Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, February 19, 2009

Cuai Membawa Kehancuran

Tengok dan fikir-fikirkanlah.
Elakkan perkara begini terjadi kepada kita dan sesiapa saja.

AMARAN :
SESIAPA YANG LEMAH SEMANGAT DAN DARAH GEMURUH DINASIHATKAN
TIDAK MELIHAT GAMBAR-GAMBAR DI BAWAH











36 comments:

  1. eeeeeee ... gambar ni terlalu ngeri. Cukup lihat sekali je.. tak sanggup tengok kali ke-2.
    Moga kita semua terhindar dari kemalangan seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Ini adalah gara-gara cuai yang memakan diri. Satu di KL dan satu lagi di atas kapal perang amerika.

    ReplyDelete
  3. uncle.....ngerinyeeeerrrrr....
    semoga kita semua tidak kembali kepada Allah dalam keadaan yang mengerikan camtuh.....menyedihkan

    ReplyDelete
  4. Ya erisya,

    Berdoa dan kita sendiri kena berhati-hati

    ReplyDelete
  5. Astaghfirullah halazim...

    Mintak jauh..

    ReplyDelete
  6. Salam Ayahanda,

    Nauzubillah...., semoga diri saya, ayahanda, semua sahabat yang mengikuti blog ini, serta ahli keluarga masing-masing terhindar dari musibah seperti ini.

    Jika sampai ajal kita semua, biarlah dalam keadaan yang sempurna. Amin...

    ReplyDelete
  7. Salam anakanda Qaseh.

    Sama-samalah kita berdoa di samping kita berhati-hati semasa memandu.

    ReplyDelete
  8. Saudara fital

    Kecuaian dan sampai ajal. Mohon Allah jauhkan kita dari kejadian begini.

    ReplyDelete
  9. W'salam anakanda Isa.

    Berdoalah semoga kita semua dijauhi Allah perkara-perkara yang dahsyat begini. Doakan supaya kita kalau sampai ajal pun biarlah di dalam sedar dan ingat serta menghadapi kematian di dalam yang tenang dan iman.

    ReplyDelete
  10. Memang tragis. Saya cadangkan jangan boh lagi entry begini. Teringat-ingat plak...

    Tapi betul kata Pakdin, kecuaian boleh membawa padah.

    p/s: Saya copy mana yang patut, nak 'tayang' pada bebudak yang jenih bawah motor macam pelesit...

    Bior deme muhasabah.

    ReplyDelete
  11. salam ayahanda...

    lama tak lawat laman ayahanda nie. pepagi jumaat ni dah menatap gambar-gambar ngeri. mohon di jauhkan dari kita semua....
    beberapa hari lepas pun ada berita kemalangan di sekitar KL melibatkan seorang lelaki melayu berusia lingkungan 40an yg meninggal dgn ngerinya sbb digilis kereta di lebuhraya. kabarnya...bdn terputus 3 dan kepala tak ditemui. dikhuatiri hancur digilis kereta...
    nauzubillah...sgt ngeri. rasa mcm fobia pulak nak berada lama di atas jalan raya...

    ReplyDelete
  12. salam ayahanda, mengerikan sungguh.. semoga kita kembali padaNya dengan sifat yang cukup..

    ReplyDelete
  13. Salam Abe Din

    Nak kata risau kalau kena kat kita...saya pun risau gak,lahir sempurna..masa nak 'balik' pun semoga elok lah.

    Tapi ajal dan maut nie ketentuan Ilahi,kawan saya pernah kemalangan..teruk juga, bila diberitahu berita ini kepada guru kami..beliau berkata,'ini semua kerja tuhan' barangkali kita rasa tak elok,tetapi elok pada kita.

    Yang elok pada kita,belum tentu elok untuk kita..bersedialah untuk mati...berani hidup,berani mati

    ReplyDelete
  14. Saudara Brahimnyior.

    Memang tragis. Tapi niat saya hanyalah untuk peringatan bersama. Malang ada di mana-mana dan maut entah bila. Saudara copy dan buatlah apa yang patut untuk kesedaran anak-anak muda yang sebenar masih tidak tahu apa-apa. Mereka buat tanpa fikirkan risikonya.

    Memang betul kata saudara, kalau nak letak gambar macam ni sepatutnya saya letak amaran dulu kepada yang berdarah gemuruh supaya tak payah tengok.

    ReplyDelete
  15. W'salam rose emely.

    Ayahanda ada juga ke blog anakanda cuma tidak tinggalkan komen bila n3 berkenaan anak-anak muda. Uncle lebih suka biarkan anak-anak muda melayan dunia mereka sendiri kecuali bila perlu dinasihatkan, barulah berikan nasihat.

    Ya anakanda, beringatlah walau di mana pun kita berada. Walau pun taqdir menentukan segala, ikhtiar kita juga dituntut.

    ReplyDelete
  16. W'salam anakanda nurdaniella.

    Memang ngeri dan tragis. Tapi apa yang boleh kita lakukan selain berdoa dan berikhtiar semampu boleh. Tapi bila ditaqdirkan begitu, maka itulah dia.

    ReplyDelete
  17. W'salam Induk Yati.

    Walau pun apa hajat kita, kita tidak akan tahu kehendak Allah. Memang hidup, mati, tanah kubur, jodoh pertemuan dan rezeki di tanganNya.

    Kita hanya terima apa yang ditakdirkan dan redho'

    ReplyDelete
  18. Salam Mak Su.

    Ya, hanyalah kalimah itu yang boleh kita lafazkan dan Innalillah sekiranya mangsa adalah Islam.

    ReplyDelete
  19. huhh huhhh..tarik napas panjang saya tgk n3 tuan kali nie..

    kecuaian itu adalah pilihan..kita mampu menghindarnya

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum Saudara,

    Semoga kita semua dijauhi Allah swt dari bala sebegini dan sudah tentulah seperti nasihat Saudara, Jangan cuai..maknanya berhati-hati.

    InsyaAllah..

    ReplyDelete
  21. Sdr.Mogen Ali Rico.

    Ya, bertindak bijak dengan membuat pilihan yang tepat

    ReplyDelete
  22. salam ayahanda.. tak branilah anakanda nak menatap gmbr2 tu semua.. td sebelum sampai bawah nk komen tu anakanda pejam mata dahulu.. huhu.. takut bermimpi yg ngeri2 pulak malam nanti.. hee..
    ayahanda.. terima kasih.. rajin menjenguk anakanda..
    selamat berhujung minggu.. kirim salam pada bonda dan adinda2 ye...
    salam...

    ReplyDelete
  23. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Ya Puan. Kebanyakan kemalangan di negara kita adalah berpunca dari kecuaian pengguna jalan raya. Pihak Polis dan JKR pun sesolah sudah habis ikhtiar dan cara untuk menyelamatkan pengguna jalan raya kita. Jalan raya digunakan untuk berlumba bukannya untuk kemudahan perhubungan.

    ReplyDelete
  24. W'salam Big Mamma Bukhari.

    Insya Allah ayahanda akan sampaikan salam itu. Harap anak-anak T sihat dan segalanya ok.

    Gambar-gambar ini sebenarnya dihantar oleh kenalan melalui email. Oleh kerana uncle rasa elok untuk dijadikan pengajaran dan peringatan, uncle jadikan n3.

    ReplyDelete
  25. Salam Saudaraku Fakharuddin,

    Meremang bulu roma melihat gambar di atas. Bagus posting seperti ini, dapat mengingatkan kita kepada NYA.

    Semoga peliharaan ALLAH swt akan sentiasa bersama kita hendaknya.

    Salam takzim

    ReplyDelete
  26. W'salam sdr.ku Kerajaan Rakyat/Mohd. Sofi.

    Memang keinsafan membawa keredhoan, keredhoan membawa kasih Tuhan.

    ReplyDelete
  27. SALAM tUAN:

    KESAKITAN JASAD YANG DITANGGUNG LEBIH SAKIT LAGI NYAWA DICABUT..!!

    ReplyDelete
  28. W'salam Sdr. Kulat.

    Mungkin, tetapi Rasulallah ada bersabda nyawa takala dicabut dari jasad amat sakit. wallahu aklam.

    Macam mana mendaki dan trekkking? Harap Kinabalu tidak seteruk Gunung Tahan.

    ReplyDelete
  29. saya slalu berdoa dan mengharapkan agar dimatikan di tempat yg baik dan cara yg elok termasuk ahli keluarga, sanak saudara dan sahabat handai serta seluruh umat islam.
    dan tak lupa kepada tuan empunya blog dan ahli keluarga.

    Takut saya tgk gambar tu, walo mgkn bukan saudara seagama tp hati sapa yg tak pilu bila menerima musibah begitu.

    ReplyDelete
  30. Salam sdr.Shitsurei shimashita

    Saya juga berharap dan berdoa begitu. Menghadapi kematian yang tenang dan aman untuk semua umat Islam begitu juga dengan saudara bloggers Islam kecuali kematian syahid.

    Syahid adalah idaman setiap umat Islam walau dengan apa cara sekali pun sebab kematiannya di dalam rahmat Allah.

    ReplyDelete
  31. Salam Tuan,

    Dalam soal kemalangan ni perlunya ada tumpuan sepenuhnya ketika memandu atau menunggang kerana kesilapan sesaat juga boleh membawa padah..sebagai orang Islam jangan lupa berdoa sebelum bergerak.

    wassalam

    ReplyDelete
  32. W,salam manns'gor.

    Betul tuh. Di samping kita berdoa dan beri tumpuan, bergantung juga pada nasib dan takdir

    ReplyDelete
  33. Hanis,

    Tujuan n3 ini adalah untuk ingat mengingati. Jadi berhati-hatilah walau di mana pun kita dan apa saja yang kita buat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa