bencana besar di malaysia...seperti tulisan PAKATAN MEMBAWA BENCANA BESAR DI NEGARA ISLAM...Semuga Allah swt melindungi Malaysia dari ancaman Kafir Harbi DAP laknatullah dan sekutu laknatnya PKR DAN GHB...amin

      Delete
  2. Pi mana pun Pas kena main dek orang je. Kena kelentong dgj Umno dah byk kali. PH tu saja pelawa supaya PH tak dipersalahkan nanti. Depa mmg suka Pas tak masuk.

    ReplyDelete
  3. PKR kini bukan lagi Parti Keadilan Rakyat tapi telah jadi Parti Koyak Rabak sebabnya mudah orang sudah tidak sudi tapi masih do pi sua domoi bagi PAS dok tonyoh bagi licin kesudahannya semua pengikut jadi gila dan koyak rabak macam kain buruk perangai maknusia bila terlalu dipujuk untuk berbaik sangka depa akan jadi betamabh kras kepala tapai kalau depa nak bersama macam bini kitalah tak payah ajak pun dia mai kat kita.Tak taulah apa yang ada dalam kepala pemimpin PKR la nie semua dok letak atas kepala Anuar awat yang dok diluaq nie tak tau nak fikiaq ka sampai jadi bodoh benggong bengap dan entah bahasa apa lagi nak kata pun dah tak tau bila dok baca pasai PAS dok maki hamun penyokong dan pengikut yang sebulu dengan otak sabut depa.

    ReplyDelete
  4. Sudahlah tu Kak Wan.tak payah dipujuk lagi.besar kepala diaorang(Pas) ni..Tolonglah Kak Wan kami penyokong Pakatan Harapan dh Jauh Hati dengan Pas.jangan pulak Kami jauh hati pads PKR pulak nanti.

    ReplyDelete
  5. Kah kah kah ............ yg besar kapla sebenarnya ialah macai dan balaci Dap .......... depa dok takbur sbb yakin depa boleh tawan Putrajaya hanya dgn undi cina ............ bengong betul ! Hang cakap besar konon parti Amanah dpt tarik sokongan melayu .......... ptui ! sekarang bila ada org nak pi baik dgn Pas ......... macai dan balaci ni dok hasut dan mengapi2kan suruh gaduh dan jgn berbaik dgn Pas ............. ni politik bodoh dan terlalu emosional hingga lupa tujuan asal berpolitik .............. bengong betul ......... kata nak perjuang hak rakyat tapi sebenarnya dok perjuang dendam kesumat sbb masih simpan sakit hati dan hasad dengki kat Pas ........... sebijik perangai macam Iblis !

    ReplyDelete
  6. kah kah kah
    Pemimpin yang terbaik adalah pemimpin yang memikirkan penyokong parti lebih dari egonya.

    ReplyDelete
  7. PAS bukan besar kepala yang besarnya ialah pengaruh dan sokongannya.

    Kekuatan dan kebesaran PAS hanya bergantung pada Islam, tanpa Islam PAS pasti jadi kecil.

    Bukan kerana PH yang masih mengharapkan kebesaran dan kekuatan PAS.

    Kalau PH nakkan kekuatan PAS dan ingin PH menjadi besar (sekarang masih belum kuat) bergantunglah pada kekuatan Islam, kalau nak kuat dan kukuh jangan ketepikan Islam. Itu saja syaratnya. Adakah PH setuju?

    ReplyDelete
  8. Ini merupak tindak balas ke atas penafian dan keraguan pemimpin PAS yang mengatakan tempuh notis lewat, tidak di maklumkan tajuk meja bulat dan memburukkan PKR yang berniat jahat kerana terus mempelawa PAS walaupun PAS berkeras tidak mahu bekerja sama dengan pengkhianat dan DAP.

    PAS kata masih teruskan kerjasama dengan PKR. Oleh kerana itu PAS kena buktikan ujudnya kerjasama tersebut .

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa