Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, September 30, 2015

Hahaa.......bila datang soal duit dan kedudukan wala' pun diketepikan!

Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama
Shakira Buang


Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.
“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor. Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.
“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.
ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.
“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar.
“Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.
Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.
“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP. Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.
“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.
Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.

9 comments:

  1. Nampak sudah PAS pergunakan MB Azmin kerana fulus,harga diri tolak ketepi dan MB pula sudah jadi tunggul PAS sesuka hati mereka meletakkan kebodohan ketas batu jemala MB yang ingin membalas budi kerana konon PAS yang mencadang nama Azmin kepada istana jadi sekarang PAS sudah mula tuntut keatas sokongan mereka ,makanlah duit haram YANG TIDAK DISOKONG OLEH AHLI SENDIRI.

    ReplyDelete


  2. Tolonnng laaa..

    Peribadi ke .. Parti ke.. PAS Selangor ke .. Dewan ke .. Islam tetap Islam dalam apa keadaan pun !

    ReplyDelete
  3. Abe

    Parti bercelaru. S3mua orang boleh buat dasar parti ikut suka kepala mereka.

    Inikah kepimpinan ulamak yanh dicanang sebelum pemilihan lepas. Inikah perlaksanaan kepimpinan ulamak yang diwajibkan ahli PAS dan orang Islam di luar PAS kena taat membuta tuli?

    Masya Allah buruknya Islam kalu macam nih? Bert3rabur.....bercelaru.....

    ReplyDelete
  4. Ha,baru masing2 tahu .selama ni asyik hentam golongan G18 aje.macam2 hukum .macam2 baiah.macma2 wala .sekarang kedua2 golongan tersebut diuji dengan harta,dengan ilmu islam ,dengan ketaksuban diri,kini wajah2 mereka terpalit najis sesama sendiri.YDP Selangor tetap dengan jawatan exconya.Mahfoz pula nak menunjukan bahawa mesti wala dengan ulamak.padan muka.kah.kah.kah.

    ReplyDelete
  5. PAS TAK SALAH TAPI SEGELINTIR PEMIMPINNYA KUNUN ULAMA TAPI MEMBAWA ONAR PADA LEBEL ISLAM SEPERTI
    1. Pemimpin yg bermulut longkang yg membarua, mentolol dan menjebon Jemaah sendiri.

    2. Mengamalkan kekarutan Baiah mencagar isteri. Kenapa tak lump sum ahli pun cagar bini masing-masing

    3. Muktamar dah kata putus dgn DAP tapi masih terhegeh - hegeh pegang jawatan di Penang. Sayang elaun ke. Maruah macamana ?????

    4. Dulu merepek anjing tapi kini merepek salak Babi kat bukit pulak dlm kongres

    5.Sebelum muktamar bukan main nak halau mat sabu dan rakan, tapi lepas muktamar bila nak tubuh parti baru MEROYAN pula lebai lebai semua

    6. Paksa yb yg keluar letak jawatan. Gila ka, kalau letak 5 tahun tak boleh bertanding pilihanraya.

    7.SAYA sedih PKR curi YB Pas, ini sudah menghina, memperlekeh PAS. Tp ajak join Pakatan 2.0 tp curi MP Pas. Ini khianat jadi Pas mesti tinggalkan PKR dengan meletak jawatan exco di Selangor. Woii depa curi MP Pas tu. Tak kan nak tengok ja, Lain la kalau Amanah yg curi kurang la rasa kena KENCING nya. Mana Maruah Pas.

    AKHIRNYA AKU MEMERHATI KELAKU MEREKA SEPERTI AKU MEMERHATIKAN BARISAN KEPIMPINAN CAI.....selamat tinggal pas yg akan bungkus di pantai barat dan jd suam suam kuku di pantai timur kerana 3 penjuru. YG CANTEEK UMNO AKAN KEMBALI DI KELANTAN.

    ReplyDelete
  6. Aduhai Pas.......dah macam nujum pak belalang.......hari2 temberang! Wala' , istiqomah ibarat candu saja mengekang ahli2 yg ketagihan!

    ReplyDelete
  7. Mana al-walaun ni,PJ Selangor dah hentam YDP Dewan Ulama PAS kaw-kaw hangpa dok wat apa, dulu kemaing lagi bila puak2 progresif tak sependapat dengan TGHH terus hangpa gelar jebon, liberal, anwaris, pengkianat dll.Sehingga ada yang doa laknat kepada puak2 ni semasa Muktamar di Batu Pahat. Le ni sekor pun tak berbunyi.......kahkahkahkahkah

    ReplyDelete
  8. Masing2 nk tjuk taring. Aku rsa satu cara je utk pas bgabung dgn Pakatan Harapan. Apa dia, gugurkn :-
    1. Hj Hadi Awang - lately byk ckp bolak balik.
    2. Datuk Dr Harun Din - dh uzur / bebaik dgn umno
    3. Datuk Dr Mafuz - tidak konsisten
    4. Hasan Serban Tantawi
    5. Nik Abduh
    6. Dr Zuhdi - master mind utk gugurkn G18
    7. Razman - naik PJ krana gila jwtn utk btanding
    8. Nik Amar - gilakn jwtn TMB tp xleh wat keja.

    ReplyDelete
  9. Semua parti politik sama je..janji poket penuh dan perut kenyang udah..pas tu membohong je...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa