Pemimpin HARAPAN sedia maafkan meski tak lupa
mk - Hari ini, 5:54 pm
Pemimpin utama Pakatan Harapan (HARAPAN) hadir Konvensyen Nasional Parti Amanah Negara (AMANAH) di Alor Setar hari ini dengan menunjukkan sikap mereka yang mampu memaafkan namun tidak akan melupakan hal-hal yang pernah terjadi antara mereka.
Sikap itu dikatakan akan menjadi sebahagian ramuan utama untuk HARAPAN mencapai kejayaan dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14 akan datang.
Ini dapat dilihat ketika Pengerusi HARAPAN Dr Mahathir Mohamad memuji kebolehan memasak Mohamad Sabu dan sempat berjenaka bahawa beliaulah yang menghantar presiden AMANAH itu ke kelas masakan di penjara.
“Saya masih ingat ketika hantar Mat Sabu (Mohamad) untuk belajar masak di Taiping.
“Beliau dibayar 80 sen ketika itu. Masakannya boleh tahan,” kata Mahathir dalam ucapannya merujuk pemenjaraan Mohamad di Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Mohamad dua kali ditahan di bawah ISA ketika Mahathir menjadi perdana menteri iaitu pada 1984-1986 ketika menjadi pemimpin Dewan Pemuda PAS dan sekali lagi ketika Operasi Lalang pada 1987-1989.
Mahathir yang juga merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) berkata demikian ketika menggesa semua pemimpin HARAPAN agar bersatu dan menyatakan kesanggupannya bekerja dengan bekas seteru politik.
“Mereka semua pernah jadi musuh ketat saya,” katanya yang merujuk kepada pemimpin de facto HARAPAN Anwar Ibrahim dan pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang serta Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
“Namun hari ini kita ketepikan sengketa lama sebab meskipun ia masih terasa, ia bukanlah masalah yang boleh memusnahkan negara,” katanya.
Mohamad, dalam ucapan dasarnya kepada 898 perwakilan dan pemerhati turut merespons ucapan Mahatahir itu dan menekankan perlunya perpaduan di kalangan parti komponen HARAPAN.
Mengimbas semula kunjungan Mahathir ke rumahnya di Shah Alam, Mohamad berkata bekas perdana menteri itu tidak ragu-ragu makan masakannya.
“Tun (Mahathir) yakin dan berani bila mengunjungi ke rumah saya untuk makan. Saya tengok tak ada pun pegawainya yang rasa makanan (yang dimasak) dulu. Manalah tahu saya bubuh racun,” katanya berjenaka.
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi pemimpin HARAPAN pertama menyampaikan ucapan, memuji Mohamad yang mempunyai pengalaman luas dalam politik termasuklah ketika ditahan di bawah ISA.
Ketika berucap tentang hal itu, skrin memfokus ke pentas memaparkan Mohamad dan Mahathir yang duduk bersebelahan sambil tersenyum.
Mahathir sempat menggapai tangan Mohamad sebelum mengangkat tangan sebagai tanda perpaduan.
Pengkritik HARAPAN sering menuduh pemimpin-pemimpin pembangkang itu hipokrit kerana bekerjasama dengan Mahathir yang sebelum ini merupakan seteru politik mereka.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa