Article di bawah saya copy and paste dari blog Perak Bangkit.
Baca dan nilailah dengan rasional.
Jangan ketawa dulu…kalau nak ketawa, ketawalah selepas membacanya dulu dan perturunkan komentarnya.
Kehancuran BN dan UMNO akan membawa kehancuran Islam dan Melayu
Di atas premis itulah kami sesungguhnya percaya dan berjuang. BN dan UMNO bukanlah parti politik seperti PKR, PAS, DAP, MCA, MIC dll. BN dan UMNO ialah satu Sistem Politik.
Sistem itu menyatakan pertamanya mestilah ada suatu landasan kolisi yang DITUNJANGI sebuah Parti Dominan Melayu-Islami. Dan UMNO memenuhi konteks tersebut. Kerana Parti yang menjadi TUNJANG itu akan bertindak sebagai KUASA UTAMA di dalam kolisi.
Dengan wujudnya KUASA UTAMA, barulah konsep KONGSI KUASA akan terlaksana. Dan KUASA UTAMA itulah bertindak menjaga Institusi berikut:-
1. Institusi Kesultanan yang menjadi Payung Agama (Islam di Malaysia) dan Payung Ketuanan Melayu (Institusi PTD dan Kepegawaian Kerajaan), Payung Keselamatan (TDDM, TLDM, TUDM, PDRM dan KDRM) dan Payung Negara (Kuasa Kehakiman, Eksekutif dan Legislatif)
2. Instutusi Politik Keadilan Untuk Semua bagi Masyarakat Berbilang KaumCuba kita lihat mampukah Pakatan Rakyat menggalas tugas BN? Siapa ultimate power dalam Pakatan Rakyat? PAS kah? DAP kah? PKR kah? Jawapannya tiada!!!.... Jadi siapakah penentu halatuju politik?
Bagaimanakah kekuatan ini mampu mempertahankan Institusi Kesultanan yang menjadi payung Islam, PTD & Kepegawaian, Keselamatan dan Doktrin Pengasingan Kuasa?Jadi Grand Design yang dilancarkan oleh Musuh Kita ialah PUNAHkan UMNO sebagai TUNGGAK BN... Dengan alasan bahawa PAKATAN RAKYAT boleh menggantikan mereka...
Namun kiranya PR memerintah Malaysia.... Tugas mudah musuh selepas itu ialah.... Menumbangkan PAS..... Bila elemen PAS telah punah dalam Pakatan Rakyat, maka seterusnya Kita akan diperintah oleh Musuh Kita....Siapakah Musuh Kita itu?
Pasti mereka akan terdiri dalam kelompok berikut:
1. Sekiranya mereka Bukan Melayu mereka adalah golongan yang Anti Islam
2. Sekiranya dia adalah Melayu dan Islam dia adalah penganut fahaman Liberal Songsang, Pluralisme Agama dan pastinya mereka adalah generasi Neo Konservatif.
LALU TERJADILAH....................RIOT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! FIGHT FIRE WITH FIRE! DISSIDENT AGGRESSOR! IMPACT IS IMMINENT! BROTHER WILL KILL BROTHER! ANOTHER BRICKS IN THE WALL! SULTAN OF SWING! CHAOTIC SOCIETY! ANARCHY IN THE COUNTRY! BACK IN BLACK! BLACK NIGHT! BLACKENED! ZOMBIE!RIDE THE LIGHTNING! KILL'EM ALL! SOLDIER OF FORTUNE! ROCK N ROLL! BLACK DOG! ARCHILESS LAST STAND! HIGHWAY TO HELL! HARVESTER OF SORROW! SAD BUT TRUE! THE FINAL COUNTDOWN! JUMP! NOVEMBER RAIN! WHISKY IN THE JAR! THE FALLOUT HAS BEGUN! COMFORTABLY NUMB! WE DONT NEED NO EDUCATION!
assalamualaikum wrt. wbt. tuan,
ReplyDeleteposting dari Perak Bangkit saya dah baca atau "scan" beberapa hari lepas kalau tak silap saya. persoalan yang saya ingin anjurkan, betulkah islam akan hancur kalau BN tidak memerintah? apakah BN umat yang terpilih sehingga jatuh bangun sesuatu agama adalah digalas oleh kaum-kaum BN? maka tidak ada orang lain yang akan menggalas tanggungjawab mempertahankan islam? kalau macam tu gamaknya, kita bukak parti BN lah kat Gaza kot...maner tau dgn ader nye BN kat Gaza maka amanlah bumi Gaza...wallahu'alam
Wa alaikumussalam wbt.zh.ibrahim.
ReplyDeleteItulah terbit satu pertanyaan di kepala saya. Apakah BN dan UMNO itu? Sealim mana BN dan UMNO sehingga akan lenyap satu agama kalau mereka lenyap? Kenapa memperlekehkan Islam sehingga begitu sekali?
Zaman dulu tak ada pun umno/bn ni, islam masih berkembang, selain dari malaysia, negara lain yang ada penduduk islam, ada ke bn di sana.
ReplyDeletePiiiraahhh... semua tu cakap orang bn yang tak ada otak saja, bodoh.
Salam mountdweller
ReplyDeleteselamt jumpa lagi
Saya jadi lebih tak faham dengan pegangan UMNO ini, sepatutnya fahamilah islam itu apa, dan melayu itu apa, saya hairan sampai tahap macam itu fikian mereka, sepatutnya mufti perbetulkam pegangan mereka ini, kitapun kesian melihat fahaman pegangan meeka ini
saya sebenarnya keliru. tapi apa yang saya tahu, tak semestinya bangsa Melayu lain yg tak masuk Umno tiada keMelayuan mereka dan tiada Islam mereka. alamak.... ! susahlah beb, tak semua orang masuk parti. bukan semua orang keluar mengundi. berapa persen je yang mengundi? ada yg kuar mengundi, tapi kena halau halau ke sana ke sini, last-last malas nak mengundi, bikin penat jer beratur.
ReplyDeletetak der, saya yakin, Islam tetap akan tegak, dan Melayu akan tetap unggul.... kita ada ramai marhaen dan bukan yang masih ada sayang dan cinta kepada kepercayaan beragama dan jatidiri.
betul tak?
Jika inginkan penyatuan, apakah wadah yang sewajarnya kita gunakan? Adakah PAS+PKR+DAP? atau UMNO+MCA+MIC? Atau PAS+UMNO+MCA+MIC? Atau PAS+UMNO+DAP? Atau Parti_Baru_Melayu+DAP? Atau Parti_Baru_Melayu+MCA+MIC?
ReplyDeleteIsa,
ReplyDeleteIslam tidak bergayut kepada bangsa atau kabilah. Islam tegak melalui jiwa yang kental dan Iman yang kuat.
Untuk kuatkan Iman kenalah faham Islam yang sebenarnya. Islam yang di bawa oleh Rasulallah dengan berpegang kepada Alquran.
W'salam ~PakKaramu~,
ReplyDeleteKalau Mufti tidak boleh diharapkan untuk menerapkan Islam yang benar, pegangan yang benar, fahaman yang benar dan cara hidup serta ibadat yang benar, maka tugas itu tergantung di atas pundak para Alim Ulamak dan semua manusia Muslim yang mengikut ajaran Rasulallah yang sebenarnya. Ianya melangkaui mazhab. Rasa sudah jadi fardu ain bukan lagi kifayah.
Mak Su.
ReplyDeleteBetul Mak Su, semakin diambil tahu semakin keliru dengan situasi dan apa yang berlaku sekarang. Itu sebabnya semasa saya kecil-kecil dulu ada guru pesan, Alim Ulamak jangan campur politik dan jangan kerja dengan kerajaan sekiranya tidak mampu membawa pegangan. Sedikit sebanyak kita akan terpengaruh dengan jawatan yang disandang. Jadi sekiranya tidak campur politik peluang untuk dihormati kiri dan kanan besar ruangnya. Jadi dengan sendirinya dakwah kita akan memberikan impak/berkesan. Itu fahaman arwah guru saya.
Saudara Demang,
ReplyDeleteKepada persoalan itu, saya lebih cenderung ke arah mewujudkan Parti baru (Melayu dan Islam)yang berteraskan Alquran yang menjadi teras kepada pakatan dengan parti-parti bukan Melayu/Islam yang lain tetapi tidak dengan DAP selagi DAP tidak mengubah dasarnya.
UMNO sekarang sudah menjadi cacamarba. Sikafir pun dah jadi ahli UMNO, Bangsa Siam pun dah jadi ahli UMNO begitu juga suku-suku bangsa yang masih kafir di Malaysia Timur.
Prooootttt !! pottt !! poooottt !!
ReplyDeletehish ... susah nak kawal kentut ni.
tak sempat ketawa dah terkentut.
wakakakak !!!
rasanya wak tak payah komen la.
oppsss ...lupa lak nak cakap.
ReplyDeletebini wak kata, lawa gambar kak zainab .
dia kim salam.
wakakak !!!
BN pun sebenarnya binggung nak bina negara Islam.
ReplyDeleteambil keratan berikut,
KUALA LUMPUR 14 April - Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting menegaskan bahawa parti itu menolak pembentukan sebuah negara Islam.
Menurut beliau, penolakan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
''Kami tidak akan menerima sebuah negara Islam kerana ia bertentangan dengan apa yang disebut dalam Perlembagaan Persekutuan,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, semua pemimpin Pas, dari peringkat bawah hingga ke pucuk kepimpinan, telah menyuarakan hasrat untuk melahirkan sebuah negara Islam.
http://kamalizat.blogspot.com/2009/02/patutlah-umno-tolak-negara-islam.html
Aku cadangkan UMNO-BN akan membuka cawangannya di Palestin. Kerana bila ada UMNO-BN akan amanlah bumi Palestin kerana Israel akan takut pada UMNO-BN, seperti yang didakwa mereka tanpa UMNO akan membawa kehancuran pada umat Islam.
ReplyDeleteSalam radenjowo.
ReplyDeletePada saya tak komen pun saya dah maklum. Hee....hee...
radenjowo.
ReplyDeleteWak tang isteri saya tu, harap janganlah dia baca komen ni, nanti lagilah kembang lubang hidungnya. Tapi macam mana nak sampaikan salam tu ye!
Salam mulutbecok,
ReplyDeleteSebenarnya MCA, Gerakan dan DAP sama saja. Mereka semuanya Harbi.
Kalau dah dasar sikafir, sampai bila pun mereka tidak akan merelakan Islam dilaksanakan.
Sdr. baca komen saya kepada sdr. Demang, itulah pendirian saya.
noname.
ReplyDeleteOk juga cadangan itu, lagilah Yahudi suka sebab dari apa yang saya nampak BN/UMNO sama saja dengan parti Fatah di Palestin.
Selagi pemimipin itu adalah seorang yang adil dan berpegang pada hukum islam yakni hukum tuhan selagi itulah kita perlu taat kepadanya. Tetapi kalau pemimpin yang ada penuh dengan rasuah, kronisma dan menggunakan segala kepentingan dan hak rakyat untuk mengaut keuntungan buat diri mereka dan keluarga mereka sehinggakan sanggup menmpergunakan agama sebagai alat bagi memuaskan nafsu mereka. Manusia macam nie lah yang sebenarnya menghancurkan Islam.
ReplyDeleteSalam wise.
ReplyDeleteSdr. memang wise. Saya seratus peratus setuju dengan saudara.
Salam Tuan,
ReplyDeleteIslam tidak akan hancur kalau bn@umno hancur..takde kene mengene langsung..tetapi orang melayu memang ketinggalan dari serba serbi selama bn@umno memerintah..kita lihat saja pemilikan hartanah, paling dekat Kuala Lumpur berapa milik org melayu..malu nak cakap la...
wassalam
W'salam manns'gor.
ReplyDeleteMemang kita ada kecapi kemajuan. Cuma kemajuan untuk Melayu harhaen tidak sepadan dengan kekayaan yang dicapai oleh negara.
Sehingga ini Melayu baru pandai bertatih tetapi bangsa lain sudah memakai spike boot dan berlari kencang. Pelan Rancangan Malaysia gagal mencapai matlamat 30% pembahagian kek ekonomi kepada majotiti. Hak Melayu memang semakin mengecil terutama rizab melayu. Dakwah yang tidak sealiran dengan pemerintah disekat, Tok-Tok Guru dilebel, bantuan SAR dihentikan.
Keseluruhannya pandangan saudara adalah betul.
salam ayahanda, malas rasanya nak fikir pasal parti2 politik ni.. tak ada satu pun yang memenuhi citarasa.. saya pun sama macam ayahanda.. kita tubuhkan satu parti baru.. untuk islam dan orang2 melayu sahaja.. jom!!
ReplyDeleteW'salam nurdaniella.
ReplyDeleteMemang ayahanda lebih cenderung ke arah itu. Tapi perlukan pemimpin yang berkarisma, bersih dan teguh iman. Itu satu masalah besarnya. Bukan setakat bersih tetapi mesti kelihatan bersih.
Astagfirullah al azim
ReplyDeleteHancurnya Islam bukannya terletak pada UMNO atau BN dan kuatnya Islam bukannya terletak pada PAS.
Hancurnya Isam apabila rosaknya akidah dan semakin jahil kita dengan ajaran Islam. Semakin jahil dan semakin rosaknya akidah orang Melayu pada hari ini kerana pemimpin Melayu sejak merdeka hingga kini tidak mengambil serius tentang penyemaian aqidah dan iman.Banyak perkara kalu nak disentuh tentang kegagalan pemerintah tetapi memadailah kalau kita lihat tentang dunia hiburan pada hari ini. Muda mudi dan tua muda disajikan dengan dunia hiburan yang melekakan.Tengoklah pakaian artis kita dekat tv amat memalukan. Kalau dibuat perbandaingan antara program agama dengan program hiburan program agama hanya sekadar penempel sahaja. Ustaaz dan tok Mufti yang sentiasa bercakap benar digam dan dipecat.
Kutbah Jumaat dikongkong.Hukum hudud diperleceh. jadi macam mana nak kata UMNO/BN mempertahankan Islam.
Berbalik pada pokoknya yang perlu diperjuangkan ialah meletakakkan Islam itu pada landasan sebenarnya dan perkuatkan aqidah Islam.
pemimpin politik pada hari ini hendaklah sedar bahawa aqidah Islam semkin rapoh dihati orang Melayu.
Salam sdr. Fital.
ReplyDeleteIslam lemah kerana tiada penekanan ke arah mempelajari Islam yang sebenar di bawa oleh Nabi Muhammad saw.
Ada Mufti, Mufti makan gaji yang terikat, ada Alim Ulamak, juga disekat. Jadi anak muda kita belajarlah agama bersama "Jom Heboh"