07:00PM Sept 23 2015
oleh Alyaa Alhadjri
SEKILAS PANDANG: Siapakah ancaman negara yang lebih besar?
Seorang lelaki yang pusing satu dunia untuk membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri Najib Razak, atau seorang lagi lelaki yang juga membuat laporan polis di Kuala Lumpur pagi tadi, tetapi dengan segera memberi amaran tentang kemungkinan “rusuhan” di Jalan Petaling?
Laman Malaysiakini melaporkan bekas timbalan ketua bahagian Umno Batu Kawan Khairuddin Abu Hassan sudah ditangkap semula di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur sebaik dilepaskan pada jam 4.40 petang tadi.
Peguam Khairuddin Matthias Chang dipetik berkata: “Apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, dia terus ditangkap semula bagi kesalahan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan.”
Seksyen 124K dan 124L masing-masing adalah berhubung tindakan sabotaj dan cubaan sabotaj terhadap negara.
Khairuddin juga ditangkap di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) yang memberi kuasa kepada polis untuk menahannya tanpa bicara sehingga 29 hari.
Beliau pada awalnya ditahan di luar rumahnya pada 18 September lalu. Polis juga telah mendapat perintah reman enam hari di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan kerana kegiatan yang mengancam demokrasi berparlimen.
Sementara Khairuddin terpaksa memilih “campurtangan luar” dalam menyiasat skandal tempatan, Ketua Umno Sungai Besar Jamal Md Yunos pagi tadi membuat 17 laporan polis untuk mempertahankan dirinya daripada dakwaan “fitnah” di internet dan media sosial.
Laporan polis yang dibuat berkaitan dengan kritikan terhadap peranan Jamal dalam menganjurkan Himpunan Rakyat Bersatu yang menyaksikan pertembungan antara demonstran dan polis di Jalan Petaling.
Jamal dilaporkan mendakwa yang beliau menjadi “orang tengah” di antara demonstran dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam membawa gesaan mereka agar tindakan diambil ke atas peniaga di Chinatown.
“Kalau pihak berkuasa tak ambil tindakan sehingga Jumaat ini, saya yakin 99 peratus akan ada perhimpunan dan mungkin berlaku satu rusuhan di sana,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.
Polis Kuala Lumpur setakat ini sudah memberi amaran tangkapan akan dibuat berhubung protes yang dirancang tersebut.
Antara laporan polis yang dibuat Khairuddin terhadap Najib dan amaran rusuhan yang dibuat Jamal, bukankah semua dapat melihat dengan jelas tindakan mana yang lebih mengancam keselamatan negara?
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com
Jalan Petaling sekarang boleh maju sebab ada bangsa Maju tahap Dunia menjalan kan aktiviti niaga
ReplyDeleteKalau bukak jalan Melayu untuk tujuan sama , tapi peniaga kueh , nasi lemak , goreng pisang menjaja nya apakah dapat maju seperti Jalan Petaling ???
Jika Jalan Petaling di bagi pada Bebudak Bahalol apa kah ada rakyat yang sudi ke tempat di penuhi bebudak bahalol ????
Susah jugak nak di pikir kan kerana United Nation pon tak terima bebende Rasisma ini.
Betul lah pepatah dulu kala , " hanya Belukang penuhi lubok taik"...