Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 30, 2017

Negara di dunia yang jarang kita dengar

5 Negara Asing Yang Jarang Didengari
Oleh Neux pada 29 Oct 2017
Baru-baru ini, kebanyakan akhbar di Malaysia dilimpahi dengan berita tuntutan kemerdekaan oleh kerajaan Catalonia daripada Sepanyol. Kerajaan Sepanyol membuat keputusan agresif dengan tidak mengiktiraf pengisytiharaan kemerdekaan tersebut yang diumumkan oleh kerajaan Catalonia.

Konflik kemerdekaan Catalonia daripada Sepanyol bukanlah sesuatu yang baru. Di Kanada juga, kerajaan Quebec sudah lama menuntut kemerdekaan daripada Kanada. Kisah Catalonia dan Quebec ini adalah contoh beberapa kerajaan yang menuntut kemerdekaan untuk menubuhkan negara, kerajaan dan undang-undang sendiri.

Kali ini, kami ingin berkongsi beberapa negara yang jarang didengari. Sesetengah daripada negara dalam senarai ini walau bagaimanapun hanya diiktiraf oleh beberapa buah negara lain walaupun sudah mempunyai undang-undang dan pemerintahan tersendiri.

1. Transnistria
Transnistria adalah sebuah negara kecil yang terletak di kawasan selatan negara Moldova. Ianya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Chisinau pada tahun 1990. Kini, Transnistria sudah mempunyai matawang tersendiri, pasport, kerajaan demokratik dan sistem pertahanan tersendiri. Cara hidup dan rekabentuk bangunan disini kebanyakannya masih dikekalkan sejak pemerintahan Soviet Union.

Tidak banyak negara yang mengisytiharkan kewujudan negara ini. Rusia merupkan antara beberapa negara yang mengisytiharkan kewujudan negara Transnistria dimana mereka turut menempatkan kira-kira 1000 orang askar disini bagi mempertahankannya sekiranya Moldova ingin menyerangnya. Sekiranya ingin datang ke sini, bolehlah mengambil penerbangan ke Moldova dan menaiki pengangkutan darat untuk ke sini.

baca lagi : Transdniestria Negara Tidak Diiktiraf dunia

2. Abkhazia
Abkhazia asalnya merupakan sebahagian daripada negara Georgia. Setelah kejatuhan Soviet Union, ia mula menuntut kemerdekaan tetapi dihalang keras oleh Georgia. Krisis ini menyebabkan konflik, pertumpahan darah dan penghapusan etnik di Abkhazia.

Abkhazia berjaya mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1999. Kini, ia mempunyai sistem pemerintahan, sistem ketenteraan, pasport dan juga bank nasional. Buat masa ini, hanya 4 buah negara anggota United Nation (UN) mengiktiraf kewujudan negara ini. Walau bagaimanapun, negara ini masih banyak bergantung kepada Rusia dalam segala segi. Rakyatnya juga boleh memohon pasport Rusia dan boleh memasuki Rusia secara bebas.

3. Somaliland
Sejak tahun 1991, negara Somalia telah bergolak dan terjadinya perang saudara yang mengorbankan banyak nyawa. Sebuah kawasan di bahagian utara barat Somalia telah bertindak keluar daripada Somalia dan menubuhkan sebuah negara baru yang dikenali sebagai Somaliland.

Somaliland juga berupaya menubuhkan sistem ketenteraan, kerajaan, matawang dan juga mempunyai bendera mereka sendiri. Kerajaan pula memerintah menggunakan sistem separa-demoktratik. Walaupun negara Somalia masih lagi bergolak, rakyat di Somaliland dapat hidup bebas tanpa peperangan. Malangnya sehingga kini tiada negara luar yang mengiktiraf kedaulatan Somaliland.

4. Puntland
Selain Somaliland, Putland juga merupakan sebuah sebuah kawasan yang ingin keluar daripada Somalia. Ianya merupakan sebuah kawasan kecil di Somalia yang menghadap ke arah laut. Pada tahun 2015, kawasan ini dianggarkan mempunyai populasi 4.28 juta orang penduduk. Ia telah mengisytiharkan pemerintahan autonomi sejak tahun 1998.

Sementara itu, aktiviti utama Puntland adalah lanun, iaitu merompak kapal-kapal yang lalu di kawasan laut berhampiran. Berlainan dengan daripada Somaliland yang inginkan kemerdekaan secara terus, Puntland pula hanya mengisytiharkan kemerdekaan daripada Somalia selagi mana Somalia masih bergolak dengan perang saudara. Sekiranya Somalia kembali stabil, Puntland ingin kembali menjadi sebahagian daripada pemerintahan kerajaan Somalia.

5. Seborga
Di Itali, terdapat dua buah negara kecil yang diiktiraf masyarakat antarabangsa - San Marino dan Vatican City. Walau bagaimanapun, mengikut pakar sejarah, Seborga juga merupakan sebuah kawasan yang layak di gelar sebagai sebuah negara mengikut undang-undang.

Ianya adalah sebuah negara kecil di kawasan pergunungan dan hanya mempunyai keluasan 4.91 kilometer persegi. Kawasan ini wujud sejak zaman kegemilangan Empayar Rom lagi. Selepas kejatuhan empayar ini pada tahun 1806, kira-kira 300 buah kawasan di Itali telah digabungkan menjadi beberapa buah daerah atau negari, termasuklah Seborga. Ketika perjanjian penyatuan daerah-daerah di Itali dibuat pada abad ke 19, akibat kerana kesilapan kawasan Seborga ini tidak dimasukkan dalam perjanjian tersebut. Oleh itu, mengikut undang-undang Seborga adalah sebuah negara yang tersendiri.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa