Isy.....isy.......kuat sungguh puak ni berangan
Mulut pula bocor sana sini............
Jika akhirnya DAP minta maaf...
RAZIATUL HANUM A.RAJAK
21 SEPTEMBER 2015
SHAH ALAM - Pas bersedia menerima DAP jika parti itu meminta maaf dan menerima dasar-dasar Islam yang diperjuangkan selama ini setelah ikatan tahaluf siyasi antara mereka terbatal, sebelum ini gara-gara DAP didakwa melanggar syarat kerjasama tersebut.
Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas, Datuk Dr Nik Zawawi Nik Salleh berkata, meskipun ikatan itu pernah putus, namun Pas akan mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam agama.
"Jika dia (DAP) minta maaf dan terima dasar kita, hukum dah jadi wajib dah...kita akan terima (maaf). Tiada masalah.
"Apabila dia (DAP) minta maaf nak rujuk balik...nikah kahwin pun boleh rujuk balik. Insya-ALLAH tahaluf siyasi tiada masalah," katanya pada forum Diskusi 3.0: Integriti dan Kenegaraan, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika dikemukakan soalan oleh penonton tentang prinsip Pas sekiranya DAP meminta maaf.
Mengulas lanjut, beliau menegaskan keputusan Pas mengadakan hubungan tahaluf siyasi dengan mana-mana pihak adalah berasaskan kepada tuntutan hukum.
"DAP wujud di Malaysia puluhan tahun. Mengapa dulu, kita tidak bertahaluf dengan DAP? Kerana hukum dan syarat bertahaluf siyasi yang digariskan di dalam Islam masih belum mencukup syarat menyebabkan kita tidak mengadakan hubungan tahalif siyasi dengan DAP.
"Apabila syarat yang ditetapkan dalam kitab-kitab Fekah yang utama menggariskan kepada kita bahawa syarat dan peraturan tahaluf yang membabitkan Pas ini sudah melangkah ke peringkat wajib, maka kita mengadakan hubungan tahaluf siyasi kerana hukumnya telah menjadi wajib.
"Saya nak tegaskan, kita nak rujuk balik, Pas berpegang dengan kaedah syarak. Kalau syarak mewajibkan, kita akan buat. Bukan sahaja dengan DAP, dengan orang lain pun," katanya.
Menurutnya lagi, sekiranya mana-mana pihak yang bertahaluf siyasi melanggar syarat yang ditetapkan Pas, secara langsung perjanjian itu terbatal.
"Apabila kita bertahaluf dengan DAP, syarat tahaluf siyasi kita lengkap. Apabila syarat tahaluf terbatal...sebab itu apabila dalam kenyataan MSU, saya sebut tahaluf siyasi terbatal bukan MSU yang membatalkan, bukan Pas yang membatalkan.
"Tapi apabila DAP ini melanggar syarat dan peraturan yang kita tetapkan itu, maka dengan sendirinya tahaluf terbatal. Apabila tahaluf terbatal, walaupun manis, mesti buang," katanya.
Nik Zawawi yang juga Timbalan Ketua Dewan Ulama Pusat berpendapat, bermusuh dalam politik tidak sepatutnya berterusan sampai bila-bila.
"Berpolitik kita mesti berpandangan jauh. Jangan sampai kita berpolitik ini, kita bermusuh dengan satu-satu kumpulan menyebabkan kita meletakkan mereka ini sebagai musuh kepada kita sampai bila-bila. Tidak. Kita silap. Kita bermusuh ketika mereka menjadi musuh.
"Kita mesti bertahaluf, bergabung apabila syarat dalam Islam mewajibkan kita bergabung dengan siapa sahaja. Ini kita kena ingat. Sebab itu dalam Islam kita kena banyak sabar. Kadang-kadang kita kena bergabung dengan musuh. Sabar, itu kehendak Islam bukan kehendak kita," katanya.
Mana boleh rujuk balik... dah 3 kali talak.
ReplyDeleteAda ke nas atau hadis... kena bergabung dgn musuh hendak mengkhianati kawan...sbb dap tak setuju dgn hudud.. semua org tahu yg hudud suruh tangguh..bukan tentang.. kalau ikut ckp nik zawawi ni... pas pun kena mintak maaf dgn pkr... sanggup ke...
ReplyDeleteMerepek lah.
Yang tanpa bahas tu apa benda? I
Apa jenis punya orang ini.
ReplyDeleteTak ada prinsip betul
Dah lah Doktor , Datok pulak tu
Tapi Otak macam Gred 3 saja
PAS tiada nilai ekonomi , nak kembang ekonomi dalam dunia PAS pon tak ada untong
Nak buat apa DAP nak sekongkol dengan munafik atau bahasa moden nya , Penipu dan Pengkhianat
Walhal Dap dan Cina dengan sendiri cukup untuk membangun kan menjaya kan ekonomi serta pendidikan ter baik.
Memalu kan Melayu saja
Tok sah cerita pasal Islam lah kerana Islam pon tak ada sifat lahanat macam ini
Kepala Otak !!!!!!!!!!!!!
Merepek lah.
Tak kan PAS sahaja yang ada syarat ?
Saya pun tertanya2 juga.....syarat tu sebelah pihak aje ke.......
DeleteKer Guaner Tuang Presideng !!!!!
Bukan main lagi forum INTEGRITI & KENEGARAAN......Tuh !!! Sidang Parlimen tuh pergi hadir dulu ......jangang PONTENG.
BerAMANAH lah ke atas tanggungjawab yg telah diterima bila dah jadi MP....
Ker ada hadis hassan soheh yg menghalalkan ponteng.
Merepek lah.
Berunding pun tidak . Macam lah PAS tak ada salah.
U turn pulak dah..
ReplyDeleteAyat ...sbb tu kita bleh btahaluf dgn musoh..." Mcm ada agenda jngka pnjng dgn parti pmerintah je... Datok dah le btrus terang je la...Pas nk btahaluf dgn umno. Xpyah nk kias suh Dap minta maaf..
ReplyDeleteberputar putar syarak kaum pas yg ni.......nak join ke taknak? yg nkorang pijak gambar2 ahli tu tak kena minta maaf ke? Tuduh ahli nak jatuhkan hadi tu tak kena siasat dan buktikan ke? sudah lah paih hoi, kalau dgn orang nko pakai syarak, kalau diri sendiri nko pakai sedap mulut nkorang je! syurga yg mana satu ni yg nkorang nak masuk ni?
ReplyDeleteBlh dia buat lupa psl pas lwn 3 penjuru... Suma krusi umno yg mng..... Apa hukum kt situ
ReplyDeleteNak suruh Dap minta maaf?Apa kesalahan yg Dap dah buat?
ReplyDeleteDAP cuma bangkitkan isu berkaitan tidak pegang kepa konsesus yg dicapai dlm mesyuarat Majlis Presiden PR.
Apa yg dicapai dlm keputusan mesyuarat di luar TGHA cakap lain.
Ini ygmembuatkan DAP marah.Salahkah DAP marah.
Saya org Islam berasa amat malu apabila pemimpin Islam tidak pegang pada janji.
Kalu DAP pulak yg kata PAS perlu mintak maaf dulu baru boleh bincang camne?
ReplyDeleteMamat tu mabuk budu!
ReplyDeleteAgen Sbobet
ReplyDeleteAgen Bola
Agen Judi
Agen Sbobet
Agen Bola
Agen Judi
Admin dan macai-macai kesayangan roket diminta bertenang dan jangan sawan.
ReplyDeletePAS hanya minta DAP menerima dasar Islam. Itu syarat PAS.
Syarat DAP minta PAS jangan laksanakan hudud, jangan kacau penjualan arak. Loteri.
Ini kerana Hasil loteri didermakan kepada roket. Seronoknya admin dan macai-macai.
PAS ada ubat penenang buat admin dan macai-macai yang dah terkena asap roket.
ni sekoq lg kena sawan dap. asyik2 dap. hang solat pun teringat dap ka?
Deletetok lebai empat ganjil limo genap . .. baso kkecek keluk kelek ..dah kalu mung nok belaki sangst dengey dacing.. bakpo dok pusing2 .. baco laa ayat2 sekali buleh sekali dok lehh.. presideng royat lagu laing..buleh lagi tok lebaai ni dok kias ..mung ni wala' ko dokk???
ReplyDeleteSeptember 22, 2015 at 7:47 AM
Itu sebab kena duduk berbincang !
Hasil Loteri pergi pada roket ke atau masuk akaun Najib. Jika DAP dapat hasil loteri, menteri kena lah kurangkan lesen judi dan benarkan judi hanya sebulan sekali .
Masa rundingan bersama-sama PR dulu, mengapa terima menangguhkan perlaksanaan hudud yang di persetujui oleh PKR sekali. Dengan DAP pasal DAP tolah hudud, habis dengan PKR yang tolak hudud apa ceritanya?
Biar kena asap roket jangan kena asap kemenyan, nanti kena kencing berdarah .
Aku tak kisah. Yang pentingnya aku nak tahu apa orang ni makan, atau minum atau isap sebelum keluarkan statement yang merapu. Tolong bagi tau apa benda tu , dimana beli atau siapa yang bagi. Mesti barang baik punya!!!
ReplyDeleteDr tu betol abis phd doh ko?
ReplyDelete