Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 18, 2017

Ketua Penerangan UMNO Malaysia akui wang hilang dari 1MDB

https://www.youtube.com/watch?v=CgahF2OOyGA

*GEMPAR!!! KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA AKUI WANG HILANG DARI 1MDB. INI ADALAH BERTENTANGAN DENGAN KENYATAAN RASMI 1MDB DALAM LAMAN WEB MEREKA BAHAWA TIADA LANGSUNG WANG 1MDB YANG HILANG*

Apa sudah jadi? Skrip sudah tak sama? Tan Sri Annuar Musa pun tak sanggup berbohong macam Najib dan 1MDB berbohong kononnya *TIADA LANGSUNG* wang 1MDB yang hilang.

Itulah antara kenyataan2 mengejutkan yang dikeluarkan oleh TS Annuar Musa semasa menjawab soalan saya berkenaan skandal rompakan mega RM20 bilion lebih wang rakyat melalui 1MDB. Ikuti jawapan penuh beliau seperti dibawah;

 *PENGALAMAN 2 MLM MENERJAH KETUA PENERANGAN UMNO MALAYSIA:* MEMAHAMI BAGAIMANA PEMIMPIN UMNOBN PEROMPAK MEMBOHONGI RAKYAT SUPAYA MEREKA TAK NAMPAK BAHAWA 1MDB ADALAH ROMPAKAN PALING BESAR DALAM SEJARAH MALAYSIA DAN AMERIKA (MUNGKIN JUGA SEJARAH DUNIA) MELIBATKAN LEBIH DARI RM20 BILION DAN KEPALA PEROMPAKNYA IALAH PERDANA MENTERI SENDIRI IAITU DS NAJIB TUN RAZAK.

*Bahagian 1*

Oleh: Hj Zaidi bin Ahmad (Bekas Mejar TUDM)

Alhamdulillah selama 2 malam saya telah berjaya menghadirkan diri ke program dialog bersama Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa di Pulau Pinang. Malam pertama pada 3 Okt di MRSM Balik Pulau dan malam kedua di Dewan Umno Permatang Pauh. Malam pertama saya hadir ditemani Sdra Amin seorang ahli PPBM manakala malam kedua saya pergi seorang diri. Ada orang tanya tak takut ke pergi ke majlis UMNO saya jawab "apa nak takut, kita dipihak yang benar, Allah SWT bersama kita."

Sebenarnya ianya bukan sangat majlis dialog kerana jika dialog maka kita boleh persoal balik point2 yg diberikan. Ianya lebih kepada majlis ceramah dimana hadirin dibenarkan bertanya soalan. Apapun ianya satu peluang untuk melontarkan sesuatu isu dah kemudiannya merekod dan mengkaji jawapan yang diberikan. Disini saya bentangkan soalan saya dan jawapan yang diberikan oleh TS Anuar dan saya akan buat ulasan (huruf hitam).
Selamat membaca dan mengkaji.

*Soalan saya:*

Assalamualaikum TS. Saya ingin bertanya TS tentang isu 1MDB. Saya telah membaca 2 laporan rasmi iaitu Laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan Laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ). Dalam Laporan PAC saya mendapati sebanyak lebih daripada USD6 bilion wang 1MDB telah dibayar kepada syarikat tipu, yang tidak ada sebarang perjanjian perniagaan dengan 1MDB. Contohnya pada mukasurat 25, iaitu berhubung projek usaha sama antara 1MDB dan Petrosaudi. Pada 30 September 2009 sebanyak USD300 juta telah dipindahkan ke akaun syarikat Usahasama 1MDB-Petrosaudi, tetapi *baki USD700 juta lagi telah dibayar kepada sebuah syarikat yang tidak terlibat dengan projek usaha sama ini*. Syarikat ini ialah syarikat Good Star Limited yang telah disahkan oleh pihak berkuasa Amerika dan Singapura adalah milik Jho Low. Lagi bukti pada mukasurat 92 dan 98 menunjukkan jumlah keseluruhan sebanyak USD6.1 bilion telah dibayar oleh 1MDB kepada syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Jho Low. Sementara itu dalam laporan DOJ pihak Amerika Syarikat telah mendedahkan secara terperinci bagaimana wang berjumlah USD4.9 Bilion (lebih dari RM20 bilion) telah dicuri oleh Jho Low dan konco-konconya daripada 1MDB. Kemudian Jho Low telah mengagih-agihkan wang hasil rompakan tersebut termasuk kepada DS Najib dimana jumlah paling besar yg beliau terima ialah RM2.6 bilion atau lebih tepat lagi USD681 juta yg dimasukkan ke akaun beliau di Ambank oleh syarikat Tanore corporation milik Jho Low atau nama samarannya Eric Tan Kim Long. Wang itu kemudiannya telah dipulangkan semula ke akaun Tanore dan sebahagiannya telah digunakan oleh Jho Low untuk membeli sebuah kalung berlian merah jambu berharga USD27.3 juta (RM109 juta) yang kemudiannya dihadiahkan kepada DS Rosmah Mansur.(Sila rujuk mukasurat 99 dan 100 Laporan DOJ). *Kesimpulannya saya dan rakan saya telah membaca Laporan ini dan kami yakin bahawa sekurang2nya sebanyak USD4.8 bilion (RM20 bilion) wang 1MDB telah dicuri oleh Jho Low dan DS Najib turut terlibat. Sebab itu kami telah membuat laporan polis terhadap mereka beberapa bulan yang lepas tetapi malangnya sehingga hari ini tiada sebarang tindakan.* Sekarang saya ingin mendengar penjelasan dari TS.

*Jawapan TS Annuar Musa:*

Saya ucapkan terima kasih kepada mejar zaidi kerana sudi hadir ke majlis ini dan sudi bertanyakan soalan. Saya selalu baca tulisan tulisan mejar zaidi dalam Facebook beliau (Tksh TSCtolongvpromosikan Fb page saya *Sokong Mejar Zaidi TUDM*)

Pertama dia suruh saya jawab tapi kalau saya jawab dia tak nak terima jugak.

*(Teknik 1: Memburukkan saya kononnya apa juga diberitahu walau kebenaran sekalipun saya tetap tak akan terima sebenarnya secara tak langsung beliau memberitahu bahawa apa yang bakal diberitahu bukannya kebenaran pun dan tak akan mampu diterima oleh sesiapa yg menggunakan akal yang waras)*

 Inilah masalah nya dengan negara ini. Adakah kita mau kerajaan ini menari mengikut rentak orang yg sifatnya tidak suka pada kerajaan. Saya ambil contoh soal 1MDB yg asalnya dicanang oleh tony pua dlm parlimen.  Bila dia canang dalam parlimen kami ahli2 parlimen buat rombongan pi jumpa dgn management 1MDB. Bukan org DAP saja yg concern soal tatakelola soal rasuah dan sebagainya ni malah bagi saya DAP yg paling kuat sekali rasuah.

*(Aikk betul ke statement ni TS? Berapa ramai dah pemimpin DAP yg disabitkan kesalahan rasuah berbanding pemimpin BN? TS sendiri pun turut disiasat oleh SPRM kan?)*

Yg hari2 SPRM dok tangkap orang dok bawak orang boh baju kuning boh dalam lokap tu SPRM bawah kerajaan mana? Yg dok siasat dan nak hapuskan rasuah tu adalah SPRM dibawah kerajaan BN.

*(Ooo SPRM memang bawah kerajaan BN dan memang yg kena tangkap ramai orang BN. Rompakan RM20 bilion paling besar dalam sejarah Malaysia kenapa belum ada orang kena tangkap? Pasal melibatkan PM kah? )*

Balik kepada soal 1MDB bila DAP bangkit bangkit bangkit waktu tu Tun M belum serang lagi najib, sebab dia belum bergaduh lagi dengan Najib. Tapi hatinya dah panas ketika itu bila Mukhriz tak menang Naib Presiden. Pergaduhan Tun M dgn DS Najib bermula dgn soal anak dia Mukhriz. Kita tau perangai sama2 pemimpin besar diatas. Bila isu 1MDB ni dibangkitkan DS Najib ambil pendekatan yang cukup gentlemen.

*(Betoi ka gentlemen? Terang-terangan DOJ kata DS Najib terima duit beratus2 juta dari 1MDB. Riza Aziz dapat hampir RM1 bilion. DS Rosmah kalung berlian merah jambu berharga 109 juta, kalau gentleman sila bertindak sehingga siasatan selesai. Kenapa tak berani?)*

Sya masih ingat lgi bila isu 1MDB dibangkitkan dlm parlimen beliau beri arahan kepada DS Husni dan menteri2 jawab every single soalan. Kalau buka rekod dalam parlimen dah berkali-kali jawapan diberi dalam parlimen tentang isu 1MDB yang setuju tetap setuju yg tak setuju dok tak setuju situlah. Seingat saya dalam parlimen pihak kerajaan tidak pernah lari dari menjawab soalan.

*(BOHONG 1: Lebih 30 soalan berkaitan 1MDB ditolak oleh speaker. Kantoi nampak. kuang kuang kuang)*

https://www.malaysiakini.com/news/389600

Kalau buka rekod dalam parlimen dah berkali-kali jawapan diberi dalam parlimen tentang isu 1MDB yang setuju tetap setuju yg tak setuju dok tak setuju situlah. Seingat saya dalam parlimen pihak kerajaan tidak pernah lari dari menjawab soalan. Tidak ada satu kerajaan dalam dunia ni bila kerajaan meniaga ditelanjangkan habis segalanya sedangkan perniagaan itu sedang dok berjalan. Orang tuduh berbagai tapi DS Najib ambil sikap very gentlemen. Kemudian benda itu nampak lebih memuncak lagi. Sebagai sebuah agensi yg bertanggungjawab apabila sykt itu milik kerajaan guna dana kerajaan dia ada proses dia ada prosedur dia yakni kalau satu2 pelaburan itu merupakan pelaburan kerajaan, sykt milik kerajaan dan ada aduan dan sebagainya maka DS Najib kata biar Auditor General periksa dan selepas diperiksa bawak ke parlimen.

*(Aloo TS Lu suda lupa ka? Laporan Audit keatas 1MDB najib arah letak bawah OSA Kenapa? Kerana takut rakyat tahu kebenaran la bukan?)*

Itulah bagaimana tinggi tatakelola sebuah kerajaan yg bertanggungjawab dalam parlimen. Dan dia bawak pergi kepada PAC dan PAC pula ada wakil pas wakil dap dan diberi peluang untuk panggil tanya dan sebagainya. Proses ini kalau kerajaan lain dia tak akan pergi pada PAC.

*(Aik masuk bakul angkat sendiri ka TS? Laporan Audit Negara pun letak bawah OSA lagi mau sembang)*

 Kerajaan ada byk lgi cara-cara bagaimana nak handle soal 1MDB dan DS Najib ambik pendekatan serah pada PAC dan PAC buat laporan dan laporan tu bentang dalam parlimen, waktu bentang dalam parlimen semua ahli parlimen diberikan peluang untuk berhujah dan bercakap. Apa lagi nak buat? Laporan ada ahli parlimen bahas dan berucap. Dr Tan Seng Giaw berucap bagi pihak DAP menyatakan tuduhan yang menyatakan PM curi duit dalam pemerhatian kami tak ada pun perkara itu. Sapa yang kata? DAP yang kata. Kenapa DAP tak ambil tindakan kepada Tang Seng Giaw?

*(Dr Tan Seng Giaw juga ada buat sidang akhbar bersama 5 anggota PAC lain dari pembangkang menyatakan ketidakpuasan hati kerana Laporan PAC telah dipinda pada saat akhir oleh Pengerusi PAC. Ayat yang dipadam oleh Pengerusi PAC YB Hassan Karim ialah "membuktikan bahawa Good Star Limited tidak dimiliki oleh Kumpulan Petrosaudi dan penyelewengan dana berjumlah USD700 juta (RM2.71 bilion) telah berlaku")*

http://www.theedgemarkets.com/article/pac-chief-%E2%80%99s-motive-editing-bnm-statement-good-star-questioned

Baik setelah laporan PAC keluar, nak cakap prosedur dulu, apakah langkah selanjutnya sebab laporan PAC ni bukan untuk 1MDB saja. Setiap tahun ada laporan dibuat mengikut undang-undang dalam parlimen. Tujuan PAC membuat laporan ialah mengenalpasti kelemahan dan kesalahan untuk kerajaan perbetulkan. Saya ulang untuk cari kelemahan kesalahan kemudian perbetulkan kemudian menjaga amanah rakyat.

*(Amanah rakyat sangat la dah berpuluh bilion korang sapu amanah rakyat la konon)*

Maka setelah laporan PAC dibentangkan kerajaan pun akui teguran-teguran PAC bahawasanya 1MDB wrong business model

*(Aik mukasurat mana laporan PAC yang menyatakan 1MDB wrong business model? Yg saya jumpa ialah lebih dari RM20 bilion wang rakyat dibayar kepada syarikat yang tiada sebarang urusan perniagaan dengan 1MDB)*

 Ada segmen2 bayaran yang mejar sendiri baca, ada bayaran2 yang menimbulkan keraguan dan sebagainya dan sebagainya.

*(Terima kasih TS kerana akui ada bayaran dari 1MDB yang meragukan. Tapi kenapa TS tak berani cakap secara terperinci. Berapa jumlah wang yang terlibat? Kenapa meragukan? Adakah kerana ia dibayar kepada syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Jho Low? Kenapa TS tak berani sebut nama Jho Low sedangkan Mahkamah Singapura dah sahkan 1MDB menjadi mangsa (rompakan) oleh Jho Low)*

Maka setelah PAC buat laporan sedemikian apakah pulak langkah selanjutnya? Bagi kerajaan yg lebih penting langkah selanjutnya ialah setelah dikatakan 1MDB wrong business model, 1MDB hutang terlalu banyak, 1MDB perlukan dana hadapi masalah cash flow dan sebagainya dan sebagainya,  yg lebih penting bagi sebuah kerajaan yang bertanggungjawab ialah memperbetulkan kesalahan2 itu. Lalu kerajaan pimpinan DS Najib mengambil langkah menyusun program "rationalisation" 1MDB. Ini cara kerajaan yg bertanggungjawab.

*(Duit 1MDB dah dirompak lebih dari RM20 bilion nak Rasionalisasi amendenya TS? Kenapa tiada seorang pun dari 1MDB didakwa di mahkamah kerana cuai iaitu membayar wang lebih dari RM20 bilion kepada syarikat-syarikat yang dikuasai oleh Jho Low. Peraturan 1MDB sendiri menyatakan bahawa setiap komitmen kewangan mestilah mendapat kebenaran bertulis dari DS Najib. Penyelewengan wang adalah kesalahan jenayah namun amat malang sehingga sekarang tiada sesiapa pun yang telah didakwa walaupun berpuluh bilion wang rakyat telah dicuri)*

Pembangkang sikap dia nampak bersalah nak jatuhkan orang, nampak bersalah nak jatuhkan orang. Itu rentak pembangkang, rentak kerajaan nak jaga kepentingan rakyat, untuk position dia PRU14.  Setengah kerana nak jatuhkan kerajaan setengah kerana marah dengan kerajaan setengah dah kena buang dengan kerajaan. Masing-masing ada agenda masing-masing lah. Jadi kerajaan nak menjaga amanah rakyat. Parlimen dah kata wrong business model,  hutang terlalu tinggi,  ada transaction tak berapa betul, Pengurusan perlu diperbaiki maka yg lebih pentingnya memperbaiki bukan bergaduh bagai nak rak.

*(Siapa yang nak bergaduh TS. Kita cuma nak minta tindakan undang-undang diambil keatas mereka-mereka yang bertanggungjawab menyebabkan negara kehilangan lebih daripada RM20 bilion dan mungkin lebih lagi (jika dicampur wang yang perlu dibayar kepada syarikat IPIC sebanyak USD6.5 bilion lagi dan jumlah bunga saja setiap tahun lebih RM2.5 bilion)* 

Saya harap penjelasan saya ini renung dengan mata hati jgn renung dengan sentiment. Cara memerintah dan mentadbir negara saya nak pesan terutama kepada orang Melayu dan orang Islam. Bila orang Melayu dan Islam dapat mandat mentadbir negara ini soal isu tidak akan habis.

*(sentimen pulak dah. Kita bercakap soal undang-undang TS. Duit jelas telah hilang dicuri berpuluh bilion oleh Jho Low dengan bantuan org dalam 1MDB sendiri UmnoBN mahu rakyat lupa kan begitu sajakah?)*

Saya jadi Menteri 10 tahun, 20 tahun kemudian baru saya dengar waktu saya jadi Menteri Kerajaan yg saya jd anggota Kabinet , hilang duit 32 bilion. Tuan2 32 bilion zaman itu bersamaan dengan separuh reserve negara, waktu tu reserve negara ada 63 bilion. Sekarang disahkan oleh RCI hilang dan hilang itu bukan macam hilang 1MDB, hilang 1MDB ni hilang sedang berniaga, boleh di recover, boleh rationalize semula, business terus berjalan, mungkin rugi pada satu masa tidak tutup kedai

*(Terima kasih TS akui duit 1MDB hilang. Cuma kalau TS bijak pandai sangat kenapa tak berani sebut jumlah yang hilang tu. Bagaimana kerajaan nak recover wang yang hilang itu jika tak mau tangkap orang-orang yang mencuri wang itu termasuklah Jho Low, DS Najib, Riza Aziz, Rosmah dan beberapa individu lagi termasuk ibu bapa dan adik beradik Jho Low?)*

 tapi hilang FOREX ni tuan2 hilang buat selama-lamanya

*(Cubaan nak kalih ke isu forex sedangkan yang dibincangkan ialah 1MDB. RCI forex mengesahkan Tun M dan DS Anwar tidak terlibat malah tiada sebarang wang masuk ke akaun peribadi mereka berbanding 1MDB dimana DS Najib sendiri akui beliau terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau. Walaupun beliau cuba menipu rakyat kononnya wang itu adalah derma dari Putera Arab namun pihak DOJ Amerika Syarikat telah mendedahkan bahawa wang itu sebenarnya dimasukkan oleh syarikat Tanore milik Eric Tan @ Jho Low (Mukasurat 99 & 100). Berhubung RCI pula kenapa kerajaan UmnoBN tak berani tubuhkan RCI untuk siasat 1MDB???)*

Sekian. Nantikan bahagian ke2 iaitu malam ke2 di Pmtg Pauh dimana soalan saya kepada beliau ialah; *"DS Najib menyatakan bahawa duit RM2.6 bilion yg beliau terima adalah derma dari keluarga Diraja Arab Saudi namun Laporan DOJ mukasurat 99 & 100 dengan jelas menyangkal dakwaan tersebut dan kekal menyatakan bahawa wang tersebut dimasukkan oleh Eric Tan (nama kedua bagi Jho Low) melalui syarikatnya Tanore Finance Corporation. Wang yang diterima 2 bulan sebelum PRU13 dipulangkan semula ke akaun Tanore sebanyak USD620 juta beberapa bulan selepas PRU13. Wang itu kemudian digunakan oleh Jho Low antara lain untuk membeli kalung berlian merah jambu berharga USD27.3 juta (RM110 juta) dan dihadiahkan kepada DS Rosmah Mansur. Soalan saya mana satu yang betul? Duit tu derma dari Putera Arab atau dicuri dari 1MDB?*

# VIRALKAN DEMI TANAHAIR DAN MASA DEPAN ANAK CUCU CICIT TERCINTA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa