China: Yang untung adalah Malaysia, kata Salleh
Menteri komunikasi dan multimedia itu menolak pandangan Dr Mahathir yang menyamakan tindakan Johor sebagai menggadai kedaulatan negeri.
VIDEO INSIDE
PETALING JAYA: Datuk Seri Md Salleh Said Keruak mempersoalkan motif Tun Dr Mahathir Mohamad mempertikaikan kemasukan pelabur China di Johor.
Menteri komunikasi dan multimedia itu menolak pandangan Dr Mahathir yang menyamakan tindakan Johor sebagai menggadai kedaulatan negeri.
“Tindakan Dr Mahathir membangkitkan isu itu membuatkan seolah-olah kedatangan pelabur asing akan mencemarkan kedaulatan dan ini tidak tepat sama sekali. Beliau menggunakan isu sekatan politik dan tanam kebencian terhadap kaum tertentu.”
Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan bekas perdana menteri itu yang mempersoalkan projek Forest City di Johor yang menurutnya akan menggadaikan Malaysia kepada China.Pandangan Dr Mahathir itu kemudiannya dibidas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini yang menganggap ia sebagai cubaan “menakut-nakutkan” rakyat.
Beliau berkata apa yang diutarakan itu adalah berdasarkan laporan Bloomberg, yang antara lain melaporkan usaha giat mempromosikan hartanah di Forest City kepada beratus ribu warga China.
Menurut laporan itu, pembinaan Forest City di Johor Bahru akan menyaksikan kebanjiran rakyat China ke negeri itu yang membeli kebanyakan daripada hartanah yang ditawarkan.
Bagaimanapun, Salleh mempertahankan tindakan Sultan Johor dan berkata ia hanya untuk menarik pelabur asing tanpa mengira negara.
“Sultan Johor bercakap berdasarkan fakta dan asas. Kita jelas dengan kehendak tersebut.
“Apa yang dilakukan adalah untuk menarik pelabur asing semata-mata, tanpa mengira dari negara mana,” kata Salleh.
Menurutnya lagi, kemasukan pelabur asing dari China tiada bezanya dengan pelabur dari Eropah, Jepun dan India yang ada sejak sekian lama di negara ini.
“Ia bukan sahaja menguntungkan negara malah memberi peluang pekerjaan kepada rakyat. Kedatangan pelabur China memang tidak dapat dielakkan. Ia berlaku di mana-mana negara di seluruh dunia,” kata beliau.
Kaitan: Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor
Kaitan: Biarlah jika saya dituduh derhaka, Dr Mahathir jawab Sultan Johor
Bekas perdana menteri itu tampil mempertahankan kritikannya terhadap pelaburan hartanah China di Johor dan berkata beliau sedia ditangkap dengan syarat dibicarakan.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa