Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2017

Pelancaran Bersatu: GST sifar - Janji Mahathir atau janji politik? Mek hot ni pun hadir.....

GST sifar jika pembangkang menang: Mahathir
ATIRAH HASLI - 15 JANUARI 2017
Mahathir Mohamad

SHAH ALAM - Penghapusan Cukai Barang dan Perkhimatan (GST) sepenuhnya antara janji Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada ahli partinya.

Mahathir berkata, selain GST, rakyat lebih banyak menikmati kesenangan dan kebebasan sekiranya sokongan dan peluang diberikan kepada pembangkang untuk meneraju kerajaan selepas PRU14.

"GST akan dihapuskan secara beransur-ansur dan diganti dengan cukai jualan mengikut selera rakyat.

"Kami akan menjadikan negara ini sebagai negara demokratik yang menghormati pemerintahan mengikut undang-undang.

"Ini bermakna rakyat kembali bebas melapor dan mendakwa sesiapa sahaja termasuk pemimpin kerajaan jika terdapat salah laku atau jenayah dilakukan mereka," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), di Stadium Malawati, semalam.

Beliau dalam masa sama turut berjanji akan memulihkan nilai matawang negara ini.

"Akan kita cipta cara yang lebih berkesan untuk pemulihan nilai matawang supaya tidak menekan rakyat, terutamanya yang mempunyai anak belajar di luar negara.

"Nilai matawang akan dipertahan tanpa penjualan dolar Amerika dalam simpanan negara," katanya lagi.

Dalam masa sama, Mahathir turut menjanjikan kebebasan bersuara dan media melaporkan sesuatu situasi dalam negara.

"Bagaimanapun keselamatan dan keamanan dalam masyarakat serta negara akan diambil kira mengikut kehendak majoriti rakyat," katanya lagi.

Anina hadir pelancaran Bersatu
ATIRAH HASLI - 14 JANUARI 2017
Anina tetap hadir membuktikan solidariti.

SHAH ALAM - Meskipun dipalit dengan pelbagai kontroversi, Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Anina Saadudin tetap hadir membuktikan solidariti pada Majlis Pelancaran Parti Pribumi Bersatu Malaysia, di Stadium Malawati, malam ini.

Perkara itu disahkan pembantu peribadinya, Kasih Alyza Mohd menerusi aplikasi sosial Whatsapp, hari ini.

Anina menerusi aplikasi sama turut mengesahkan perkara itu sebelum berkongsi gambarnya yang anggun bertudung dan berbaju merah di majlis pelancaran yang sedang berlangsung.

"Saya di sini (di Stadium Malawati)," katanya ketika ditanya Sinar Online.

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini berkata, keputusan untuk tidak melantik Anina sebagai Ketua Srikandi Bersatu dibuat berdasarkan keputusan tertentu dan tidak melibatkan hal peribadi.

Keputusan untuk tidak melantik Anina Saadudin sebagai Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibuat oleh seluruh parti.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anina tidak dilantik, itu keputusan parti: Muhyiddin]

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa