N3 sebelum ini adalah pandangan dari seorang penyokong BN/UMNO dan n3 ini pula adalah dari seorang penyokong PAS.
Article ini saya copy and paste dari blog misbahul munir. Apa pula pandangan anda?
Adakah Karpal dan Lim Tua bukan dari golongan ini?
DAP LEBIH FAHAM ISLAM BILA BERSAMA
PAS DALAM PAKATAN RAKYAT
UMNO menuduh Hj Nizar boneka DAP, mengikut telunjuk Nga dan Ngeh, pentingkan Cina dari Melayu, setiap ucapan kena rujuk DAP, kenyataan akhbar juga ikut kehendak DAP, beri kuasa DAP agih tanah pada Cina dan sebagainya. Hari ini saya nak cabar kerajaan haram BN dedahkan semua yang didakwa dengan bukti-buktinya, lapor pada SPRM atau polis dan seretlah Hj Nizar dan semua EXCO ke mahkamah. BN ada kuasa haram, gunakanlah kuasa haram untuk mengiyakan apa yang kamu dakwa.
Sebenarnya itu semua dakwaan kosong, fitnah, palsu, tak ada modal nak cari isu, mereka-reka isu palsu supaya rakyat terpedaya, media pula dikuasai oleh mereka, Samad Majid dari FM Perak pula buat lapuran dalam Berita Perak di Radio setiap hari. Setiap dakwaan dan tuduhan tidak pula Hj Nizar sebagai MB dan EXCO diberi peluang menjawabnya.
Hubungan antara pimpinan Pakatan Rakyat Perak cukup intim, saling memahami, tidak pernah menimbulkan isu yang sensitif samada agama atau yang menyentuh hak orang Melayu. Hj Nizar pula setiap kali memulakan ucapan dalam apa sahaja majlis samada majlis itu dihadiri ramai orang bukan Islam atau tidak, pasti muqaddimah ucapannya dimulakan dengan petikan ayat-ayat al Quran, diterjemah dan diberi kupasan untuk tujuan dakwah kepada mereka. Kadang-kadang diterjemah dalam bahasa Inggeris supaya mereka lebih memahaminya.
Nga, salah seorang EXCO DAP sentiasa mengikuti ayat-ayat Quran yang dibaca oleh Hj Nizar dan bertanya saya dari ayat mana dan surah apa. Saya beritahu ayat dan surah yang dibaca. Katanya dia mahu study di rumah ayat yang dibaca oleh Hj Nizar. Di mini perpustakaan Nga ada terjemah al quran dalam bahasa Inggeris, dia cari ayat tersebut dan dikajinya. Akhirnya beliau kagum dengan Hj Nizar, menurut Nga ayat-ayat Quran yang dibaca Hj Nizar mesti ada kaitan dengan majlis yang diadakan. Malahan, beliau turut mencari mana-mana ayat al Quran yang berkaitan dengan prinsip keadilan, kebajikan, integriti, ketelusan dan amanah, beliau bertanya saya dan meminta saya mengajarnya bagaimana cara menyebut dalam bahasa Arab, saya menulis dalam huruf rumi ayat-ayat tersebut dan ternyata dibacanya dalam ucapan dan ceramah walaupun pelat, diterjemah dan dihurai dengan begitu baik prinsip-prinsip tersebut mengikut ajaran al Quran.
MCA, MIC dan semua parti komponan BN yang lain, ada atau tidak pemimpin mereka membuka al Quran, membaca dan menterjemah serta mengulas mana-mana konsep mengikut ajaran Islam. Seingat saya, tidak ada pemimpin MCA dan MIC yang berbuat demikian, sebab itu mereka tidak faham Islam walaupun berkawan dengan UMNO sejak sekian lama, apatah lagi UMNO yang menjadi rakan mereka sendiri tidak faham Islam. Sebaliknya, DAP sejak berkawan dengan PAS, sama-sama memerintah Perak khususnya, cukup memahami konsep keadilan, amanah dan kebajikan mengikut ajaran Islam. Bahkan mereka juga tahu hukum Hudud yang selama ini mereka diberi gambaran yang salah oleh media dan pemimpin BN.
Qari dan Qariah Perak telah menjuarai tilawah al Quran peringkat Kebangsaan. Ngeh dari DAP mencadangkan kepada MB Perak supaya mereka diberi anugerah berupa sumbangan, MB setuju beri 5 ribu setiap seorang, Ngeh cadang 10 ribu setiap seorang, sebab mereka telah mengharumkan nama Perak. Malahan turut dicadangkan kerajaan taja mereka mengerjakan haji atau umrah. Cadangan tersebut diberi perhatian oleh MB dan bersetuju buat majlis dan beri sumbangan 10 ribu seorang dan jurulatihnya 5 ribu.
Seorang Tok Guru pondok dari Pengkalan Hulu yang juga ahli majlis fatwa negeri Perak yang dikenali dengan nama Pak Teh. Pak Teh ada pondok yang mempunyai murid yang agak ramai, pondok Pak Teh agak uzur, muridnya ramai, gurunya pula tidak mempunyai pendapatan yang tetap. Pak Teh ada memohon kira-kira 45 ekar tanah hutan di belakang pondoknya. Tanah hutan tersebut dipohon sejak bertahun-tahun dahulu untuk diusahakan dengan pertanian. Pak Teh mengadu pada Dato' Seri Hj Nizar sempena lawatan kerja MB Perak ke Pengkalan Hulu.
Di pejabat, MB mengarahkan pegawainya menyemak semula permohonan Pak Teh, dalam semakan MB, didapati permohonan Pak Teh sudah lengkap laporannya di PTG, semua Jabatan berkaitan menyokong permohonan Pak Teh dengan mengatakan tiada halangan untuk diberi pertimbangan kelulusan, tetapi fail tersebut tidak diangkat ke mesyuarat EXCO untuk diluluskan, Hj Nizar terus mengarahkan PTG menyediakan fail segera untuk diangkat ke mesyuarat EXCO supaya diberi pertimbangan kelulusan. Dan mesyuarat EXCO terus meluluskan, Ngeh bertanya kepada MB mengapa hanya 45 ekar sahaja yang diluluskan, tanah kerajaan luas lagi di Pengkalan Hulu, untuk mencari dana bagi tujuan pendidikan Ngeh mencadangkan diberi sahaja 100 ekar.
Tujuan Pak Teh mohon tanah kata Negh bukan untuk kepentingan peribadi tetapi kepentingan bagi melahirkan tokoh-tokoh ulama di Perak. Itu kata Cina DAP yang sering ditohmah oleh UMNO. Tajol Rosli jadi MB Perak sejak 10 tahun dulu bersama dengan EXCO muslim yang lain, Pak Teh pula ahli Majlis Fatwa negeri Perak, permohonan tanah yang diajukan kepada MB BN ketika itu diabaikan. Sepatutnya mereka malu dengan Ngeh yang nampaknya lebih prihatin terhadap perkembangan pendidikan Islam di Perak.
DAP tidak pernah membantah apa sahaja cadangan mengenai hal ehwal Islam, apabila bantuan perkapita diberi semula kepada Sekolah Agama Rakyat, EXCO DAP tidak membantah. Mereka tidak pula meminta supaya sekolah-sekolah Cina turut diberi bantuan perkapita. Permohonan-permohonan untuk tujuan baik pulih masjid, surau, sekolah-sekolah agama sering diluluskan oleh MB, DAP dan EXCOnya tidak juga membantah atau dengki. Program-program Islam yang dicadangkan dan dilaksanakan oleh kerajaan Negeri seperti buka puasa dan solat tarawikh di dataran DBI, kempen solat, tazkirah setiap hari sepanjang Ramadhan menggunakan pembesar suara dan juga azan Zohor di Surau SUK menggunakan pembesar suara tidak pernah dibantah oleh DAP.
Sebenarnya DAP dengan semua ADUNnya jauh lebih baik, prihatin, mudah mesra dan pandai menyesuaikan diri berbanding dengan MCA dan MIC. Sebab itu, mereka ditolak oleh pengundi Cina dan India. Orang Melayu juga yang payah berubah, tetapi Insya Allah saya yakin, perkembangan politik mutaakhir ini menunjukkan orang Melayu juga akan berubah untuk menolak BN secara total dalam pilihanraya akan datang.
DAP, Gerakan , MCA ke sama aje tolak negara Islam.DAP terpaksa berlembut dan tunjuk baik sebab nak dapat sokongan orang Melayu.Dulu di Singapura macam tu juga asal PAP tu diasaskan oleh orang Melayu kemudian bila dah berkuasa orang Melayu diketepikan.
ReplyDeletePerbalahan UMNO dengan Pas dan PKR merugikkan orang Melayu dan menguntungkan China. Melayu memang kena tipu dek Cina.
selepas dibaca (juga pernah dibaca dari emel yg difwdkan sebelum ini), macam menarik dan tertarik. tapi memandangkan saya ini org luar dan tidak pernah cecah kaki kat dunia politik, saya tak tahu cerita ini betul atau direka2 utk sedap pembacaan, moga-moga cerita ini betul, kerana ramai orang yg non-muslim di luar sana yg menghormati agama Islam dan org Islam yang benar-benar Islam, bukan celupan.
ReplyDeletemereka juga ingin melihat Malaysia terus berjaya dan orang Islam terus maju.
yg pastinya, kejujuran tetap akan kelihatan walaupun cuba ditutup-tutup, walaupun ada yg tak mahu melihat walaupun dgn sebelah mata
Tuan MOUNTDWELLER,
ReplyDeletesakura setuju dengan
pendapat sdr Fital
"Perbalahan UMNO dengan Pas dan PKR merugikkan orang Melayu dan menguntungkan China." sekarang MELAYU DALAM BAHAYA.
sdr. fital.
ReplyDeleteBegitu juga dengan saya. Golongan kafiruun memang tidak boleh dipercayai 100%. Yang mereka nak belajar tu bagus cuma keraguannya ialah kepandaian yang mereka ada dipergunakan sebagai tipu helah untuk menguasai kita.
Memang di dalam keadaan sekarang kita banyak yang rugi dari laba.
Mak Su.
ReplyDeleteKebanyakan kita adalah muslim keturunan yang separuh buta tentang ajaran Islam yang benar. Islam yang termaktub di dalam Alquran sebagai panduan.
Kalau kita sendiri separuh masak dengan agama kita, bagaimana untuk memandu orang lain ke arah itu?
sakurasa 2.
ReplyDeleteSebenarnya dari segi Bangsa kita di ambang bahaya. Cuba kita teliti dominasi kerusi di Dewan Rakyat. Melayu memang sudah ketinggalan di dalam ekonomi dan di segi politik pula kita goyah.
Perpecahan kita adalah semata-mata kerana kita tidak utamakan kitab Allah. Kita membawa fahaman masing-masing dan cuba menegakkannya. Sedangkan Allah sudah berfirman, sekiranya kita berbantah-bantah, kembalilah berpegang kepada Tali Allah (Alquran).
Assalamualaikum Saudara,
ReplyDeleteTerima Kasih terlebih dahulu kerana menjadi sahabat cyber semasa saya memerlukan.
Tentang pujian melangit pada DAP oleh penulis itu, saya hanya nak beritahu, BERHATI-HATIlah. Jangan cepat percaya dan terpedaya dengan DAP. Jangan puji puji sangat, belum betul betul kena, belum tahu.
Mereka ada strategy jangka masa panjang. Kita orang Melayu memang cepat termakan apa yang diluaran, mainan sendiwara mereka. Sebenarnya pada mereka kita Melayu sama saja walau apa pun pegangan politik kita.
Bilalah agaknya orang Melayu hendak bersatu hati. Apalah yang nak direbutkan sangat 'kuasa' sesama kita pada negara yang tak sebesar mana. (Lainlah kalau besar macam Negara India, Cina atau Indonesia)
WaAllahuAlam.
Wa alaikumussalam Puan melayuangkat.
ReplyDeletePendirian saya jelas. Saya tidak akan menyokong mana-mana parti yang tidak berlandaskan Alqur'an. Begitu juga parti yang cakap tidak serupa bikin.
Saya sedar saya telah banyak berdosa maka saya tidak mahu termasuk di dalam kumpulan orang-orang yang Allah istilahkan zalim. Seboleh-bolehnya saya mahu jadikan jiwa raga saya islam keseluruhannya. Bukan separuh-separuh atau paginya islam, malam kufur dan begitulah sebaliknya. terlalu banyak yang Allah memperingatkan kita di dalam alquran.
Tinggal lagi kita baca dan amati maknanya. Tafsir pun dari otak manusia juga mengikut fahamannya. Itu sebabnya bila ada masalah saya suka bertanya dan kita nilailah jawapannya.
Saya memang susah nak percaya kepada orang walau pun bangsa sendiri. Bangsa lain lagilah. Dengan guru saya pun saya berhujah kerana saya tidak akan terima pendapat dan pandangannya bulat-bulat.
Berbalik tentang saka tu. Macam mana? siapa yang kena. Apa yang Pak Karamu tanya tu samalah dengan doktor yang nak pastikan gejala penyakit. Kalau boleh puan hubungilah dia melalui email.
Salam tuan,
ReplyDeleteStrategi ngeh, nga, lgy etc ni saling tak tumpah macam Lee Kuan Yew dulu. Baik ada makna tu.
Salam paneh,
ReplyDeleteKita janganlah terlalu mempercayai mereka selagi mereka belum bersyahadah.
Saya pun ramai kawan cina yang boleh hafal qur`an.
Assalamualaikum....
ReplyDeletetertarik membaca tulisan ayahanda kali ini.. terima kasih di atas info yg diberikan..
t macam ibu2 yg lain.. tak adalah xpert memasak tu. setakat lepas ngan ahli keluarga tu kira oklah.. hehe.. nak jamu orang kena pk byk kali tue.. huhu..
makin kusut dibuatnya..
ReplyDeleteWa alaikumussalam Big Mamma Bukhari.
ReplyDeleteUncle pun kalau isteri tanya nak makan apa. Pun susah nak cakap, inikan pula orang yang nak menyediakan. Lagilah fining!
Sdr. Muhammad Azli Shukri.
ReplyDeleteTerima kasih di atas ziarah ke sini. saya pun dah agak lama tidak jenguk ke blog sdr.
Memang kalut dan semakin berserabut jadinya kini. Saling bertukar hujah dan saling menampakkan keburukan lawan. Entah apa nak jadi dengan bangsa kita sekarang.
Menarik catatan tuan kali ini.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita ini umat Islam yang telah lupa akan apa yang pernah dilakukan oleh Nabi kita dulu. Padahal banyak ajaran Nabi SAW yang boleh kita pelajari terutama sekali hal yang bersangkutan dengan pemerintahan negara, dan pergaulan dengan orang2 bukan Islam. Benarlah, orang2 kafir tidak akan redha dengan kita selagi kita tak ikut cara mereka.
Kita perlu berhati-hati akan golongan yang tidak jujur dalam berkawan. Dan saya percaya, ramai orang di sini akan setuju jika saya katakan, "Don't trust no one, not even a friend". Letakkan batas2 tertentu berdasarkan ukuran kita sendiri. Walaupun begitu, tidak bermakna kita tidak boleh bekerjasama ke arah satu matlamat yang murni.
Saya sebenarnya sudah malas nak amik kisah berkenaan politik Malaysia sekarang. Kacau bilau dibuat orang2 politik yang hanya mementingkan tembolok masing2. Fitnah disajikan secara "buffet" style. Sekarang ini, kita rakyat perlu bijak dalam menapis setiap berita yang kita baca dan dengar. Dengar boleh, percaya belum tentu lagi, melainkan kita sendiri yang sahkan ia benar dan boleh dipercayai.
Tuan mungkin berminat untuk melihat video ini di YouTube:
The Arrival Part 35 -
http://www.youtube.com/watch?v=nqSHPPmTPmY
Ia adalah antara 50 siri video. Cuba tonton kesemua siri tersebut, dan mungkin kita boleh share sama2 apa yang boleh dikupaskan.
Pakdin, saya baru terima mesej daripada seorang rakan di Jab Penerangan, yang begini bunyinya:
ReplyDelete"..Pemimpin yang kita pilih, telah mengkhianati orang Melayu, apa pendapat tuan?"
Saya balas, tanya, pemimpin mana? Bila dah jelas, saya tanya lagi, Bukit Gantang, ada peluang BN?
Katanya, "..beratlah sikit"..
Apa pun, satu kerugian kepada rakyat Perak apabila pemimpin bersengketa.
Saya tetap yakin, jawapannya harus dikembalikan kepada rakyat. Itu saja cara yang sah...
Garden,
ReplyDeleteTerima kasih. Saya memang mahukan pendapat dan pandangan saudara saya semua para bloggers. Dan alhamdulillah saya dapat banyak pandangan dan cadangan.
Betul kata-kata saudara. Kita perlu sentiasa berwaspada. Jangan ditelan hingga ke perut! Walau apa pun mungkin mereka ada mempunyai niat yang tersirat. Boleh bekerjasama ke arah kebaikan, tetapi biar menguntungkan dan berwaspada selalu. Mohon perlindungan Allah.
Sebarang berita mesti di tapis dengan akal dan jangan pula kita turun melakukan dosa dengan menyebar fitnah. Fitnah lebih jahat dari membunuh!
Insya Allah, saya akan tonton nanti. terima kasih kerana maklumat dan sudi berkungsi.
Sdr. Brahim,
ReplyDeleteSaya pun masih samar dan masih gagal mengenal pengkhianat di antara kita/pemimpin kita. Kalau betu begitu, mohon Allah laknatkan mereka dunia akhirat.
Memang saudara sebelum ini pun Melayu dalam kerugian dan bila keadaan lebih berkecamuk, lagilah merugikan kita. Orang lain akan bertepuk tangan gembira.
Sekiranya kuasa dikembalikan kepada rakyat, saya harapkan benar-benar rakyat Negeri Perak membuat pilihan yang betul.
cakap siang dengar-dengar,cakap malam pandang-pandang.
ReplyDeleteapa jua perkara baik yang dibawa kepengetahuan ketua, haruslah dikaji dengan teliti dan serius juga
dan sebarang perkara yang buruk, yang dibawa kepengetahuan ketua, haruslah juga diteliti kebenarannya dan dikaji dengan serius..
Puak pemerintah selalu mengatakan DAP Perak ini selalu mengongkong DS Nizar...adakah benar sebegitu..?
sehinggalah diberitakan yang sebaliknya telah berlaku...Nah..kita harus menyemak semula berita yang sampai kepada kita..jangan terus percaya melulu..
IndukYati,
ReplyDeleteBetul sebarang berita arau perkara, kita dengar, kita fikir, kita lihat dan timbang dengan akal dan naluri. Jangan mudah percaya pada siapa pun yang memang bermusuhan takut-takut ianya finah yang membawa keburukan.
Gunakanlah kebijaksanaan kurniaan Allah kepada kita. Insya Allah kita akan selamat. Janganlah kita menjadi pengikut totok yang mengiyakan sesuatu membabi buta.
setuju ngan uncle...bukan berburuk sangka tapi ambil langkah berhati2 ngan DAP...walau tak dinafikan ada penganut agama lain yang lebih menghormati Islam lebih dari orang melayu
ReplyDeleteSalam Pakcik..
ReplyDeleteSepatutnya kita kena ingat masa Rasulullah S.A.W menyebarkan Islam dulu,Perkara asas adalah mentauhidkan Allah walaupun terpaksa membuat perjanjian damai dsb dengan puak kafirrun(tetapi tetap Baginda berwaspada).Sesungguhnya menegakkan agama Allah tunjang utama .kuasa amanah Allah..apa guna berkuasa tp Islam diletak belakang oleh pemimpin Islam sendiri..tgh lah disesetengah negara Arab sekarang..maju tp hancur moral& pendirian
erisya.
ReplyDeleteMemang kita kena berwaspada di dalam keadaan apa sekali pun dan dengan sesiapa saja yang berlainan dengan kepercayaan kita demi keselamatan agama, negara dan bangsa walau pun dia nampak baik dengan kita. Takut nanti ada orang di sebalik pintu, ada racun di dalam madu.
W'salam UXOP.
ReplyDeletePercayalah, kita akan hancur bila kita tinggalkan Alqur'an dan membelakangi suruhan Allah. Tidak kira siapa kita sama ada Arab atau pun Ajam. Yang kaya atau pun miskin.
Persefahaman dengan orang kafir tu boleh tetapi mestilah dengan cara Rasulallah.