Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 21, 2015

Isu yang akan dianggap fitnah oleh wala'un PAS

Pas kian mendekati Umno di Kelantan
Monday, September 21, 2015

PENGAMATAN 
Mustapa: Perlu bersuara.
Semakin hari semakin dekat dan rapat Pas dengan Umno. Parti itu dilihat sedang mengadakan persiapan rapi untuk bergabung menjelang pilihan raya ke-14. Apa yang dilakukan Pas sekarang ini memberi kefahaman kepada ahli dan umum kenapa kedua-dua parti Melayu itu perlu bersatu. Mereka sedang membentuk keadaan mendesak untuk ke arah itu.

Walaupun Pas menafikan akan hakikat itu dan lebih rela bersendirian konon, tetapi gerak kerja yang dilakukan membawa ke arah itu. Kenyataan-kenyataan politik dan body language mencerminkan mereka akan "bersanggama". Ada beberapa petunjuk menjelaskan akan penggabungan itu akan berlaku dalam waktu terdekat ini.

Kenyataan ketua pemuda Pas yang dikutip mengakui Pas tidak mampu bersendirian memberi konotasi yang parti itu perlu bergabung dengan Umno. Sayangnya kenyataan ketua pemuda itu ditempelak balik kepada Pas oleh musuh-musuh Pas yang kurang cekap membaca permainan politik itu. Dianggap kenyataan ketua pemuda itu sebagai Pas seakan menyesal. 

Sebenarnya tidak begitu, apa yang hendak diberitahu oleh ketua pemuda itu yang parti perlukan teman, dan teman itu sudah pun ada dalam koceknya.

Antara petunjuk lain menyerlahkan Pas ingin bersama ialah sikap Pas yang sudah berpatah arang dan berkerat rotan dengan DAP dan juga Amanah. Dalam masa sama bermain lidah, klu klik dengan PKR. Pas walaupun tidak ada kata putus, tetapi sebenarnya wajah yang ditunjukkan sudah putus.

Ketidaksediaan Pas untuk tidak bersama dalam Pakatan 2 menjelaskan perkara ini. Setiausaha Agung Pas Takiyuddin Hassan menjelaskan yang parti agama itu  juga tidak akan menyertai perundingan meja bulat bagi membentuk pakatan baru esok menjelaskan sikap dan pendirian Pas.

Begitu juga kenyataan keras dan bengis oleh "presideng" yang Pas tidak akan berkerjsama dengan pengkhiant memberi gambaran parti itu sudah tauhid dengan apa yang diyakini. 

Sebelum ini Pas juga tidak menunjukkan minat kepada himpunan Bersih 4. Alasan yang digunakan Pas sangat dangkal, kerana parti itu tidak dijadikan kepala. Selain itu sikap Pas yang agak positif dengan himpunan baju merah, tambah menjelaskan apa yang sudah jelas.

Di peringkat Kelantan pula, indikatornya juga makin ketara. Beberapa penyelewengan yang berlaku dalam kerajaan Kelantan sepatutnya mendapat perhatian dan kritikan Umno, namun ia tidak dilakukan apa-apa. Umno semacam tidak peduli dan membiarkan begitu sahaja segala kepincangan itu yang sebelum ini menjadi makanannya.

Apakah Umno tidak percaya. Tidak! Umno percaya tetapi masa dan keadaan menyebabkan parti itu harus mengunci mulut menjadi syaitan bisu kerana mereka menanti laba besar. Persefahaman secara TST di antara kedua parti itu sudah terjalin. Kunjungan dan pertemuan lebuh dua kali antara Ahmad Yaakub dengan Najib Razak adalah risikan pertunangan kerjasama berkenaan. 

Demikian juga dengan sikap akhbar "PB" yang sebelum ini melihat Pas seperti "tahi lembu", kini sudah beralih angin, nampak parti agama itu sebagai sebungkah emas 99.9 yang sangat bernilai. Begitu nasib orang yang hendak tenggelam dan hanyut air akan melihat apa sahaja dihadapnya sebagai berharga hatta ia sebenarnya kayu mumuh.

Perubahan sikap dan pendirian Pas ini memberi nasib baik kepada Umno khasnya di Kelantan. 

Semua petunjuk-petunjuk itu memberi gambaran ada persefahaman senyap antara Pas dengan Umno.

Baguslah kalau begitu. Ahli dan penyokong Pas jangan terkejut menerima hakikat ini dan mereka juga tidak perlu merasakan tertipu sebab mereka diberi isyarat lebih awal. 

Pun begitu bagi, kalau benar hajat wujud gabungan itu, Umno tidak boleh senyap dengan penyelewengan yang berlaku kini. Jika ia senyap rakyat akan berasakan parti itu dua kali lima dengan Pas dan menegakkan amalannya selama ini melindungi keburukan tanpa mempedulikan kepentingan rakyat. Umno tidak boleh diamkan melainkan harus bersuara memberi penjelasan terhadap apa yang berlaku.

Kalau beberapa penyelewengan didakwa itu maka Umno wajib ikut mendesak atau mengajar kerajaan memperbetulkan keadaan. Tindakan ini termasuklah menyegerakan penggabungan. Sebaliknya kalau ia tidak benar, harus mempertahankan kerajaan Kelantan dan kepimpinannya. Rakyat sedang memerhati dan menanti dimanakah peranan 12 orang wakil rakyat Umno dalam DUN Kelantan.

Ada beberapa isu mendesak di Kelantan yang Umno patut sama bangkitkan. Misalnya mengenai perkembangan dalam syarikat Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) yang dikatakan dalam keadaan parah sehingga memungkinan syarikat milik kerajaan itu bankrup. KPK kononya telah diperdayakan oleh pihak tertentu sehingga kilang papan itu kini dalam keadaan nazar dan tidak beroperasi lagi.

Pendapatan tahunan juga sudah berkurangan dari setahun ke setahun. Operasi juga dihentikan menyebabkan lebih 60 orang pekerjanya diberhentikan secara VSS dan hilang punca rezeki. Serentak itu segala kemudahan dan peralatan milik KPK, mesen dan sebagainya bernilai jutaan ringgit tidak berjalan. Kayu balak yang sudah ditebang juga bernilai jutaan ringgit dibiarkan buruk dan hilang begitu sahaja.

Kuaters pekerja terbiar begitu sahaja tanpa diguna lagi. Hanya berberapa rumah berfungsi apabila ia disewa oleh bekas pekerja. Pembaziran beberapa infastrukur milik KPK juga berlaku, seperti pejabat, pusat pameran dan sebagainya yang bernilai jutaan ringgit.

Apakah Umno tidak sedar dan peka hal ini atau mereka memekakan telinga kerana ada motif politik lain yang menguntungkan mereka? Umno tidak patut bersikap begitu membiarkan segala pembaziran itu berlaku kerana ia adalah hak rakyat Kelantan. Mustapa Mohamed sendiri selaku Pengerusi Umno Kelantan perlu berkokok. [wm.kl.11:57 am 21/09/15]

7 comments:

  1. Abe

    Yang berangan dan pasang harapan yang PAS Kelantan akan bekerjasama dengan UMNO Kelantan hanyalah Nik Amar dan balachi dia je.

    UMNO Kekantan xmemerlu pun kerjasama PAS Kelantan untuk menawan Kelantan dalam PRU 14. PAS Kelantan sendiri dah buat nacam-macam onar untuk menyerahkan Kelantan kelada UMNO dalam PRU 14 nanti. UMNO Kelsntan hanya perlu bermuka-muka tunjuk mereka mesra PAS Kelantan sekarang supaya PAS Kelantan lebih ghairah untuk merosakkan Kelantan supaya senang Kelantan diserahkan kepada UMNO dalam PRU 14 nanti. Mibtak pitih, UMNO wi pitih. Serah projek lebuhraya kpd kerajaan pusat UMNO terima. Umno buat lebuhraya kk-kb. Bila tiba kemlen pikihanraya UMNO guna modal PAS Kelantan serah lebuhraya tersrbut untuk sembelih PAS Kelantan.

    Loni UMNO Kelantan sedang tabur umpan kpd tok lebai PAS Kelantan sulaya senang nak sembelih PAS Kekantan dlm PRU 14.

    Start kempen PRU 14 besok mulalah puak lebai OAS Kelantan tahu mereka dah diikat jakitangan okeh UMNO Kelantan sehingga lidah menjadi batu xtau nak kemoen atas isu apa. Semua midal politik untuk kempen PRU 14 UMBO Kelantan dah taruk tuba..

    ReplyDelete
  2. Beria-ia nampak tuan bloq n kawan kawan mengutuk pas.jgn sampai org melihat sesuatu yg lain pula disebabkan itu nanti.najib pula dpt bersenang lenang diluar negeri apapun teruskan sj lah dgn apa yg dirasakan benar itu.

    ReplyDelete
  3. PAS satu-satunya platform untuk melayu Islam memperjuangkan kemuliaan dan memartabatkan Islam di Malaysia tercinta.

    UMNO lebih baik dari pkr dan cangkul@kecewa, DAP anti Islam.

    UMNO menguasai BN, PR cuba dikuasai oleh DAP.

    PAS tidak mudah dikuasai DAP, dari situ lahirlah cangkul@kecewa, satu tandan gugur.

    Satu tandan ni jugak yang langgar bai'ah, itu antara mereka dengan Allah swt.

    Kalau bukan mahran dianggap cucu, maka bolehlah bertempek dengan bukan mahran, kata presiden cangkul@kecewa. Seronoknya.

    UMNO nak gabung dengan PAS ada syarat, bubar saja umno masuk PAS kata TG Nik Aziz.

    Pilih saja PAS kerana itu sahaja lah yang terbaik tiada lagi yang lebih baik untuk melayu Islam.


    ReplyDelete
  4. Parti ajaran sesat
    Parti yg memuja hadi awe
    Bodo punya pengikut...

    ReplyDelete
  5. Aku stju dgn artikal diatas. Pihak trtentu dKtan dsokong oleh pas pusat sudah mgorak langkah utk bsatu dgn ....! Ahli2 yg sokong mbuta tuli xtau apa2. Ahli wala, taat, ikut perintah dn apa yg pmimpin ckp tu btul...

    ReplyDelete
  6. Stratergi pas utk brgabng dgn umno secara snyap2 melalui pimpinan atasan adalah betul..kena pelan2 takut nnti ahli2 bwahan brbondong2 join amanah..apatah lg pngundi2 atas pagar yg mnyokong pas ms pru13 kerana gabungan pr..pas x leh gopoh..

    ReplyDelete
  7. Stratergi pas utk brgabng dgn umno secara snyap2 melalui pimpinan atasan adalah betul..kena pelan2 takut nnti ahli2 bwahan brbondong2 join amanah..apatah lg pngundi2 atas pagar yg mnyokong pas ms pru13 kerana gabungan pr..pas x leh gopoh..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa