Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, February 23, 2009

Manusia Dan Ilmu

Berilmu adalah tuntutan Islam.

Orang yang berilmu dan bijak kerana ilmunya
- Dia akan dihormati

Orang yang berilmu tetapi bodoh kerana ilmunya
- Bagaimana?

26 comments:

  1. Saya pastekan komen seorang sahabat lama Mohd. Aznam Ahmad Shahibuddin supaya beilau senang membaca komen balas saya.

    Assalamualaikum WMT
    Abe Din, saya M.Jenam, masihkah ingat saya? Walaupun kita duduk hampir satu kampung (Lundang) tapi jarang sungguh jumpa, dan boleh dikatakan hampir tak jumpa langsung, dah dekat 3 tahu lebih dah rasanya tak jumpa.
    Kebetulan surfing malam nie cari info mengenai AgroTourisn di Malaysia, saja tolong kawan buat research tesisi dia, dan terjumpa pulak site abe din. Molek lah kalau ada website sendiri, walaupun tak dapat berjumpa secara fizikal dapat jugak kita berbual secara online.

    Nombor handphone saya masih lagi seperti dulu, in case hilang nie dia..012-9586816 M.Jenam. Saya masih tinggal ditempat lama, dan sudah siap bina rumah, rumah papan usang dua tingkat yang saya dapat ikhsan orang tua (tak kisah lah rumahku syurga ku!)

    DAri hari terakhir abe din datang ke rumah saya (masa majlis bercukur anak sulung) sampai sekarang, anak dah bertambah dari sorang sekarang dah lima! cepat sungguh masa berlalu.

    Saya berkerja dari rumah, bergiat didalam bidang IT, computer repairs dan pengkhususan didalam virus dan malware removal.

    Kawan2 lain yang masih lagi jumpa, Mat Shah dan Sajey, pijit dah ke Kuala LUmpur berkerja disana dan menjadi suami hujung minggu bersama Hj Markoko.

    Lama sungguh masa berlalu, tengok Along dah jadi Lt. didalam Angkatan Laut terasa sungguh yang saya dah semakin tua dari segi umur tapi belum cukup matang dan dewasa dalam berfikir dan survival hidup. KAlau ada masa datang ler ke rumah, kita boleh sambung balik persahabatan yang `hang' ditengah jalan.

    Akhirkata, sambut lah salam persahabatan dari saya sekeluarga

    Aznam Ahmad Shahibuddin
    P/s Lah Green loa nie dok manna? Lama jugak tak berjumpa dengan dia semenjak saya bertapa dan memencilkan diri.

    February 23, 2009 1:12 AM

    ReplyDelete
  2. ada juga orang bercakap begini
    biarkan ilmu menguasai kita jangan kita kuasai ilmu...

    ilmu adalah nikmat yg diberikan - boleh diberi dan ditarik....
    semuga hari ini orang2 yg diberikan nikmat ilmu : tahu - kenapa kita diberi nikmat ini.....

    ReplyDelete
  3. W'salam Nam,

    Abe Din tidak lupa kepada semua sahabat dan adik-adik. Memang lama kita tidak jumpa dan no. tel. Nam juga telah hilang bila suatu masa tel Abe Din terpaksa diformat. jadi kita terputus hubungan.

    Ok, kalau Nam masih tinggal di situ, insya Allah kami akan melawat Nam dan Kalau ada masa Nam silalha ke rumah kami.

    Along sekarang bertugas di atas kapal peninjau KD Seri Pahang berpengkalan di Teluk Sepanggar, sabah. Adik pula di UiTM Permatang Pauh dan insya Allah akan tamat bulan Mei nanti.

    Dokan Nam dan keluarga sihat dan hidup bahagia. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Sdr. Jinggo.

    Kita menjadi bodoh kerana berilmu bila dalam keadaan ilmu yang mengikat kita.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Saudara,

    Apa khabar? Baca tak tentang wartawan yang tersesat di Hutan semalam? Saya teringat pada Saudara bila beritanya tersiar dalam berita malam tadi.

    Tentang Orang BerIlmu yang bodoh pada pendapat peribadi saya adalah kerana mereka Ujub, bangga pada Ilmu yang Allah beri pada mereka. Selalu menonjolkan betapa berIlmunya mereka dibandingkan dengan orang lain.

    Kedua mereka tidak mahu mendengar nasihat dan pandangan orang lain, cakap dia sahaja orang kena dengar. Mereka terus mengajar dan tidak mahu belajar. Padahal belajar itu adalah untuk sepanjang hayat.

    WaAllahuAlam.

    ReplyDelete
  6. Salam Abe Din

    Orang yang menjadi bodoh kerana ilmunya...saya rasa kerana NAFSU menguasai dirilah...ilmu yang ada tak mampu nak memandu nafsu( yang sememangnya degil)
    Bila NAFSU mengawal diri..tinggi mana pun mengaji..ijazah bergulung gulung pun, tak kemana dan pastinya akibat yang buruk kerana "ikut rasa binasa,ikut nafsu..lesu"

    ReplyDelete
  7. Ketenangan akan sentiasa bersama orang yang berilmu yang sentiasa berpesan ke jalan kebenaran dan kesabaran…

    Orang berilmu yang sentiasa memejamkan mata kerana takutkan suara kebenaran pasti tidak akan tenang jiwanya. Pemberontakan jiwa pasti akan berlaku tanpa disedari. Kejernihan air mukanya akan hilang. Kelam kabut dan suram.

    ReplyDelete
  8. kerana orang itu mendabik dada dengan ilmunya dan membabi-buta hentam-keromo dalam perbuatannya, ilmunya tidak berjaya menjadi cahaya dalam kehidupannya :(

    ReplyDelete
  9. Salam singgah sahabat:

    Antara ingatan Saidina Ali berbunyi Ilmu akan menjaga tuan, tetapi harta, tuanlah yang perlu menjaganya.

    Semoga umat Islam akan didorong untuk mencintai ilmu demi mengembalikan kegemilangan.

    Salam jihad.

    ReplyDelete
  10. berilmu bodoh sebab dia tidak menggunakan ilmu dia untuk kebaikan. ilmu yang ada digunakan untuk membodhkan orang itulah bodah namanya. Contohnya apabila PM suruh MB Perak buat laporan polis terhadap speaker DUN Perak. Dr. Mahathir komen mengatkan arahan Pak Lah tu itu bodoh namanya.

    ReplyDelete
  11. Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Yang sesat tu saya tidak tahu lagi. Berita semalam pun saya balik lambat, tak tengok. Akhbar hari ini pun saya tak baca lagi.

    Pulak ada yang sesat, wartawan pula tu. Tentu riuh dalam akhbar nanti. Sapa yang jadi guide dia, balalah nanti.

    Tentang orang yang berilmu jadi bodoh tu, memang betul kata puan. Kerana ilmunya dia akan ego dan lupa diri. Orang begini akan bermasalah dalam masyarakat dan akan bermasalah dari segi sosial dan pergaulan.

    ReplyDelete
  12. W'salam IndukYati.

    Memang benar orang yang berilmu kadang=kadang akan diperkudakan oleh nafsunya kerana ilmunya.

    Contohnya, kerana ilmunya dia diambil bekerja dengan memegang jawatan yang penting. Maka dia telah terikat dengan majikan yang memerikannya kerja dengan habuan yang besar. Maka kerana habuan yang besar, Dia akan membenarkan apa-apa yang keluar dari mulut dan perbuatan majikannya walau pun salah. Kadang-kadang dia pula terpaksa menegakkan kesalahan majikannya walau dia sendiri dipandang bodoh.

    ReplyDelete
  13. Salam Rashid.

    Apa yang Rashid kata itu benar bagi yang bijak menggunakan ilmunya. Dia akan ingat dunia dan ingat akhirat. Orang-orang begini insya Allah akan selamat dunia akhirat dan akan disanjung pula di dunia dan mendapat keredhoan Allah di akhirat.

    ReplyDelete
  14. Salam Mak Su.

    Apa yang Mak Su katakan seratus peratus benar. Ilmu menjadikan dia lupa diri.

    ReplyDelete
  15. W'salam luaskanmata.

    Terima kasih kerana singgah dan sudi pula memperturunkan ingatan.

    Betul saudara, hanyalah dengan ilmulah kita akan maju dan kuat. Dengan ilmulah kita akan menjadi orang yang takwa tapi kita harus beringat, kerana ilmu juga kita menjadi riak dan takbur.

    Islam bangkit dengan Iman dan ilmu.

    ReplyDelete
  16. Salam sdr. fital.

    Itulah sebabnya, bila orang menganggap kita berilmu tidak sepatutnya kita melakukan perbuatan yang bodoh pada pandangan masyarakat yang berilmu.

    ReplyDelete
  17. wah kata-katanya ringkas tapi penuh makna mendalam

    ReplyDelete
  18. Salam Bapak ACTUALIZATION OF FITRAH.

    Rupanya ilmu tidak ada gunanya kepada yang tidak tahu menggunakannya.

    ReplyDelete
  19. salam

    uncle.. saya telah men'tag' uncle di Catatan Ibu, harap sudi menjawab nyer.. :)

    Ilmu tanpa amal, tiada ertinya..

    ReplyDelete
  20. W'salam Kak Yong.

    Laaa...banyaknye soalan!

    Tak apa insya Allah uncle akan jawab.

    ReplyDelete
  21. Salam Ayahanda,

    Wah semuanya sudah tertera di atas sana,

    Ada ilmu tapi tidak beramal, faham2 sajalah.

    Ada ilmu dan beramal, jangan sampai timbul riak dan mengikut nafsu.

    Ada ilmu, beramal tapi tidak berakal.

    (nampaknya soalan ayahanda ini satu soalan cepumas, nak pergi merisik dengan Pak Karamu dan Wak Jono sekejap?) ha...3x, gurau...

    ReplyDelete
  22. W'salam Isa.

    Yang malangnya, berilmu tetapi bertindak bodoh. Lebih kurang memperbodohkan dirilah...

    ReplyDelete
  23. Bagaimana?

    jadilah seperti catatan terbaru di dlm blog kami.

    ReplyDelete
  24. salam uncle,saya lebih tertarik kepada en3 ilmu ini.sudah tentunya org yg berilmu akan dihormati jika dia benar2 menggunakan ilmunya kejalan yg betul,benar dan bijak..akan tetapi bagi mereka yang berilmu jika tidak mengaplikasikannya hanya membazir masa memperkatakan ttg ilmu tanpa mempraktikkannya...ramai yg menuntut ilmu kerana glamor..bukan kerana ingin mengetahui ttg ilmu2 Allah ini...wallahua'lam.

    ReplyDelete
  25. W'salam Jue,

    Memang Ilmu yang dimanafaatkan kepada perkara yang baik, mulialah jadinya dan kalau digunakan untuk keburukan, maka buruklah jadinya.

    Yang paling nampak huduh ialah bila yang berilmu menampakkan kebodohannya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa