Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 31, 2017

Adakah ia penyiasatan terpilih bermotifkan politik - Shafie

Shafie enggan ulas siasatan SPRM
Yasmin Ramlan · Diterbitkan pada 31 Oct 2017 12:16PM
"Mereka (SPRM) hanya menjalankan tugas. Saya tidak ada komplen apa-apa. Namun ia mesti dilakukan secara adil, jangan buat andaian awal," kata Shafie Apdal kepada pemberita di Parlimen hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insight, 31 Oktober, 2017

PRESIDEN Parti Warisan Sabah Shafie Apdal enggan mengulas mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) terhadapnya, sambil berkata ia perlu dilakukan dengan adil.

"Mereka hanya menjalankan tugas. Saya tidak ada komplen apa-apa. Namun ia mesti dilakukan secara adil, jangan buat andaian awal," katanya kepada pemberita di Parlimen hari ini.

Bekas menteri kemajuan luar bandar dan wilayah itu membuat penampilan pertamanya hari ini di Parlimen sejak beliau direman lapan hari bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan penyelewengan RM1.5 bilion dana persekutuan bagi tujuan pembangunan projek rakyat di Sabah.

Walaupun begitu, beliau mempersoalkan mengapa masa dua tahun diambil untuk memulakan siasatan penyelewengan itu dan adakah ia penyiasatan terpilih bermotifkan politik.

"Saya rasa bukan hari ini. Saya harap anda faham. Saya tidak boleh cakap perkara yang masih dalam siasatan walaupun mereka kata perkara ini berlaku dua tahun lepas, (tetapi) mengambil masa yang lama untuk disiasat," katanya. – 31 Oktober, 2017.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa