Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 12, 2017

Berita gembira dunia Arab dan Islam

Laporan: Fatah-Hamas capai perjanjian damai
mk   -   Hari ini, 5:25 petang
GLOBAL - Dua parti Palestin yang selama ini berseteru, Hamas dan Fatah, hari ini mencapai persetujuan untuk berdamai, lapor Aljazeera.

Menurut laporan itu, perkembangan itu diumumkan pemimpin Hamas Ismail Haniyeh, dalam satu kenyataan hari ini.

"Fatah dan Hamas mencapai persetujuan awal pagi tadi, dengan bantuan besar pihak Mesir," katanya seperti dipetik.

Ismail bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci berhubung persetujuan itu yang mengakhiri permusuhan selama 10 tahun, sejak Hamas menewaskan Fatah dalam pertembungan di Gaza pada 2007.

Maklumat lanjut akan diumumkan dalam satu sidang media di Kaherah, tempat pertemuan itu berlangsung, pada hari ini.

Memetik laporan itu lagi, perbincangan itu berkisar tentang pelaksanaan Perjanjian Kaherah 2011 antara kedua-dua pihak, antaranya pelaksanaan pilihan raya di peringkat kebangsaan, presiden dan legislatif.

Perjanjian itu membuka jalan bagi Hamas dan Fatah menubuhkan sebuah kerajaan Palestin, berbanding kerajaan yang dikuasai Fatah di Tebing Barat dan Hamas di Gaza sebelum ini.
Seorang yang terlibat dalam rundingan itu pula berkata, persetujuan itu akan menyaksikan tentera Pihak Berkuasa Palestin (PA) yang dikuasai Fatah mengambil alih Rafah, sempadan antara Gaza dan Mesir.

Dia juga berkata kedua-dua pihak akan memulakan rundingan yang lebih lanjut, termasuk penubuhan kerajaan perpaduan, dalam masa dua minggu lagi, menurut laporan Aljazeera itu yang memetik agensi berita AFP.

Menurut Reuters, Mesir beberapa kali menjadi orang tengah dalam usaha mendamaikan dua pihak tersebut untuk membentuk kerajaan bersama di Gaza dan Tebing Barat.

"Kami mengucapkan tahniah kepada rakyat Palestin atas perjanjian perdamaian yang dicapai di Kaherah. Kami akan berusaha sehabis baik untuk melaksanakannya demi episod baru sejarah kami," kata jurucakap Hamas Hazem Qassem kepada Reuters.

Sejak beberapa bulan lalu, Fatah menekan Hamas untuk melepaskan penguasaannya di Gaza, termasuk dengan memotong gaji pegawai PA yang tinggal di sana dan meminta Israel memotong bekalan elektrik.

Pada bulan lalu, Hamas bersetuju untuk membubarkan pentadbirannya di Gaza dan menyerahkannya kepada PA.

Namun, sama ada Hamas akan membubarkan unit bersenjatanya masih menjadi tanda tanya.

1 comment:

  1. negara haram isreal serta ketua negara yg menyokong saja teramat gumbira. tok arab tak semua islam spises haramjadah sahaja yg bertepak tangan suka

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa