Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 27, 2017

Huisy......banyaknya gaji pemain bola dalam EPL!

Gaji mingguan pemain EPL lebih tinggi daripada gaji 20 tahun pekerja stadium
Agensi |  Oktober 27, 2017 11:47 MYT
Gaji mingguan pemain EPL lebih tinggi daripada gaji 20 tahun pekerja stadium
Penyerang Manchester United, Paul Pogba (kiri) menjana 290,000 pound (RM1,615,282) seminggu. - Action Images via Reuters / Jason Cairnduff
KELAB-KELAB Liga Perdana Inggeris kini membayar pemain masing-masing dengan gaji yang tinggi, malah pendapatan mingguan mereka jauh lebih tinggi daripada pendapatan para pekerja stadium untuk tempoh 20 tahun, lapor portal berita Mirror UK.

Kesemua 20 kelab dalam senarai teratas di England secara keseluruhan membawa pulangan sejumlah 3.6 bilion pound (RM20.05 bilion) pada musim lalu. 

Kumpulan protes Citizens UK memberi contoh 'ketidaksamaan yang mengejutkan' dengan menyentuh soal pendapatan yang diperoleh penyerang Manchester United, Paul Pogba menjana £290,000 (RM1,615,282) seminggu.
Citizens UK berharap supaya Kelab Liga Perdana dapat membayar gaji 'sebenar' iaitu £8.45 (RM47.07) sejam atau £9.75 (RM54.31) di London.

Hanya kelab Chelsea dan Everton mendapat akredatasi daripada ‘Living Wage Foundation’ yang melaksanakan skim tersebut.

Namun begitu, pengendali stadium West Ham juga telah berjanji untuk menyertai gerakan ini dan kelab Tottenham Hotspurs turut menyatakan hasratnya untuk berbuat demikian di stadium baharu kelak.

Kelab lain membayar upah tetapi tidak menegaskan bahawa kontraktor harus berbuat sedemikian juga.

“Kami mempunyai banyak variasi kontrak,” kata Manchester United.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa