26 SEPTEMBER 2015
Namun tidak ramai antara kita yang mengetahui lahirnya seorang laksamana wanita unggul yang berjaya mempertahankan daulat tanah air.
Beliau laksamana wanita yang berkhidmat dalam Kesultanan Acheh yang berkuasa sekitar abad ke 16 dahulu.
Lahir pada tahun 1585, Cut Keumalahayati lahir dalam keturunan bangsawan Acheh yang mana bapa dan datuknya sendiri adalah golongan laksamana.
Memilih cabang ketenteraan sebagai kerjayanya, Cut Keumalahayati akhirnya melanjutkan pelajarannya ke Maahad Baitul Maqdis dan berkahwin dengan Tunku Mahmuddin Said Al Latief.
Setelah tamat belajar, Cut Keumalahayati dilantik menjadi Ketua Protokol Istana Daruddunia manakala suaminya pula dlantik sebagai Laksamana Acheh yang mengawal dan menguasai Selat Melaka.
Segalanya berubah apabila berlaku perang besar antara Acheh dan Portugis di Teluk Haru, di mana tentera Acheh pada masa itu diketuai oleh baginda Sultan dan suami Cut Keumalahayati gugur dalam pertempuran tersebut.
Setelah kehilangan suami, Cut Keumalahayati meneruskan perjuangan suaminya dengan menubuhkan dan mengetuai rejimen khas wanita, Inong Balee yang terdiri dari kalangan janda pahlawan Acheh yang gugur di Teluk Haru.
Ramai mahu syahid
Pada awal, pasukan Inong Balee hanya mempunyai 1,000 orang sahaja, bagaimanapun ia kemudiannya bertambah kepada 2,000 orang dan disertai oleh gadis muda yang ingin syahid di jalan ALLAH.
Cut Keumalahayati juga membina kubu pertahanan di Teluk Krueng Raya, yang digelar Balai Inong Balee, di mana ia juga tempat perlindungan wanita yang kehilangan suami di medan perang.
Armada tentera laut Acheh yang diketuai Cut Keumalahayati mempunyai sebanyak 100 kapal geliung besar dan boleh memuatkan 400 hingga 500 orang bagi setiap kapal.
Pada 21 Jun 1599, ekspedisi Belanda dari Bantam,Pulau Jawa datang berlabuh di Pelabuhan Acheh.
Ekspedisi dua kapal dagang Belanda bernama de Leuww dan de Leuwwin itu dipimpin oleh dua beradik,Cornelius de Houtman dan Frederick de Houtman dan Acheh serta pihak Belanda memeteraikan perjanjian antara keduanya.
Bagaimanapun perbuatan biadab dan bongkak dua beradik de Houtman menyebabkan Sultan Alauddin Riayat Syah al Mukammil murka, sekali gus mencetuskan konflik sebelum mengarahkan pasukan Inong Balee,diketuai Cut Keumalahayati menyerang kapal Belanda.
Jeneral Cornelius de Houtman akhirnya dibunuh oleh rencong Cut Keumalahayati setelah beradu tenaga satu lawan satu di atas geledak kapalnya!
Konflik berlarutan apabila satu lagi ekspedisi Belanda pada 21 November 1600 tiba di Pelabuhan Acheh diketuai oleh Paulus van Carden.
Misi lada hitam
Ekspedisi Belanda itu sempat menenggelamkan satu kapal dagang Acheh dan mencuri muatan perdagangan lada hitam milik kapal tersebut.
Pada 31 Jun 1601, satu lagi ekspedisi perdagangan Belanda tiba di Pelabuhan Acheh diketuai oleh Laksamana Jacob van Neck. Mereka memperkenalkan diri mereka sebagai bangsa Belanda yaang ingin membeli lada hitam di Acheh.
Laksamana Cut Keumalahayati akhirnya menahan dan menangkap mereka.
Tindakan ini dipersetujui oleh Sultan Acheh sendiri sebagai ganti rugi dan balasan atas perbuatan biadab ekspedisi Belanda sebelumnya itu.
Kerajaan Belanda yang diketuai oleh Putera Maurice, Prince of Orange telah menghantar ekspedisi sebanyak empat buah kapal diketuai Laksamana Laurens Bicker dan Komisioner Gerard de Roy, memberi hadiah dan surat permohonan maaf kepada Sultan Acheh. Perbincangan telah dibuat antara Cut Keumalahayati dan pihak Belanda dan akhirnya persetujuan aman dipersetujui.
Ganti rugi
Acheh bersetuju membebaskan Frederick de Houtman, adik kepada Cornelius de Houtman dan rombongan Belanda yang lainnya.
Sebagai imbalannya, Belanda harus membayar kerugian atas kecurian barang dagangan milik kapal Acheh yang ditenggelamkan itu.
Belanda bersetuju membayar sebanyak 5,000 keping emas.Mereka juga dibolehkan berdagang dan menjual barang mereka di Pelabuhan Acheh.
Kebijaksanaan diplomatik Cut Keumalahayati terserlah lagi apabila pihak Inggeris tiba ke Selat Melaka diketuai oleh Sir James Lancaster.
Sebelum menghadap Sultan, Lancaster bertemu dahulu dengan Cut Keumalahayati pada 6 Jun 1602.
Lancaster kemudiannya meminta Acheh supaya menjalinkan hubungan diplomatik dengan pihak Inggeris dan memusuhi Portugis.
Laksamana Cut Keumalahayati hanya berpesan supaya permintaan tersebut dibuat secara bertulis dan mempunyai pengesahan Ratu England.
Satu surat yang ditandatangani Ratu Elizabeth dipersembahkan Lancaster kepada Sultan Acheh.
Dengan perkenan Sultan Acheh, Inggeris berjaya membuka laluan perdagangan ke Jawa dan membuka pangkalan perdagangannya di Bantam (Banten).
Kecundang
Cut Keumalahayati akhirnya terbunuh dalam peperangan menentang armada Portugis berhampiran Teluk Krueng Raya.
Cut Keumalahayati dikebumikan di lereng Bukit Kota Dalam, yang terletak kira kira 34 kilometer dari Banda Acheh kini.
Keumalahayati patut dijadikan contoh dan idola kepada orang perempuan Melayu Islam.
Sifat keberanian dan ketabahannya patut dicontohi oleh generasi muda zaman kini.
Zaman sekarang ini kita ada Laksamana ANINA AL MONTOK!
ReplyDeleteItu cukup sudah....
Apa lagi yang boleh di harap dari Orang Orang Melayu zaman sekarang ini pon.... Jangan di mula pemikiran Zaman Batu kembali di zaman ini kira Alhamdulilah
Orang orqng Melayu GAGAL akibat lemah kuasai Bahasa Inggeris dan Malas Membaca.
Itu punca nya
Ada CNN BBC AL JAZEERA cukup sudah kembang otak otak lemah , tapi kalau sendiri buat Otak Bahalol maka jadi lah macam Mat Bahalol
Orang orang Melayu saja pon
sbab itu kita mesti berbangga dngan Rosmah Al Mansuri FLOP.
ReplyDelete