Mansuh GST? Tidak mustahil jika..
WARTAWAN SINAR HARIAN - 17 JANUARI 2017
SHAH ALAM – Penghapusan GST sepenuhnya seperti yang dinyatakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak mustahil kerana pembangkang mempunyai beberapa pilihan.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata, dua kaedah boleh digunakan pembangkang antaranya mengurangkan perbelanjaan negara atau membuat pinjaman untuk menggantikan sumber kewangan melalui GST.
“Perbelanjaan negara boleh dikurangkan dengan mengehadkan sektor pembangunan negara selain mengehadkan jumlah penjawat awam,” katanya kepada Sinar Harian.
Bagaimanapun sebelum melaksanakan langkah itu, pembangkang perlu mengumumkan mekanisme menggantikan GST kerana ia bukanlah satu kerja mudah.
“Rakyat perlu tahu apa kaedah yang mereka mahu gunakan. Adakah ia akan memberi manfaat atau sebaliknya kerana impaknya amat besar kepada mereka,” katanya.
Ahad lalu, Tun Mahathir mengumumkan penghapusan GST sepenuhnya, jika sokongan serta peluang diberikan kepada pembangkang untuk menerajui kerajaan selepas PRU14.
Md Shukri berkata, pembangkang terutamanya Tun Mahathir tidak boleh berpuas hati dengan cadangan mereka kerana setiap langkah yang diambil memiliki risiko yang akhirnya akan memburukkan lagi keadaan negara.
“Sama ada mereka berpatah balik ke perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) atau memperkenalkan kaedah baharu, setiap satunya bakal memberi kesan kepada negara secara keseluruhannya.
“Ia mungkin mendatangkan ketidakstabilan pasaran dan keyakinan pelabur serta peniaga terhadap sistem itu sendiri. Kalau satu sistem ini dipolitikkan, maka negara akan menghadapi satu ketidakstabilan dari sudut persepsi ekonomi,” katanya.
* cuba hadkan kejolian pemimpin
hadkan ketirisan kantung
potong tangan yang hulur bawah meja
hadkan simpan dan sorok jutaan RM di rumah

dah masuk tahun dah...teringat lagi wawancara bersama menteri di tv1
ReplyDelete"saya nk bg tau harga barang boleh turun dengan adanya GST, satu pengakuan yg berani nalah sukar di tolak...harga barang turun kerana gst."
oh menteriku...di manaksh engkay berada?