Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 15, 2017

Naik kesian pulak aku tengok pemimpin PAS sekor ni!

Kuda-kuda hitam saya masih kuat, kata ulamak Pas
15 Januari 2017 | ARIF ATAN
Mokhtar Senik di sisi kereta Mercedes miliknya yang juga pernah dimuat naik di Facebook pada Disember 2015.

Mengakui tindakannya sengaja mahu 'cucuk rusuk orang', Ketua Dewan Ulama Pas Pahang memuat naik dua foto kereta mewah yang digelarnya sebagai 'kuda-kuda hitam' di akaun Facebook miliknya semalam.

Dalam status yang turut mengandungi beberapa kesalahan ejaan itu, Ustaz Mokhtar Senik menyifatkan kedua-dua kenderaan tersebut masih dalam keadaan elok walaupun digunakan untuk banyak program parti melibatkan perjalanan yang jauh.

"Selesai sudah perasmian serentak Mesyuarat Agung cawangan2 Kawasaj(n) Tan(m)bun. Esok mesyuarat Pas Pusat Pulak. ptg tadi sebelum ke Perak Mesyuarat Lajnah Dakwah Pusat. Alhamdulillah kuda2 hitam saya masih kuat," dipetik daripada kenyataannya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Pas Pusat itu pada masa sama mengaitkan dengan nikmat Allah tetapi pada ayat terakhir memberitahu kenyataannya itu mahu 'menguji'.

"Nikmat yg Allah beri adalah untuk agama Allah. Status nak test," tulisnya dalam status yang dimuat naik pukul 12.59 tengah malam, 14 Januari itu.

Mendapat hampir 290 'like' setakat awal pagi hari ini, Mokhtar dalam satu komentarnya mengaku sengaja memuat naik status berkenaan.

"saje je post status cucuk rusuk org. nak tgok melompat ke tak?" ujarnya lagi yang menggunakan nama 'Mokhtar Dup' (Dewan Ulamak Pas) bagi media sosial itu.

Ini bukan kali pertama Mokhtar menayangkan kedua-dua kereta import itu. Pada 17 Disember 2015, pemimpin Pas yang pernah ditahan ISA selama tiga tahun selepas terbabit dengan kumpulan Al-Maunah itu juga memuat naik kisah kedua-dua 'kuda hitam' yang sama yang dikatakannya masuk bengkel.

Dalam hal berkaitan, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada September tahun lalu seperti diceritakan Ketua Penerangan parti itu, Nasrudin Hassan didakwa pernah mengingatkan supaya membaca al-Quran dan jangan hanya membaca Facebook.
Satu lagi kereta mewah dimiliki Mokhtar.

2 comments:

  1. Bukan nak komen tapi nak tegur kami ahli biasa ni naik honda kap cai pun dah rasa malu nak bagi tau kat pak cik-pakci dikampung yang kuat sokong PAS tapi pemimpin atasan bercakap bedegar-degar hal ugama jangan menunjuk-nunjuk kekhalayak tapi apa yang berlaku pada pemimpin PAS hari ini amat mendukacitakan kami ahli-ahli dikampung-kampung yang begitu sayang dengan perjuangan tapi inikah yang ditonjolkan oleh pemimpin yang bergelar ulamak,ini 'ujub dan takbur namanya nu'uzubillah.

    ReplyDelete
  2. Range rover, mini cooper, toyota vellfire, mercedez dll. Hebat nafsu lebai2 pas. Mat sabu tak bermimpi dan tak berhajat nak pakai kereta mewah krn itu bukan matlamat perjuangan dia. Walaun pakai kapcai yg berjuang ikhlas demi islam. Sama mcm umno, pemimpin atasan hidup mewah sdgkan macai2 bawahan bergantung kpd BR1M!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa