Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 24, 2017

Kemalangan dekat Juru 8 maut

8 maut kemalangan bas kilang dekat Juru
TMI · Diterbitkan pada 24 Oct 2017 10:07AM ·
 
Kemalangan melibatkan dua bas dan van kilang berlaku kira-kira pukul 6 pagi ini di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun di KM 147, Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara.

SEKURANG-KURANGNYA lapan terbunuh setelah dua bas dan sebuah van yang membawa pekerja kilang terbabit dalam kemalangan dekat Plaza Tol Juru, di Pulau Pinang pagi tadi.

Kemalangan kira-kira pukul 6 pagi itu berlaku di hadapan Institut Teknikal Malaysia-Jepun  di KM 147, Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara.

Jurucakap pasukan Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap berkata kemalangan dipercayai berlaku selepas salah sebuah kenderaan terlibat gagal dikawal.

Enam mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi maut semasa dalam perjalanan ke Hospital Seberang Jaya.

"Semua yang terbunuh wanita," kata jurucakap itu.

Sehingga berita ini ditulis, belum ada maklumat mengenai identiti mangsa.

"Semua mangsa yang cedera dihantar ke hospital di Sungai Bakap dan Seberang Jaya," kata kenyataan bomba.

Operasi menyelamat mangsa disertai anggota bomba dan penyelamat dari balai bomba  Prai, Sungai Bakap, Perda, dan Nibong Tebal serta sukarelawan bomba dari Berapit, anggota polis dan petugas hospital.

Kemalangan ini mengakibatkan kesesakan di Lebuhraya PLUS ketika orang ramai hendak ke tempat kerja pagi tadi. – 24 Oktober, 2017
Video dari malaysiakini

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa